Monday, May 25, 2009

KASIH BUKAN BELAS KASIHAN

kasih yang aku pinta
adalah suatu yang penuh luhur
bersamanya bunga-bunga kejujuran
dari sekeping hati
belas kasihan bukanlah dipinta
untuk menerima kasih dan sayang dariku
kerana belas kasihan adalah tanda simpati
kasih dan sayang bersama belas kasihan
janganlah salah dimengertikan
kerana ianya tetap ada perbezaan
kasih dan sayang membabitkan rasa cinta
belas kasihan mengukirkan suatu perasaan
tanpa cinta yang kosong tanpa apa-apa
yang boleh melahirkan rasa cinta

anis.am
teluk intan.

No comments: