Monday, August 24, 2009

AMINUDDIN BAKI

AMINUDDIN BAKI
Dilahirkan di Chemor, Perak pada 26 Januari 1926. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Chemor. Meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Seterusnya pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura sehingga memperolehi B.A. Hons. Tahun 1951, mula berkhidmat di Sekolah Inggeris Sultan Yusoff, Batu Gajah. Tahun 1952 ditawarkan Queen's Scholarship di Universiti of London hingga berjaya mendapat ijazah Master of Method. Pada tahun 1953 berkhidmat sebagai pensyarah di MPSI, Tanjong Malim. Pada tahun 1959 dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1961 dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran (kini Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) pada usia 36 tahun. Pada 24 Disember 1965 beliau kembali ke Rahmatullah ketika berusia 39 tahun
SUMBANGAN DALAM PENDIDIKAN DANN LAIN-LAIN
1. Jawatankuasa Barne's (1951)
2. Penyata razak (1956)
3. Laporan Rahman Talib (1960)
4. Penyata Aminuddin Baki (1962)
5. Penubuhan "Joint Examination Board" (1963)
6. Perancang Pendidikan Rantau Asia dari UNESCO
7. AJK Ejaan MALINDO
8. Pengerusi Dewan Kebudayaan Tanah Melayu
9. Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia
SEBUTIR INTAN
(AMINUDDIN BAKI)
Lagu:- Mohd. Hafiz Hashim
Lirik:- Hj. Mohd. Zahari Baharin
Kau umpama sebutir intan
Namamu mencapai awan
Jasamu tiada tandingan
Dikenang sepanjang zaman
Aminuddin Baki yang disanjung tinggi
Anak jati Darul Ridzuan
Di bidang pendidikan
Jasamu tak terbilang, demi bangsamu gemilang
Kesungguhan dan keiltizaman
Harus diteladani selalu
Keazaman yang jitu
Membakar semangat generasi masakini
Aminuddin Baki yang dikenangi
Baktimu amat berharga
Segala manfaat yang ditinggalkan
Dikenang sepnajnag zaman

No comments: