Wednesday, August 12, 2009

KEHIDUPAN YANG SEJATI

Secara fizikal kita cepat belajar tentang berbagai hal yang boleh menimbulkan luka atau menyebabkan rasa sakit dan penderitaan pada tubuh kita. Kita dengan segera mengetahui bahawa api atau barang panas lainnya, seperti seterika atau alat pemanggang boleh menyebabkan terbakar. Kita mengajar anak-anak agar tidak bermain-main dengan barang-barang berbahaya seperti pisau, gunting dan sebagainya yang boleh melukai mereka.
Tidak diperlukan waktu yang lama untuk mengetahui alat-alat yang boleh melukai diri kita. Dengan kecepatan yang sama, kita juga boleh mengetahui hal-hal yang menimbulkan kenikmatan dan kesenangan fizikal.
Namun hal itu berkaitan kegidupan mental hanya sebilangan kecil anak yang diajar untuk menghindari racun mental yang boleh menimbulkan luka, sakit dan kelumpuhan secara mental. Kebanyakan ibu bapa menjaga anak-anak mereka agar tidak terkena bahan kimia atau ubat-ubatan beracun tetapi mereka sama sekali tidak berusaha untuk mencegah pemikiran mereka diracuni, suasana hati dan emosi yang menghancurkan dan mematikan.
Suatu kisah seorang pesakit "tidak tertolong lagi" di sebuah hospital. Setelah melakukan "semua hal yang boleh dilakukan", pesakit itu dibawa pulang dan seorang doktor pakar dipanggil. Rawatan dari doktor ini juga tidak menimbulkan pemulihan pada kesihatan pesakit. Tiba-tiba saja ia sembuh dari penyakitnya dan sejak itu ia tidak pernah melewatkan hari-hari kerjanya. Setiap sel tubuh dipengaruhi mental.
Pemenuhan adalah hukum kehidupan yang sejati. Ketidakserasian dalam berbagai bentuknya, baik berupa kemarahan, takut, khuatir, cemburu, kebencian, kelemahan atau sakit adalah sesuatu yang tidak normal. Kita dilahirkan untuk menjadi sihat, bahagia dan berjaya. Pemikiran yang benar akan membantu membuat hal ini menjadi nyata.

No comments: