Monday, August 10, 2009

PENGURUSAN KEWANGAN (2)

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG BERKUATKUASA
1. Akta Prosedur Kewangan 1957 (Disemak 1972)
2. Arahan Perbendaharaan
3. Akta Pendidikan 1996 - Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002
4. Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Terbitan Dengan Kuasa Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi Keempat Tahun 2005

TAKRIF-TAKRIF TERMA UTAMA MENGIKUT AKTA-AKTA DAN ARAHAN PERBENDAHARAAN
1. Pegawai Pengawal (mengikut sek.15a, Akta Prosedur Kewangan 1957 (disemak 1972))
Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri mengikut mana yang berkenaan boleh melantik, mengenai tiap-tiap maksud perbelanjaan yang diperuntukan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran, seorang PEGAWAI PENGAWAL untuk mengawal, tertakluk kepada arahan-arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kewangan perbelanjaan yang dibenarkan di bawah maksud itu dan menjadi Ketua Pegawai Perakaunanmengenai semua wang awam yang dipungut, diterima atau yang dibelanjakan dan semua sektor awam yang diterima, dipegang atau dilupuskan oleh atau kerana jabatan atau perkhidmatan yang untuknya maksud itu diperuntukan.
2. Pegawai Perakaunan (mengikut Arahan Perbendaharaan (A.P. 3)
Tiap-tiap pegawai awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara memungut, menerima atau mengakaun atau sebenarnya memungut, menerima atau mengakaun wang awam
3. Bank Kerajaan (mengikut A.P. 3)
Bank Negara atau bank-bank lain yang diluluskan oleh Perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri
4. Resit
Adalah akuan terimaan wang dari orang awam termasuk dalam bentuk lesen, tiket atau borang yang mana amaun bayaran tetap bertulis atau dicetak padanya
5. Wang Awam
Semua hasil, pinjaman, amanah dan lain-lain wangdan semua bon, debenture dan lain-lain sekuriti apa sahaja dikumpul atau diterimaoleh kerana persekutuan (tidak termasuk zakat, fitrah,baitulmal dan hasil-hasil muslim). Ini termasuk wang tunai, cek, kiriman wang, wang pos, setem yang diterima atau dipegang oleh pegawai awam atas jawatan rasmi mereka - A.P. 3

No comments: