UKURAN KA'BAH
Tinggi: 14 meter.
Panjang di sudut Multazam (Hajar Aswat - Rukun Iraqi): 12.84 meter
Panjang di sudut Hijr Ismail (Rukun Iraqi - Rukun Syami): 11.28 meter
Panjang di antara Rukun Syami dan Rukun Yamani: 12.11 meter
Di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad: 11.52 meter
PINTU KA'BAH
Kedudukan pintu Ka'bah sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Pada zaman Nabi Ibrahim a.s, baginda telah membuat dua pintu Ka'bah. Pintu tersebut terletak rapat di atas tanah. Satu digunakan untuk masuk dan satu lagi untuk keluar. Pintu masuk dari arah timur dan pintu keluar dari arah barat. Dua pintu ini berupa lubang masuk tanpa daun pintu. Kemudian Raja Tubba' 3 yang bernama As'ad telah memasang pintu yang berdaun dua pada Ka'bah. setelah Quraisy membina Ka'bah mereka telah mengangkatnya dari aras tanah dan menutup pintu sebelah barat.
Pintu yang ada hari ini terletak dua meter tinggi dari aras tanah, disaluti emas dan perak. Dibuat pada tahun 1399H. Menelan belanja sebanyak 13,420,000 Riyal Saudi dan emas sebayak 280 kg.
Pintunya akan dibuka untuk membasuh bahagian dalam Ka'bah. Satu tangga khas akan dibawa untk menaikinya. Bahagian dalamnya akan dibasuh dengan air Zamzam oleh Khadimul Haramain atau wakilnya dan lain-lain orang kenamaan. Dindingnya akan dibasuh dengan penyapu khas yang dibuat daripada daun tamar, kemudian akan direnjis dengan wangi-wangian. Begitu juga pintu ini akan dibuka jika ada tetamu negara yang ingin memasuki Ka'bah.
TIANG KA'BAH
Sewaktu Quraisy membina Ka'bah, mereka telah menutupnya dengan atap, disokong dengan enam batang tiang dalam dua baris, setiip baris mempunyai tiga batang tiang.
Selepas itu sewaktu pembinaan Ibnu Az-Zubair, beliau telah menjadikan tiga batang tiang daripada kayu untuk menongkat atapnya. Jarak di antara satu tiang dengan yang lain ialah 2.35 meter. Di sebelah kanan pintu pula disediakan tangga untk naik ke sutuh (atap) Ka'bah.
No comments:
Post a Comment