Saturday, May 23, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (20)

Al-Amaliq:-
Amaliq adalah satu suku kaum yang berasal dari Yaman. Setelah mereka mengetahui bahawa terdapat sumber air di Makkah dan kabilah Jurhum telah berpindah ke Makkah, mereka turut berpindah ke Makkah dan tinggal di Jiyat iaitu kawasan bahagian bawah Makkah (Al-Masfalah). Setiap pedagang yang datang dari Yaman yang memasuki kawasan ini akan dikenakan cukai 10 peratus. Ketua kabilah ini bernama As-Sumaida' bin Hud bin Hadr bin Mazin. Kabilah ini sentiasa berperang dengan dengan kabilah Jurhum. Setelah mereka mendapat kemenangan, hak penjagaan Ka'bah telah jatuh ke tangan mereka.
Sewaktu di bawah penjagaan mereka, telah berlaku kerosakan pada Ka'bah yang dibina oleh Nabi Ibrahim as tanpa sebarang tambahan.

No comments: