Tuesday, May 26, 2009

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM - Nilai Peribadi Asas

1. Taat Setia:-
Sewajarnya patuh dan tidak melakukan susuatu yang noleh merosakkan serta membinasakan. Menjaga Imej, tidak memalukan serta memburukkan organisasi.
2. Amanah/Jujur:-
Seseorang itu tidak melakukan penyelewengan dan boleh dipercayai sama ada dalam menjalankan tugas atau memegang rahsia. Oleh itu semua urusan yang mesti dipertanggungjawabkan mesti ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.
3. Bertanggungjawab:-
Setiap kewajipan yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Mempunyai akauntabiliti, boleh diperiksa atau dinilai pada bila-bila masa. Tidak mempunyai sikap melontar batu sembunyi tangan.
4. Ikhlas:-
Kebersihan rohani yang tertinggi, tidak menipu atau menunjuk-nunjuk. Bekerja tidak harapkan balasan dan tidak mempunyai agenda tersembunyi.
5. Dedikasi/Tekun:-
Mengerjakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh, sabar serta minat yang mendalam sehingga selesai dengan sempurna. Diibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.
6. Berdisiplin:-
Patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan, peraturan dan ketetapan yang dikenakan oleh sesuatu organisasi.
7. Bekerjasama:-
Bergotong royong dan saling bantu membantu dalam menjalankan tugas. Ibarat ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul. Kerja dilakukan secara berpasukan dan menjalankan tugas secara kolektif
8. Bersih:-
Bersih rohani dan jasmani. Jauh daripada perasaan hasad, dengki, tamak, khianat dan dendam. Menjaga kebersihan dalam berpakaian, persekitaran kerja dan pemilikan harta
9. Sederhana:-
Menolak keterlaluan, pertengahan antara dua ekstrem terutama dalam tugas harian dari segi percakapan, arahan, pergaulan dan pakaian

No comments: