Monday, August 17, 2009

925KM YANG MENYAJIKAN PELBAGAI

Hari Sabtu, 15 Ogos 2009, jam 10.00 malam, distinasi De Palma Hotel Sepang dan sampai 1.30 pagi hari Ahad, 16 Ogos 2009.
Hari Ahad, 16 Ogos 2009, jam 8.45 pagi menuju ke Taman Seroja Sepang dalam perjalanan ke Felda Palong 5, Negeri Sembilan.
Hari Ahad, 16 Ogos 2009, jam 10.00 pagi dari Taman Seroja bergerak ke Felda Palong 5 dengan 3 buah kereta lagi. Sampai di Felda Palong 5 jam 1.25 petang dan kedengaran azan zohor berkumandang dari masjid berhampiran.
Hari Ahad, 16 Ogos 2009, jam 3.30 petang bergerak meninggalkan Felda Palong 5. Singgah sebentar di Taman Kiambang, Paroi. Selepas itu singgah di Kolej Teknologi Timur (KTT) untuk berjumpa dengan orang yang disayangi.
Hari Ahad, 16 Ogos 2009, jam 11.00 malam meninggalkan KTT untuk pulang ke Sungai Siput dan sampai pada hari Isnin, 17 Ogos 2009. jam 4.00 pagi dengan mata yang mengantuk dan siraman hujan yang lebat. Ahamdulillah, perjalanan pulang selamat.
Dalam perjalanan ini beberapa lokasi yang menjadi pengalaman istimewa:-
1. Bukit Putus - sememang wajar dinama sedemikian kerana ianya hampir memutuskan semangat ke Felda Palong 5
2. Sawah Lebar - teringatkan lagu "Apo Nak Dikato" dendangan Ito
3. Seri Menanti - terletaknya Istana Seri Menanti
4. Felda Palong - kawasan Rancangan Lembaga Kemajuan Tanah yang agak luas dari Felda Palong 1 hingga Felda Palong 20.
5. Felda Palong - berhampiran dengan negeri Johor
6. Taman Rashidah Utama (TRU) - teringatkan lagu yang menggunakan nama ini yang mungkin ada dan peristiwa yang tertentu kepada penulis liriknya (TRU bukan di Palong tapi di Paroi).

No comments: