Janet A. Weiss menyatakan, "mengajar adalah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual. Ia memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten dan tidak boleh disamaratakan atau dirutinkan dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan".
Kenyataan ini agak berlawanan dengan kerjaya-kerjaya yang lain yang bertaraf profesional. Ini dapat dihuraikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh Bowman, "ciri utama sebuah profesion ialah mempunyai asas pengetahuan yang kukuh berkaitan dengan tugas. Berdasarkan kepada pendapat ini, individu profesional adalah seorang pakar dalam bidang khusus dan terhad. "Golongan profesional turut mempunyai kebebasan untuk melaksanakan tugas berlandaskan pertimbangan yang bijak yang tidak dimiliki individu lain yang tidak punyai pengetahuan atau kelayakan berkaitan, " kata Freidson.
Selain dari ciri yang dikemukakan terdapat beberapa ciri lagi yang menunjukkan seseorang itu profesional. Untuk menjadikan profesional seseorang itu sewajarnya bersifat objektif, adil dan mementingkan diri. Ini membolehkan keputusan dibuat dengan munasabah dan rasional. Profesional juga memiliki ciri-ciri mengutamakan pelanggan dan melakukan tindakan yang sewajar demi pelanggan.
Profesional juga mempunyai rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang yang sama dan berguna dalam proses membuat keputusan. Golongan ini menitikberatkan integriti profesion dan perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Mempunyai struktur kawalan yang jelas juga merupakan ciri profesional. Kepakaran yang ada berdasarkan pengetahuan teoritikal dan kemahiran yang di perolehi adalah melalui latihan yang panjang.
Ciri yang terakhir bagi profesional ialah mempunyai satu kod etika yang memandu aktiviti mereka. Kod etika ini digunakan untuk melindungi profesion dan klien atau kepentingan awam.
Oleh itu, kita perlu melihat sejauh manakah persamaan yang ada dalam profesion keguruan ini untuk meletakkannya sebagai profesional? Ciri-ciri kepada profesional tersebut wajar diteliti satu persatu sebelum menyatakan atau mengiktirafkan profesion keguruan tersebut adalah profesional.
Jika dilihat kepada ciri latihan dan persediaan untuk menjadi seorang guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan program Diploma Perguruan dimana bakal-bakal guru dilatih dan dibimbing melalui Institut Pendidikan Guru yang dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan. KPM juga mengadakan Program Pengsiswazahan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mana telah meletakkan profesion keguruan sebagai profesional.
Namun kita jangan lupa, adakah kepakaran melalui latihan itu menepati ciri-ciri profesional? Bagaimana KPM boleh melantik individu menjadi guru melalui jawatan Guru Sandaran Tanpa Latihan (GSTT)? Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)? Kursus Perguruan Dalam Cuti (KPDC)? Program atau kursus ini telah hampir menafikan profesion keguruan sebagai profesional.
Dalam profesion lain yang diiktiraf sebagai profesional, ciri-ciri sebagai profesional ini amat dipelihara. Kumpulan-kumpulan ini dijadikan sebagai "pengamal", umpamanya doktor digelar "pengamal perubatan" dan peguam sebagai "pengamal undang-undang". Adakah profesioan keguruan diiktiraf sebagai "pemgamal pendidikan"? Ciri ini juga dengan jelas juga menafikan profesion keguruan sebagai profesional.
No comments:
Post a Comment