Tuesday, May 5, 2009

BUNGA RAYA - BUNGA KEBANGSAAN

Bunga raya atau Hibiscus Rosa-Sinensis adalah Bunga Kebangsaan Malaysia. Bunga raya ini juga adalah ratu tumbuhan tropika. Kewujudan yang sekian lama terut dikenali sebagai "The Rose of China" berdasarkan pertemuan asal di negara China. Pada awalnya, terdapat 10 spesis atau jenis bunga raya daripada kumpulan "keluarga Malvaceae" yang wujud di negara ini. Kini, jumlah spesis bunga raya mencapai 300 jenis.
Spesis bunga raya yang dikenal pasti ialah Hibiscus Rosa-Sinensis, Hibiscus Mutabilis, Hibiscus Esculenthus, Hibiscus Tiliaceus, Hibiscus Syriacus, Hibiscus Moschentos, Hibiscus Rockil, Hibiscus Kokio, Hibiscus Yougianus dan Hibiscus Arnottianus
Hybrid bunga raya pula antaranya ialah Fierlight. Charges September, Light Pink, Ritt 470, La France, Peach, Aurora, White Picardy, Scarlet Giant, Pink President, Pagoda, Farncosea, Miss Kitty, Frank's Lady, Fire Truck, Cooperi Alba, Aloha dan Pukoonis. Turut juga mengambil nama Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan isterinya iaitu Hibiscus Rosa-Senensis Dr. mahathir dan Hibiscus Rosa-Senensis Dr. Siti Hasmah.
Pembiakan bunga raya adalah hasil dari keratan dahan, tut atau cantuman. Satu variasi baru bunga raya yang dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia telah dinamakan dengan nama anak perempuan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Hibiscus Rosa-Senensis Nori.

No comments: