"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah SWT meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat Islam".
"Ya Allah. restuilah perkahwinan Putera Idaman Bonda keluarga ini dengan pilihan Ayahanda dan Bondanya".
"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah keimanan yang berkekalan kepada kedua pengantin, satukanlah hati mereka sepertimana Adam dan Hawa, tabahkan mereka setabah Ibrahim dan Hajar, bahagiakan mereka sebagaimana Yusof dan Zulaikha, setiakan mereka sesetia Sulaiman dan Balqis, dan sucikan mereka sesuci Muhammad SAW dan Khadijah,
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Sabda Rasulullah SAW,
"sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang)
dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang),maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih dan sayang dan apabila suami memegangi jemari isterinya
(dengan kasih dan sayang)maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya".
Dengan nama Allah..... Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon restu Mu, berkatilah majlis ini, semoga ianya berjalan dengan sempurna, limpahkan barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah serta ketenangan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini, moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat..... " Amin Ya Rabbal "Alamin.
"Kekalkanlah jodoh mereka berdua sehingga ke akhir hayat serta dilimpahi kebahagiaan di dunia dan di akhirat".
"Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami maka cukupkanlah permohonan kami dengan Redha Mu. Jadikanlah kami sebgai suami isteri yang saling mencintai, melengkapi dan menjaga kehormatan di kala dekat dan jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingati dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam hal ibadat".
"Ya Allah, sempurnakanlah kebahagian kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadat kepada Mu dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul Mu, Amin".
Begitulah pelbagai doa yang dipohon kepada Allah SWT yang terkandung dalam kad-kad jemputan majlis perkahwinan atau undangan majlis perkahwinan atau undangan majlis perkahwinan atau jemputan ke majlis raja sehari atau walimatul urus yang teman terima untuk 30 dan 31 Mei 2009, Mane yang sempat teman pegi teman pegi, yang tak sempat tuh maaf-maaf aje le, maklum le satu ari sampa 7 @ 8 jemputan.
Selamat Pengantin Baru.
Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat