Monday, May 25, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (22)

Qusai Datuk Nabi:-
Selepas Jurhum, Makkah dikuasai pula oleh kabilah Khuza'ah. Selepas itu Makkah diperintah oleh datuk Nabi saw iaitu Qusai bin Kilab. Pada masa pemerintahannya, beliau telah mengumpul harta yang halal dan meruntuhkan Ka'bah untuk dibina semula dengan satu binaan baru yang tidak pernah dibuat oleh orang sebelumnya. Tinggi binaannya 25 hasta dan atap daripada batang kayu "Dum" yang kukuh dan pelepah tamar. Asasnya masih seperti binaan Nabi Ibrahim as.
Semasa pembinaan ini, Hajar Aswad telah hilang dan tiada siapa yang mengetahui tempat ianya berada. Setelah disiasat, Qusai diberitahu bahawa kabilah Iyad semasa dihalau keluar dari Makkah oleh anak-anak Mudhar bin Nizar telah mengambilnya dan menanamnya di salah sebuah bukit di Makkah. Peristiwa ini disaksikan oleh seorang perempuan. Qusai lalu pergi berjumpa dengan perempuan tersebut dan merayu agar menunjukkan tempat tersebut. Akhirnya Hajar Aswad ditemui kembali lalu disimpan oleh Qusai selama turun temurun sehinggalah ke zaman Quraisy.
Kata Imam Al-Mawardi ra:- "Qusai bin Kilab ialah orang pertama dari kalangan Quraisy yang membina Ka'bah selepas Nabi Ibrahim as. Beliau juga merupakan orang yang pertama membina atap Ka'bah.

No comments: