Sekolah ini le tempat mule-mule teman "posting". Memang hebat skolah ni. Ape yang menarik bile guru besar ngatekan teman ni nasib baik dapat "posting" sekolah beso, tengah bando pula tu. Selame ni sekolah ni tempat guru-guru "veteran" aje. Memang betul kate guru beso tuh, sebab sekolah ini di tengah-tengah perumahan yang boleh dikatekan kawasan "elit melayu" iaitu Taman Seri Setia, yang penuh dengan pegawa-pegawa beso melayu. Kat sini teman jadi setiausaha sukan lima tahun berturut, hebat bebeno teman ni, maklumler adik bongsu.
Lepas aje pegi rumah kenduri tuh, teman pegi ke sekolah ni. Masuk sekejap ambik gambo. Memang banyak bebeno perubahan terutama belah dalam, padang yang luas melaut dah banyak didirikan bangunan. Mungkin rama guru-guru yang same teman dulu dah tukar ke sekolah lain, maklumlah sekolah ini boleh dikatekan tempat "transit" isteri pegawa-pegawa beso yang keje kat Teluk Intan ni. Mase teman dulu ade isteri wakil rakyat, isteri majistret, isteri PTD dan isteri oghang beso-beso pangkatnyer.
No comments:
Post a Comment