Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Monday, August 31, 2009
APE DAH JADI PADE MENGKOME?
Mengkome nih memangnyer hebat. Dulu, kalo teman tak silap pade tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia siap keluarkan pekeliling melarang orang Islam buat semelih qurban di sekolah. Semelih qurban ni sensitif pade penganut agama hindu terutama kalo mengkome semelih lembu.
Dua tige ario lepas oghang Melayu Shah Alam lagi hebat. Belum pun masuk bulan aji deme dah buat qurban. Heran pulak teman, daging yang lain mungkin deme dah mentekedarah, last2 bawak pale lembu.
Kat Kampung Buah Pala Penang pun deme gune lembu dalam demontrasi deme untuk halang oghang yang nak robohkan rumah deme. Patutler rege lembu skrang nih mahel bebeno, rupe2nyer lembu ni pun dah panda yang deme dah cukup popular.
*** teman masih ingat bile Abang Mie buat ceramah di Sungai Siput yang bertanya pade oghang Melayu (Islam) "APE ITU QURAN BOLEH BUAT JALAN RAYE KER? dan disambut ngan tepukan yang gemuruh oleh oghang Melayu (Islam) yang ade dalam Majlis itu. Mengkome Fikole Sendiri.
RAPTAI KEMERDEKAAN, MANE ELAUN KEME?
Puhhhhh. Memang memenatkan apabila buat raptai sambutan hari kemerdekaan. Tahun ini ade gak kat dataran parlimen. Dulu2 buat kat Dataran Merdeka. Siap ngan pom-pom, flashcard dan macam2 ade. Siap dok kat Putrajaya lagi, angkut ngan bas, kasi t-shirt selai. Elaun? Mane pegi? Waaaa.... kolej lain dapat elaun tapi kolej teman dan beberape kolej lagi mene peginyer elaun tuh.
Saturday, August 29, 2009
Friday, August 28, 2009
DR. BURHAMNUDDIN AL-HELMI
Dr. Burhanuddin al-Helmi dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak. Beliau adalah tokoh ulama dan politik Islam. Beliau adalah merupakan seorang Doktor Homeopati yang mendapat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Psikologi dan Metafizik Islam dari Aligarh Muslim Universiti India.
Sepanjang perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmi, beliau banyak menghabiskan hidupnya di penjara. Dalam tahun 1935, beliau ditahan British di Palestin kerana menentang penjajahan British ke atas Baitul Maqdis. Seterusnya pada tahun 1937, beliau sekali lagi ditahan pihak British kerana tulisannya dalam majalah Taman Bahagia mengancam kepentingan British di Singapura.
Semasa darurat dalam tahun 1948, British telah menahan beliau tanpa bicara dan mengharamkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpinnya. Beliau ditahan sekali lagi dalam tahun 1950 kerana menubuhkan jawatankuasa Menangani Isu Natrah dan menganjurkan siri bantahan untuk menyelamatkan aqidah Natrah.
Pada Januari 1965, beliau dipenjara tanpa bicara sekali lagi atas tuduhan menentang kerajaan. Beliau dibebaskan secara bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan termasuk tidak boleh melibatkan diri dalam politik. Sekatan ini ditarik balik pada 22 September 1969. Beliau meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.
LIRIK LAGU
Lagu:- Nortaza Mohd. Mokhtar
Lirik:- Adnan Abdul Rahman
Buatmu seorang pejuangContohilah kesabarannya
Dipenjara tahpa bicara
Buatmu seorang pembela
Dengarlah suara hatinya
Dipertahankan aqidah Si Natrah
Burhanuddin
Termasyhur namamu
Pejuang bangsa dan negara
Burhanuddin
Terharum namamu
Sebagai pembela agama
Buatmu seorang pemuda
Lihatlah geraj dan gerinya
Dituntutnya bebas Palestin
Buatmu hai seorang anak
Ikuti jejak dan langkahnya
Ditakluki segara ilmu itu.
Thursday, August 27, 2009
ALFATIHAH - PERGINYA SEORANG YANG ISTIMEWA
Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah
KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura. Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Wednesday, August 26, 2009
KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA
Nengok pade gambo ni teringat teman mase bebudak dulu timepose. Belum buke pose memang tersando kat pangkin bawah umah sebab ingat nak minum ajer. Paling pantang bile ade "keling" Maidin lalu jual aiskerim. Pastu sekali lagi teman tersando kali ini kat dinding umah bile lepas ajer bebuke pose. Mane taknyer ayo macam jenis ayo teman telan, kuih gitu juge. Paling banyak teman makan ialah "nasi ulam" yang arwah mak teman buat. Kurang2 boleh masuk tige pinggan. Alahai, skrang ni sape2 yang ade kemahiran buat "nasi ulam"? Teman rindu ngan "nasi ulam" buatan arwah mak. Ari sabtu nanti teman nak ngendeng umah kakak teman nak suruh dia buat "nasi ulam". Kakak teman nih memang panda masak. Mungkin ikut ayo tangan arwah mak teman, kate deme le.
PERMATANG PASIR TAK MENJADI PERMATANG EMAS
BN Kalah Di Semua UPU
Keputusan Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir menyaksikan Barisan Nasional kalah di semua unit peti undi kecuali undi pos. Majoriti paling tinggi yang diperolehi oleh PAS ialah di UPU Sama Gagah, dimana calon PAS memperolehi 1397 undi berbanding BN yang memperolehi 594 undi. Majoriti di Sama Gagah ialah 803. Majoriti paling kecil ialah di Kg. Pelet dimana PAS mendapat 738 undi manakala BN meraih 546 undi menjadikan majoriti sebanyak 192. Sementara majoriti di UPU yang selebihnya adalah di dalam lingkungan 300 - 700 undi. Sebanyak 8 pengundi pos, daripadanya PAS hanya memperolehi 2 undi dan 6 untuk BN.
Sama Gagah - Pas 1397 - BN 594 - Majoriti: 803
Permatang Ara - Pas 1397 - BN 1075 - Majoriti: 322
Permatang Pauh - Pas 875 - BN 354 - Majoriti: 521
Bukit Indera Muda - Pas 1302 - BN 862 - Majoriti: 440
Kg Pelet - Pas 738 - BN 546 - Majoriti: 192
Kubang Semang - Pas 773 - BN 275 - Majoriti: 498
Tanah Liat - Pas 971 - BN 500 - Majoriti: 471
Cross Street - Pas 938 - BN 300 - Majoriti: 638
Permatang Tengah - Pas 1225 - BN 555 - Majoriti: 570
Undi Pos - Pas 2 - BN 6 - Majoriti: -4
Jumlah - PAS 9618 - BN 5067 - Majoriti: 4551
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL N. 11 PERMATANG PASIR
Barisan Nasional tidak patah semangat
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak akan mematahkan semangat Barisan Nasional (BN) untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagi meraih sokongan rakyat.
Pas kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir
Oleh Anwar Hussin, Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Youb, Amin Ridzuan Ishak dan Shukri Mat Ali
bhnews@bharian.com.my
Mohd Salleh raih 9,618 undi tewaskan Rohaizat
BUKIT MERTAJAM: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man menewaskan Rohaizat Othman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,551 undi pada pilihan raya kecil DUN itu semalam.
BN akan teliti faktor kekalahan: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sudah mencuba dengan baik dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, mungkin ada faktor-faktor tertentu perlu diambil kira oleh BN berikutan keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Pas.
Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti
Hazayani Zakaria Wed Aug 26, 09 8:51:10 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos: Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam.
PAS menang, majoriti menurun
Aug 25, 09 6:35pm
kemaskini 7.31pm
PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Tuesday, August 25, 2009
DATO' MAHARAJALELA
BIOGRAFI
Nama sebenar beliau ialah Pandak Lam bin Machang Lela Tok Mahmud. Beliau ialah Pembesar Kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharajalela Tun Jana Putra. Penguasaan British yang didalangi oleh J. W. W. Birch di Perak telah ditentang oleh orang tempatan yang di pimpin oleh Dato' Maharajalela. Semua pembesar dan Sultan bersatu menentang pihak British.
Pengenalan Sistem Residen di Perak dan campur tangan Bristish secara langsung dalam adat resam dan hal ehwal tempatan serta keangkuhan J. W. W. Birch yang tidak menghormati sistem sosial masyarakat tempatan di Pasir Salak telah menimbulkan kemarahan orang Melayu, Akibat nya Dato' Maharajalela bersetuju mengambil tanggungjuwab membunuh J/ W. W. Birch slepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar lain.
Pembunuhan J. W. W. Birch pada 2 November 1875 adalah manifestasi kebangkitan orang-orang Melayu menentang keangkuhan dan campur tangan British di Tanah Melayu. Akhirnya Dato' Maharajalela gugur sebagai pahlawan dan jasa dan pengorbanannya tetap akan dikenang sepanjang zaman.
DEMI PERJUANGAN SUCI
(Dato' maharajalela)
Lagu:- Syed Salehuddin
Lirik:- Zaharah Abdul Manap
Perjuangan kau tak berbelah bahagi

Demi negeri sanggup kau redahi
Segala derita hidup oh...
Berjuang demi pertiwi
Pengorbananmu kami hargai
Jati dirimu diteladani
Pertahan maruah bangsaku
Demi kedaulatan negeri
Dato' Maharajalela
Sejarawan di Pasir Salak
Pembela agama dan bangsa
Kita menentang penjajah durjana
Dato' Maharajalela
Tetap termasyur di persada
Darah merah gagah mengalir
Lambang pahlawan tulus suci
Pengorbananmu kami hargai
Jati dirimu diteladani
Pertahan maruah bangsaku
Demi kedaulatan negeri
Monday, August 24, 2009
WESTERN AND SOUTHERN FINANCIAL GROUP MASTERS CHAMPION
Roger Federer of Switzerland holds the winners trophy aloft after defeating Novak Djokovic of Serbia in the Singles Final during day seven of the Western & Southern Financial Group Masters at the Lindner Family Tennis Center in Cincinnati, Ohio.
AMINUDDIN BAKI
AMINUDDIN BAKI
Dilahirkan di Chemor, Perak pada 26 Januari 1926. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Chemor. Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Seterusnya pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura sehingga memperolehi B.A. Hons. Tahun 1951, mula berkhidmat di Sekolah Inggeris Sultan Yusoff, Batu Gajah. Tahun 1952 ditawarkan Queen's Scholarship di Universiti of London hingga berjaya mendapat ijazah Master of Method. Pada tahun 1953 berkhidmat sebagai pensyarah di MPSI, Tanjong Malim. Pada tahun 1959 dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1961 dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran (kini Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) pada usia 36 tahun. Pada 24 Disember 1965 beliau kembali ke Rahmatullah ketika berusia 39 tahun
SUMBANGAN DALAM PENDIDIKAN DANN LAIN-LAIN
1. Jawatankuasa Barne's (1951)
2. Penyata razak (1956)
3. Laporan Rahman Talib (1960)
4. Penyata Aminuddin Baki (1962)
5. Penubuhan "Joint Examination Board" (1963)
6. Perancang Pendidikan Rantau Asia dari UNESCO
7. AJK Ejaan MALINDO
8. Pengerusi Dewan Kebudayaan Tanah Melayu
9. Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia
SEBUTIR INTAN
(AMINUDDIN BAKI)
Lagu:- Mohd. Hafiz Hashim
Lirik:- Hj. Mohd. Zahari Baharin
Kau umpama sebutir intan
Namamu mencapai awan
Jasamu tiada tandingan
Dikenang sepanjang zaman
Aminuddin Baki yang disanjung tinggi
Anak jati Darul Ridzuan
Di bidang pendidikan
Jasamu tak terbilang, demi bangsamu gemilang
Kesungguhan dan keiltizaman
Harus diteladani selalu
Keazaman yang jitu
Membakar semangat generasi masakini
Aminuddin Baki yang dikenangi
Baktimu amat berharga
Segala manfaat yang ditinggalkan
Dikenang sepnajnag zaman
Sunday, August 23, 2009
Saturday, August 22, 2009
ADEKE KITE INGIN BEGINI?
Perhatian kepade mengkome seme yang suke sesangat ngadap komputer. Keroje2 lain mengkome abaikan. Keroje sekolah tak buat, kerije rumah ape tah lagi. Jenuh mak bapak mengkome berleteo, mengkome buat dek aje kat dalam bilik mengkome tuh. Sian mak bapak mengkome wat keroje rumah soghang2. Ade anak pulak tuh buat noheng aje. Kene macam dalam gambo nih baru le mengkome tahu tinggi rendah lagit tuh. Hahahahaha, adeke gamaknyer macam kat dalam gambo nih? Pade teman, soalannyer, "adeke kite ingin begini?"
MAT REMPIT?
Yang biase teman dengo ngan nengok "mat rempit" nih kat jalan raye aje. Tak kirele jantan ke betine. Deme tuh nunggang motor macam2 gaye (stail deme kate). Pastu yang tak mampu beli motor deme paka basikal untuk rempit. Teman peronah nengok deme tuh nunggag basikal bukan kaki yang ngayuh tapi tangan, jadi macam nerap le deme tuh.
Kali ni teman dapat gambo "mat rempit" juge tapi deme tak rempit atas jalan raye. Deme rempit pulak atas ayo. Deme ni memang hebat dan dasat. Sikit lagi deme rempit pulak atas udare. Itu teman rase le sebab dah jemu rempit atas jalan, rempit atas ayo. Pastu atas udare pulak. Bile atas udare, deme paka ape yerk. Jenuh teman memikionyer. Mengkome boleh tolong fikiokan?

Friday, August 21, 2009
KEBUDAYAAN ITU BERMULA DARI MENDENGAR
Segala jenis kebudayaan bermula dari mendengar. Pertumbuhan bukannya terjadi melalui pemikiran yang canggih atau pembicaraan yang fasih tetapi melalui pengamatan dan pendengaran yang teliti. Dunia kita adalah suatu galeri yang dipenuhi bisikan tetapi hanya yang mahu mendengarlah yang dapat mendengar "suara" kebenaran.
Pada ketika seseorang memasuki ketenteraan, ia akan segera dikirimkan ke kem latihan untuk dididik oleh para pengajar tentang berbagai hal yang dialami oleh para pengajar itu agar boleh terus hidup di tengah medan perang. Dengan cara ini, dalam beberapa kes, hidup orang yang baru memasuki ketenteraan itu bergantung pada kemampuannya mendengar pengajaran.Tidak kurang pentingnya dengan kemampuan mendengar pengajar veteran itu, kemampuan mendengar kaum muda zaman sekarang juga perlu dikembangkan demi kelangsungan hidupnya. Pengalaman adalah guru yang hebat. Kita harus memasang telinga terhadap orang-orang yang telah lebih dulu melakukan perjalanan hidup. Dengan mendengar pengalaman orang-orang yang telah memperolehi segala sesuatu yang mereka perolehi dengan usaha keras.
Untuk mendapatkan keuntungan terbesar dalam proses mendengar, kita harus lebih dulu meletakkan diri kita dalam kedudukan mendengar. Kita tidak dapat memenuhi maksud ini kalau kita yang menguasai percakapan. Seterusnya, kita harus menggiatkan proses berfikir kita untuk mengolah penerangan yang kita perolehi sebagai suatu bantuan untuk menghadapi masalah-masalah yang sedang atau akan kita hadapi. Akhirnya kita harus bertindak dan kita harus memanfaatkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)