Wednesday, May 27, 2009

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

NILAI-NILAI MURNI:-
Terdapat 17 nilai-nilai murni iaitu:-
1. Baik hati:-
Sikap yang sentiasa prihatin dan ambil berat kepada kebajikan dan perasaan orang lain dengan ikhlas. Ini dapat dilihat melalui perbuatan seseorang terhadap orang lain. Nilai baik hati ialah belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, faham memahami, tolak ansur dan pemaaf.
2. Berdikari:-
Merupakan kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pihak lain. Nilai ini dapat dilihat melalui sikap bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, mempunyai jati diri, yakin diri dan bertawakkal.
3. Hemah diri:-
Budi pekerti atau tingkah laku yang dipuji, mulia, bersopan santun, berbudi bahasa serta lemah lembut. Sikap ini ada kaitannya dengan hubungan dengan komuniti. Nilai hemah diri ini ialah kesopanan, rendah diri, ramah mesra dan punyai personaliti tersendiri
4. Hormat menghormati:-
Sikap menghargai dan memuliakan orang lain. Dalam organisasi ia berbentuk layanan yang sopan dan menyenangkan. Nilai hormat menghormati ialah hormat dan taat kepada ibu bapa, orang tua, guru, rakan, jiran dan pemimpin. Hormat menghormati akan membentuk kesepaduan dalam komuniti serta menghargai maruah diri.
5. Kasih sayang:-
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam. Ia berkekalan dan lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu. Nilai kasih sayang ialah sayang kepada nyawa dan alam sekitar serta mempunyai rasa cinta kepada negara dan keamanan.
6. Keadilan:-
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama yang mana nilai-nilai keadilan itu sendiri ialah adil dan saksama.
7. Kebebasan:-
Melakukan sesuatu tanpa batasan tetapi ia tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Nilai kebebasan ini ialah kebebasan di sisi undang-undang yang melalui sistem demokrasi.
8. Keberanian:-
Seseorang yang sanggup untuk menghadapi cabaran dengan keyakinan yang tinggi serta tabah. Nilai keberanian ini tidak membuta tubi atau membabi buta. Berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental:-
Kebersihan diri dan persekitaran. Kebersihan yang merangkumi kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Nilai yang ditekankan ialah kebersihan diri, persekitaran, pertuturan dan kelakuan yang sopan melalui pemikiran yang sihat dan membina.
10. Kejujuran:-
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Nilai kejujuran ialah amanah, bercakap benar dan ikhlas.

No comments: