Thursday, May 21, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (19)

Hijr Ismail
Hijr Ismail ialah sebuah bentuk lingkungan yang terletak di utara Ka'bah, Bentuknya adalah separa bulatan. Hijr Ismail dijadikan oleh Nabi Ibrahim as sebagai sebuah bangsaltempat berteduh di tepi Ka'bah dan ianya menjadi kandang kambing kepunyaan Ismail as.
Riwayat ini menunjukkan bahawa Hijr tersebut tidak termasuk dalam binaan Ka'bah sebaliknya ia merupakan kandang yang terletak di luar daripadanya, Namun begitu, semasa kaum Quraisy membina Ka'bah, mereka telah mengecilkannya di bahagian utara kerana kekurangan belanja. Mereka mengurangkan sebanyak enam hasta sejengkal (3 meter) menurut riwayat yang sahih dan memasukkannya ke dalam Hijr Ismail.
Abdullah bin Az-Zubair pada zaman pemerintahannya telah memasukkan kesemuanya ke dalam binaan Ka'bah. Walau bagaimana pun apabila hajjaj memerintah beliau telah membinanya semula menurut binaan Quraisy dan demikiannya hingga sekarang.
Oleh yang demikian, tidak sah tawaf di dalam Hijr kerana ianya termasuk dalam Ka'bah, dia boleh melakukannya solat di dalam Hijr kerana sebahagian daripadanya adalah Ka'bah.

No comments: