Friday, August 28, 2009

DR. BURHAMNUDDIN AL-HELMI

Dr. Burhanuddin al-Helmi dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak. Beliau adalah tokoh ulama dan politik Islam. Beliau adalah merupakan seorang Doktor Homeopati yang mendapat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Psikologi dan Metafizik Islam dari Aligarh Muslim Universiti India.
Sepanjang perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmi, beliau banyak menghabiskan hidupnya di penjara. Dalam tahun 1935, beliau ditahan British di Palestin kerana menentang penjajahan British ke atas Baitul Maqdis. Seterusnya pada tahun 1937, beliau sekali lagi ditahan pihak British kerana tulisannya dalam majalah Taman Bahagia mengancam kepentingan British di Singapura.
Semasa darurat dalam tahun 1948, British telah menahan beliau tanpa bicara dan mengharamkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpinnya. Beliau ditahan sekali lagi dalam tahun 1950 kerana menubuhkan jawatankuasa Menangani Isu Natrah dan menganjurkan siri bantahan untuk menyelamatkan aqidah Natrah.
Pada Januari 1965, beliau dipenjara tanpa bicara sekali lagi atas tuduhan menentang kerajaan. Beliau dibebaskan secara bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan termasuk tidak boleh melibatkan diri dalam politik. Sekatan ini ditarik balik pada 22 September 1969. Beliau meninggal dunia pada 25 Oktober 1969.
LIRIK LAGU
Lagu:- Nortaza Mohd. Mokhtar
Lirik:- Adnan Abdul Rahman
Buatmu seorang pejuang
Contohilah kesabarannya
Dipenjara tahpa bicara
Buatmu seorang pembela
Dengarlah suara hatinya
Dipertahankan aqidah Si Natrah
Burhanuddin
Termasyhur namamu
Pejuang bangsa dan negara
Burhanuddin
Terharum namamu
Sebagai pembela agama
Buatmu seorang pemuda
Lihatlah geraj dan gerinya
Dituntutnya bebas Palestin
Buatmu hai seorang anak
Ikuti jejak dan langkahnya
Ditakluki segara ilmu itu.

No comments: