Monday, August 17, 2009

JAGE2 MENGKOME HANTU RAYE DAH NGELEWOR

Pemuda Umno dakwa ada pengundi hantu di Permatang Pasir
Aug 17, 09 7:08am
Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.
KJ nampak "hantu" di Permatang Pasir
Ketua Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.
Sebelum ini pimpinan Umno sering menyalahkan Pakatan Rakyat dan mendakwa pengundi hantu tidak pernah wujud. Tidak mustahil Pemuda Umno akan menahan bas-bas yang masuk ke Permatang Pasir pada 25hb Ogos nanti.
Teman kate memang Pakatan Rakyat Pulau Pinang ni hebat. Boleh daftarkan pengundi hantu kat Permatang Pasir. Hah! Ape mengkome tunggu lagi pegi le siasat. Nanti kalah jangan nyalahkan "pengundi hantu" pulak. Dulu Pakatan Rakyat yang semedang aje berkokok ngatakan ade "pengundi hantu". Le ni UMno pulak ke nak niru stail Pakatan Rakyat?
AWAS mengkome! Hantu-hantu tuh dah lari ke Pakatan Rakyat kerane duduk dalam UMno dah tak cukup makan. Telur tak mandang, ancak pun meracun, beroteh nak buat padi dah oghang tak menai. Mane Aci heheheheheh.

No comments: