TAKRIF-TAKRIF TANGGUNGJAWAB UTAMA MENGIKUT AKTA-AKTA DAN ARAHAN PERBENDAHARAAN
PEGAWAI PENGAWAL (A.P. 53) - Melaksanakan Kewajipan Kewangan:- 1. Memungut dengan sewajarnya segala wang awam yang patut diterima oleh atau di bawah arahan mereka
2. Menyimpan dengan selamatnya wang awam yang dipungut
3. Bertanggungjawab sekiranya akaun yang dikemukankan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak betul
4. Perwakilan kewajipan kepada pegawai lain hendaklah dibuat dengan arahan bertulis dan beliau tidak terlepas dari tanggungjawab sendiri setelah perwakilan dibuat
5. Pegawai-pegawai hendaklah memberi kebenaran menjaga selamat wang
tunai. Dalam pejabat di mana ketiadaan peti besi atau bilik kebal semua wang tunai termasuk PWR hendaklah dijaga dengan selamat mengikut apa cara yang dibenarkan oleh Pegawai Pengawal
PEMUNGUT (A.P. 65)
1. Menyimpan dengan selamatnya wang pungutan/terimaan dibawah tanggungjawabnya
2. Menggunakan dengan sepatutnya semua resit, lesen dan lain dokumen perakuan terima pungutan/terimaan wang
3. Apabila pemungut diganti semua stok stok dokumen hendaklah disemak dan satu penyata mengenai bilangan dengan menunjukkan nombor siri masing-masing mestilah ditandatangani oleh kedua-dua pegawai (pemberi alih dan pengambil alih). Salinan dihantar kepada Ketua Audit Negara atau Akauntan Negara mengikut lampiran "N" A.P.
2 comments:
bos, wa fikir kalau hendak urus duit dengan baik, lebih banyak kahwin seorang yang kerja di bank, hari-hari dia kira duit mesti tidak salah kira, hehehehe.....
habis tu nak bawak lu punya bini yang keje bank buat akaun kat lu punya sekolah?
Post a Comment