Sunday, May 24, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (21)

Jurhum:-
Jurhum ialah kabilah yang pertama datang menumpang air Zamzam Siti Hajar. Meraka berkampung di bukit Qu'aigi'an iaitu bukit yang bertentangan dengan bukit Abi Qubais atau Istana As-Safa. Mereka menguasai kawasan atas Makkah (Al-Ma'la). Setiap pedagang yang memasuki kawasan mereka akan dikenakan cukai 10%. Kabilah ini diketuai oleh Al-Harith bin Mudhad. Beliau ialah orang pertama dari suku ini yang menjaga Ka'bah setelah menewaskan Kabilah Amaliq. Pemerentahan mereka berterusan selama 300 tahun.
Semasa pemerentahan mereka telah berlaku kejadian banjir di Makkag. Air memasuki kawasan Ka'bah sebelah atas sehingga meruntuhkan setengah binaan Ka'bah. Kemudian Jurhum membinanya semula berdasarkan atas binaan Nabi Ibrahim as tetapi mereka meninggikan sedikit binaannya dan menjadikan pintunya berdaun dua serta dikunci.
Lama kelamaan kabilah Jurhum tidak lagi mengambil berat tentang kesucian Ka'bah sehingga berlakunya beberapa kejadian maksiat yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Antaranya ialah perbuatan zina diantara Asaf dan Nailah di dalam Ka'bah. Allah swt telah menukatkan kedua-duanya kepada batu sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia.
Kemudian kedua-duanya dikeluarkan dari Ka'bah dan Asaf diletakkan di atas bukit Safa manakala Nailah di atas Marwah. Kemudian kabilah Jurhum telah bertawaf di antara kedua-duanya. Di antara kejadian yang tidak baiak yang lain ialah percubaan untuk mencuri harta yang dihadiahkan kepada Ka'bah dan pelbagai kejahatan lain.

No comments: