Wednesday, May 13, 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN BELADAU KOLAM

Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam mengambil sempena nama kampung dimana sekolah ini terletak iaitu kampung Beladau Kolam. Beladau adalah sejenis senjata seperti parang kecil dan kolam ialah sebuah kolam dimana senjata itu terjatuh.
Ketawa seorang Guru Besar yang cemerlang. Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam sebuah sekolah di luar bandar Kuala Terengganu telah dipilih untuk mewakili negeri Terengganu sebagai sekolah cemerlang peringkat kebangsaan. Semoga berjaya.
Begitu yakin sekali wajah dua orang guru besar ini. Seorang dari Perak dan seorang lagi dari Terengganu. Nama sekolah mereka ada kaitan dengan air. Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam dan Sekolah Kebangsaan Idris Al-Marbawi Lubuk Merbau. Kolam dengan lubuk memang sinonim dengan air.
Wajah hulubalang-hulubalang yang dedikasi menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam. Segak dan bergaya. Titik peluh mereka akan membuahkan hasil yang boleh dituai tidak berapa lama lagi. Berdoalah agar kejayaan yang diimpi akan menjadi kenyataan
Srikandi-Srikandi yang comel mengutuskan senyuman menyambut kedatangan rombongan dari Perak. Rombongan kami bukan untuk menyunting bunga di taman tetapi ingin menyunting idea-idea serta pengalaman untuk menjadi sekolah cemerlang.
Banyak sungguh bunga di taman Puan Hajah Normah Daud ni. Lembut lembut tetapi tegas dalam menjalani tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Mereka berbangga menjadi guru dan selamat hari guru. Terengganu tuan rumah hari guru peringkat kebangsaan 2009.
Murid Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam segak berpakaian seragam unit beruniform. Mereka mengadakan hari kokurikulum pada hari Selasa. Memang sungguh segak.
Waktu rehat yang digunakan sepenuhnya untuk membaca. Membaca tangga kejayaan, memang sebenarnya. Banyak kelihatan pondok bacaan di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam ini. Begitu juga dengan pelbagai sudut yang disediakan.
Puteri Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam yangbergaya dengan uniform masing-masing. Memang benar apa yang mereka kata, mek Terengganu memang cantik dan tersserlah kecantikan mereka diwaktu kecil lagi. Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, semoga berjaya sepanjang masa. Didoakan akan dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.

2 comments:

Cikgu Normah said...

terima kasihlah kerana mike telah sudi masukkan sekolah teman dalam blog mike. Bukan main suka lagi cikgu2 teman tengok wajah2 mereka dalam internet. Kalau ada yang kurang semasa di sekolah teman ni maaf le, maklumlah sekolah kampung. Teman harap doa2 kita semoga mendapat ASC akan menjadi kenyataan. Kalau ada kesempatan semoga kita bertemu lagi. Semoga sekolah mike juga akan menjadi sekolah cemerlang juga inshaallah. Jumpa lagi....

amalhaj said...

Terima kasih atas layanan semasa teman dan rombongan melawat sekolah mike. Didoakan sekolah mike dipilih sebagai sekolah cemerlang. Camne pun tahniah pade mike ngan guru dan staf yang lain kerna cemerlang dlam semua bidang.