Wednesday, January 20, 2010

MAMPUKAH KITA MENIPU ALAM?

"Kalau kita menyatakan bahawa ayunan itu akan bergerak ke hadapan dan kita jangan lupa bahawa ayunan itu juga akan bergerak ke belakang."

Dalam hukum "sebab dan akibat" ada menyatakan bahawa ganjaran yang kita perolehi dalam hidup ini akan terhasil dalam suatu perimbangan yang tepat iaitu dengan sumbangan yang telah kita berikan. Ini bermakna hasil diterima adalah seimbang dengan usaha yang telah kita curahkan.

"Berilah dan kita akan menerima". Begitu sederhananya kenyataan ini, tetapi apakah kita dapat menjangkau hukum tersebut? Kita perlu mencatat apa yang sebenarnya terkandung dalam kata-kata itu. Apa yang kita berikan adalah apa yang kita terima sebagai imbuhan. Ianya bukan hanya kerana apa yang kita berikan disamakan sebagai mencari balasan malahan adalah untuk mencari balasan yang setimpal. Ini menunjukkan betapa mudahnya dunia ini memberikan nilai pada ungkapan ini.

Hukum alam sebenarnya adalah seimbang. Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Oleh itu kita tidak boleh memprotes hukum alam ini. kita juga tidak boleh mengganggu keseimbangannya kerana kita tahu bahawa hukum "sebab dan akibat" itu adalah hukum alam yang tidak boleh salah dan tidak boleh ditolak. Sebenarnya kita gagal untuk melihat keseimbangan kita sebagai bangsa dan juga sebagai individu kerana kita belum menyedari bahawa hukum yang sama juga berlaku tanpa dapat ditolak. Ia berlaku dalam kehidupan manusia dan dalam kehidupan bermasyarakat seperti terjadi di alam bahawa apa yang kita kita buang perlu kita kutip kembali.

Dalam kehidupan kita, setiap tindakan yang kita buat adalah seperti benih tumbuhan. Hasil yang kita pungut sebenarnya adalah sesuai dengan benihnya. Oleh itu tidak ada orang yang begitu bijak dengan menyatakan pendapat bahawa dirinya boleh menipu alam. Umpamanya, jika benih yang yang ditanam itu adalah padi, ia sudah pastinya tidak berharap akan memetik gandum. Ia juga tahu bahawa pokok cempedak tidak akan menghasilkan nangka dan pokok bunga orkid pastinya tidak akan menguntumkan bunga ros.

Namun begitu, kadang-kadang kita sentiasa membayangkan bahawa diri kita cukup bijak untuk menipu diri kita sendiri. Kita berfikir bahawa kita boleh bertindak atau mengungkapkan sesuatu dan dengan begitu mudah kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja dan terus melupakannya. Ianya seolah-olah tidak pernah terjadi pada diri kita. Betapa pun dangkalnya suatu tindakan dalam hidup akan berlaku seperti benih yang bercambah dan tumbuh serta menghasilkan pengaruh yang menimbulkan akibat.

Kalau kita menghadapi tugas seharian kita, lakukanlah dengan lebih baik dari apa yang kita terima. Jika tindakan untuk melakukan lebih baik yang kemudiannya memberikan minat yang lebih baik pada diri kita maka kita akan bahagia bahawa kita telah berjaya melakukannya.

2 comments:

jan.naimah said...

em...btol tuh...kite ni ilmu xbyk...

amalhaj said...

semakin banyak kita belajar terasa semakin banyak kekurangan yang ada pada diri kita.