Monday, August 10, 2009

PENGURUSAN KEWANGAN (1)

BIDANG-BIDANG UTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan Belanjawan
Pengurusan Hasil (pungutan/terimaan) Pengurusan Perolehan
Pengurusan Aset
Pengurusan Bayaran
Pengurusan Perakaunan

KEPERLUAN SISTEM PENGURUSAN HASIL (PUNGUTAN/TERIMAAN) DI JABATAN
Untuk mendapatkan semua pungutan yang berhak kepada sekolah dipungut dengan sewajarnya dan mengelakkkan ABT
Mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan sekiranya berlaku kehilangan, penyelewengan dan salah guna kuasa
Menghindarkan kehilangan dan kecurian harta sekolah (wang tunai)
Meningkatkan kecekapan menguruskan pungutan sekolah dengan berkesan

JENIS PUNGUTAN DAN TERIMAAN KUMPULAN WANG SEKOLAH
Pungutan
a) Segala yuran-yuran sekolah yang telah diluluskan oleh undang-undang yang mesti dipungut daripada murid-murid sekolah
b) Sewaan/Pajakan Kantin
Terimaan
a) Terimaan dari Kerajaan
b) Sumbangan dari orang awam untuk faedah sekolah

CONTOH TERIMAAN YANG DIPERAKAUNKAN DALAM KUMPULAN WANG KERAJAAN
Pemberian Bantuan Perkapita Mata Pelajaran
Pemberian Bantuan Perkapita Bukan Mata Pelajaran
Pemberian Rancangan Makanan Tambahan
Bantuan Biasiswa Kerajaan
Bantuan Prasekolah
Bantuan Modal
Geran-Geran Pelancaran Bagi Sekolah-Sekolah Baru
Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

CONTOH TERIMAAN YANG DIPERAKAUNKAN DALAM KUMPULAN WANG SUWA
Yuran-Yuran Khas dan Yuran-Yuran Tambahan daripada murid
Derma dari orang ramai
Sewa kantin sekolah
Pendapatan kedai buku
Caj Penggunaan harta sekolah
Pelbagai terimaan untuk sesuatu tujuan
Kutipan-Kutipan daripada ketiga (insuran dan MSSM)

CONTOH TERIMAAN YANG DIPERAKAUNKAN DALAM KUMPULAN WANG ASRAMA
Bantuan Lain-Lain Perbelanjaan Berulanag Tahun untuk Asrama (LPBT Asrama)
Pemberian Bantuan Makanan Pelajar
Yuran Makanan Asrama
Yuran Pendaftaran, dobi

No comments: