Saturday, December 27, 2014

JANGAN MENZALIMI ORANG LAIN
Konsep zalim dalam Islam agak berbeza dari pengertian yang sering kita fahami. Biasanya zalim diertikan sebagai menganiaya, menindas dan menyakiti perasaan seseorang. Namun begitu dalam Islam zalim ialah melatakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Contohnya, jika satu-satu jawatan itu diisi oleh orang yang tidak layak mengisinya maka perbuatan itu adalah zalim. Dalam kontek ini, Islam telah meletakkan garis panduan bagi mengelakkan kezaliman dan menentukan supaya satu-satu beban tugas tidak diletakkan ke atas bahu orang yang bukan ahlinya.

Dalam menjalankan tugas kita sehari-hari, kita mungkin banyak melakukan kezaliman terhadap orang ramai atau orang bawahan. Perbuatan-perbuatan seperti cuai, tidak cekap, berkelakuan tidak sopan dalam pejabat dan sebagainya adalah termasuk dalam kelakuan yang zalim. Dalam memberi khidmat kepada orang ramai kepada orang ramai kita mungkin menzalimi mereka dalam melambat-lambatkan urusan mereka, tidak menyediakan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya dan tidak memberi layanan yang baik.

Kezaliman juga boleh berlaku kepada keluarga kita terutama kepada isteri dan anak-anak. Kepada ibu dan bapa. Kepada adik beradik dan sebagainya. Tambahan pula kepada suami yang mempunyai ramai isteri. Kezaliman akan berlaku apabila kita cuai menjalankan tanggungjawab kepada mereka.

Ada diceritakan ketika Abu Ubaidah menjadi Amir di Syam. Beliau pernah memukul dan mencaci peladang di Syam, Maka Khalid telah pergi ke sana dan membuat pertemuan dengan penduduk di Syam. Dalam pertemuan itu beliau (Khalid) ditanya apakah kedatangannya untuk menegur (memarahi) sikap buruk yang dilakukan oleh Gabenor itu?

Kemudian lantas Khalid menjawab; Saya tidak bermaksud untuk menegurnya, memaahinya tetapi saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya azab manusia paling hebat sekali di hari kiamat ialah orang yang paling banyak menyeksa manusia di dunia ini."

Dari kisah di atas dapatlah dijelaskan bahawa betapa pintarnya Khalid mengkritik sikap pemimpin bawahannya yang kurang disenangi oleh rakyat Syam. Disamping itu jawapan yang kemas dan ringkas ini dapat mengelakkan kontravasi antara rakyat dengan pemimpin. Kisah ini juga memaparkan betapa sensitifnya Khalid terhadap sikap buruk Abu Ubaidah yang cuba menzalimi rakyatnya.

Pandangannya dengan nada yang sinis dapat menenangkan suasana dan memberi harapan kepada kalangan yang tertindas bahawa kezaliman yang dilakukan, secara langsung dimurkai Allah. Orang yang melakukan kezaliman itu akan menerima pembalasan di hari akhirat nanti.

"Tiada satu pun dosa yang paling layak disegerakan seksaannya di dunia kepada orang yang melakukan kejahatan, selain daripada apa yang disimpan oleh Allah baginya (penyeksaan) di akhirat, daripada dosa memutuskan silaturrahim dan bersifat khianat, dan pembohong, dan sesungguhnya perbuatan baik yang paling segera dikurniakan pahalanya ialah mengukuhkan silaturrahim sehingga sesuatu golongan keluarga yang bersifat jahat pun masih juga bertambah hartanya dan ramai bilangannya selagi silaturrahim antara mereka."
(Riwayat At-Tabrani)

Thursday, December 25, 2014

SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH?

HIJRAH
Hijrah membawa maksud meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke suatu tempat yang lain. Hijrah boleh membawa maksud perpindahan, pertukaran dan juga perubahan. Ia bergantung kepada situasi bagaimana ianya berlaku. Hijrah boleh berlaku sama ada penghijrahan rohani atau penghijrahan jasmani. Hijrah boleh berlaku dalam bentuk arahan, paksaan dan boleh juga berlaku atas kehendak diri sendiri.

Setiap awal tahun sama ada Tahun Hijrah atau Tahun Masihi, manusia sering berjanji untuk berhijrah. Dalam konsep ini, manusia berjanji untuk melakukan perubahan (hijrah) dalam bentuk keazaman. Semesti kita mendengar orang lain atau diri kita sendiri berazam melakukan hijrah melalui tekad dan keazaman dari yang negatif kepada yang positif. Persoalannya, apakah kita telah berjaya melaksanakan tekad dan keazaman itu?

Hijrah dalam diri merupakan hijrah rohani. Hijrah rohani perlu dilakukan untuk membentuk diri lebih mendekati dengan Pencipta. Hijrah rohani ini memerlukan pengorbanan yang tinggi. Terbentuk melalui keinsafan atau paksaan dalam diri. Hijrah diri akan membentuk diri yang lebih baik. Yang lebih positif. Yang lebih mulia dan yang lebih berjaya.

Hijrah jasmani boleh berlaku atas kehendak diri sendiri juga atas kehendak orang lain. Ianya bergantung kepada situasi hijrah itu berlaku. Hijrah dari luar bandar ke bandar boleh berlaku untuk mendapat keselesaan atau meningkatkan taraf kehidupan. Terdapat banyak peluang di bandar akan menyebabkan berlaku penghijrahan. Umpamanya peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan asas yang baik.

Begitu juga adanya berlaku berhijrah dari bandar ke luar bandar. Terdapat juga manusia akan lebih selesa berada di luar bandar. Mereka yang berhijrah dari bandar ke luar bandar selalunya memerlukan ketenangan dalam kehidupan meskipun terdapat banyak kekurangan di luar bandar.

Arahan pertukaran boleh dikaitkan dengan hijrah dalam bentuk arahan. Sering berlaku sama ada kepada penjawat awam mahu pun swasta. Arahan pertukaran boleh berlaku untuk kenaikan pangkat. Hijrah (pertukaran) ini adalah untuk mengisi kekosongan atau pun pengisian jawatan baru. Terdapat juga arahan pertukaran ini berbentuk pertukaran setara. Ia berlaku sebagai pengisian kekosongan.

Hijrah dalam bentuk paksaan berlaku atas dua situasi. Hijrah terpaksa atau hijrah dipaksa. Lari ke negara lain untuk mendapat perlindungan politik adalah merupakan hijrah terpaksa. Hijrah ini terpaksa dilakukan disebabkan tindakan-tindakan dilakukan dan juga ancaman-ancaman yang diterima.

Hijrah dipaksa berlaku kepada mereka yang kononnya melakukan pencerobohan tanah. Mereka mendirikan kediaman di satu kawasan. Setelah begitu lama menetap tiba-tiba mereka dipaksa pindah (hijrah) dengan alasan kawasan itu adalah dimiliki seseorang atau syarikat. Persoalannya, mengapa sebelum ini tiada sesiapa pun yang mengaku memiliki tanah tersebut?

Kita akan berada dalam tahun 2015 tidak berapa lama lagi. Apakah akan berlaku penghijrahan kepada diri kita? Apakah kita akan memulakan azam yang baru tahun demi tahun? Apakah kita akan dalam situasi yang lebih baik? Apakah kita akan berada dalam situasi yang sama? Berusaha, berdoa dan bertawakkal adalah terbaik kepada kita.

"Ya Allah, jadikan tahun ini lebih baik kepada hamba-Mu ini dari tahun sebelumnya dan jadikan tahun akan datang lebih baik kepada hamba-Mu ini dari tahun ini."

Wednesday, December 24, 2014

ILMU PEMBIMBING KE JALAN YANG LURUS

Kepentingan berilmu ini telah ditegaskan oleh Alah s.w.t. dengan firmannya yang bermaksud:
"Adakah dapat disamakan orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?"
(Az-Zumar : 9)

Untuk menjadi seorang pentadbir yang cekap dan berjaya, seseorang individu itu perlu mempunyai ilmu dan kemahiran bekerja yang secukupnya. Untuk mencapai ke tahap ini, seseorang pekerja itu perlulah menambahkan ilmu pengetahuan masing-masing dari masa ke semasa, Lebih-lebih lagi ilmu yang berteraskan Islam.

Sejarah telah membuktikan nilai-nilai yang dipakai oleh negara-negara maju melalui displin-disiplin ilmu yang tidak mengikut keutamaan ilmu dalam Islam yang membawa negara-negara berkenaan ke dalam kancah keruntuhan moral, adat susila dan krisis nilai. Ilmu dalam Islam ini membentuk orang yang berilmu itu takut kepada Allah seperti dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dab takut (melangga perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu".
(Al-Fatir : 28)

Bagi mengembalikan nilai-nilai Islam, maka kita (pentadbir) seharusnya mengambil langkah memberi keutamaan mempelajari ilmu-ilmu Islam dan seterusnya diamalkan di dalam kehidupan pekerjaan pekerjaan sehari-hari. Jika ini dapat dipraktikkan, insya-Allah akan lahirlah pentadbir, pengurus dan pekerja yang cekap da tidak menyalahgunakan kecekapan itu sehingga tergeincir dari landasan yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Cara yang agak mudah untuk menambah ilmu ialah dengan membaca. Dewasa ini banyak bahan-bahan bacaan yang senang diperolehi. Melalui bacaan buku-buku malahan melalui bacaan bahan-bahan dari internet.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang diketahuinya."
(Al-Alaq: 1 - 5)

BERBUAT BAIK KEPADA SEMUA

BERBUAT BAIK
Bagi mendapatkan pahala mengikut peraturan Islam, cukup mudah. Bukannya setakat mengamalkan kerja yang disuruh atau meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah sahaja yang diberi pahala, akan tetapi menunjukkan orang supaya berbuat baik atau memberi contoh, membimbing, menasihati dan mengingati orang lain kepada kebaikan juga adalah dikira sebagai ibadah yang akan diberi pahala.

Kebaikan di sini termasuklah kebaikan dalam kedua-dua unsur dunia dan akhirat. sebagai contoh, jika seseorang pegawai baru, kita bimbing supaya cekap dan amanah, maka selagi pegawai berkenaan mengamalkan perkara tersebut bagi tujuan kebaikan, selama itulah pahala dari perbuatan baiknya akan datang kepada kita. Begitulah juga sebaliknya. Dengan demikian, perbuatan baik adalah sentiasa dituntut oleh Islam.

Terdapat sebuah cerita yang boleh menjadi kisah dan teladan kepada kita. Cerita mengenai balasan Allah terdapat manusia yang berbuat baik terhadap seekor haiwan. Kisah tersebut adalah seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan. Ia berasa terlalu dahaga. Dalam perjalanannya itu, lelaki tersebut terjumpa dengan sebuah perigi. Ia mengambil air dari perigi tersebut dan meminumnya sehingga hilang dahaga.

Tiba-tiba ia ternampak seekor anjig yang dalam kehausan sambil menjilat-jilat tanah yang lembab. Lelaki itu berkata, "Sungguh dahaga anjing ini sebagaimana dahaganya aku tadi." Lalu lelaki itu mengambil air dari perigi itu dengan kasutnya dan memberi minum anjing tersebut. Allah mengucapkan syukur kepadanya dan mengampuni dosanya.

Para sahabat Nabi s.a.w. bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah kerana menolong binatang pun kita mendapat pahala? Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab, "Pada tiap-tiap binatang yang mempunyai hati yang basah ada pahala kerana menolongnya." Begitulah kisah di atas adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sunday, December 21, 2014

ADIL DALAM SEMUA KEADAAN

ADIL
Adil mengandungi pengertian yang sangat luas meliputi segala aspek kehidupan manusia. Walaupun demikian dapatlah dirumuskan sebagai berikut: "Adil ialah memberikan kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar masing-masing". Ulamak-ulamak telah membahagikan adil itu kepada beberapa bahagian iaitu adil terhadap diri sendiri, adil terhadap orang bawahan, adil terhadap orang atasan, adil terhadap saudara mara, adil terhadap rakan sejawat dan adil terhadap semua pihak.

Sesuatu keputusan yang adil, akan dapat diterima oleh hati nurani manusia dengan tenang dan aman. Sebaliknya pula, keputusan yang tidak adil atau zalim, manusia akan menerima dengan protes dan penentangan. Sebagai contoh, seorang suami yang tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya, suami tersebut akan diprotes oleh isterinya yang merasa dirinya dizalimi. Keadaan seperti ini mungkin membawa kepada suasana tidak aman dan tenteram di dalam rumah tangga atau mungkin akan membawa keretakan dalam rumah tangga itu.

Demikian juga halnya pemimpin masyarakat, pemimpin negara atau hakim yang tidak melaksanakan keadilan terhadap rakyat akan diprotes atau ditentang oleh rakyat dan jika hal ini berlaku, keselamatan masyarakat dan negara akan tergugat. Demikianlah betapa pentingnya keadilan itu diterap dan diwujudkan ke dalam masyarakat demi untuk ketenteraman dan keselamatan masyarakat dan negara.

Ali bin Abi Taib berkata:
"Negara itu adalah taman. Undang-undang (Syariat Islam) adalah pagarnya. Undang-undang itu ialah kekuasaan yang wajib ditaati. Kepatuhan rakyat kepada undang-undang menjadi teguhnya pemerintah. Pemimpin negara adalah pengawal yang wajib dibantu oleh tentera-tentera yang kuat. Tentera-tentera itu wajib ditanggung makan minumnya dengan sempurna dari Perbendaharaan Negara. Perbendaharaan Negara adalah dkumpulkan dari harta rakyat jelata, maka golongan rakyat itu hanya dapat ditundukkan di bawah undang-undang adil. Oleh yang demikian, keadilan menjadi sendi kekuatan sesuatu negara (masyarakat)".

Saturday, December 20, 2014

TEKUN KERJA KUNCI KEJAYAAN

TEKUN BEKERJA/DEDIKASI
Banyak pekerjaan yang dilakukan oleh manusia tetapi bukan semuanya dianggap sebagai sempurna. Setiap pekerjaan yang dijalankan dengan tidak sempurna akan merugikan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain.

Oleh itu, tiap-tiap orang perlulah berusaha dan sudah pasti setiap hasil yang diperolehi itu mengikut sebanyak mana usaha yang telah dibuat. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:-
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (baasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakan."
(An-Najm: 39)

Islam menekankan supaya seseorang itu sentiasa mengekalkan usaha-usaha yang baik kerana dengan demikian ia boleh meninggalkan kesan yang positif kepada semua pihak. Sesungguhnya tekun adalah asas bagi menghasilkan prestasi dan mutu kerja yang tinggi selaras dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w. bahawa Allah s.w.t. suka kepada orang yang dapat membuat kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Setiap kerja yang dilakukan mestilah mengikut aturan atau tertib. Ini untuk mengelakkan berlakunya pertindihan dalam sesuatu kerja yang boleh menyusahkan orang lain. Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:-
"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)."
(Al-Insyirah: 7)

Setiap pekerja yang tekun akan sentiasa melaksanakan tugas-tugasnya dengan bersungguh-sungguh pada setiap masa dan sentiasa suka kepada kerjanya tanpa rasa jemu atau kecewa. Dalam masa kerja dia akan sentiasa memberi perhatian dan penelitian terhadapnya tanpa leka dan lalai. Dia juga akan berusaha mengatasi sebarang masalah dengan bersungguh-sungguh sama ada secara berseorangan atau secara berkumpulan.

SUNGAI SIPUT - LEKIR - TELUK INTAN - SUNGAI SIPUT

Pada 13 Disember 2014, buat pertama kalinya teman pergi tiga kenduri sorang-sorang. Ini disebabkan yang lain bersedia untuk pergi kenduri di Lekir, Sitiawan. Kenduri di Lekir adalah perkahwinan anak sahabat teman yang sama-sama pergi menunaikan umrah bulan Mac dulu. Kawan teman pergi sekeluarga tiga orang dan teman pulak sekeluarga empat orang.

Meriah jugak kenduri kawan teman itu. Maklumlah kenduri pertama dan anak sulung pulak. Dah ramai kekawann teman yang udah menerima menantu. Ader jugak kekewan teman yang udah menimang cucu. Hidup demer ler nih udah dikelilingi cucu-cucu. Seronok juge agaknyer bila udah ada cucu. Dalam hal ini idak ler teman tahu, idak ader pengalaman lagi.

Lepas ajer kenduri kawan teman tu. Masa sembahyang asar kat masjid di situ, teringat pulak teman nak ziarah kawan teman yang udah bersara. Udah lama kawan teman itu idak jumpa. Jadi teman pun telefon nak pastikan dia ada kat rumah. Seronok bebenor kawan teman tu bila dengar teman nak pegi rumahnya.

Kawan teman itu rupanya telah lama mengidap kencing manis. Kasihan kawan teman tu. Kaki kanannya pun telah dipotong. Kawan teman tu nasihatkan teman agar jangan merokok lagi. Alhamdulillah, teman pun udah lama berhenti jadi penagih rokok. Kalau dedulu teman ngisap rokok dua kotak sari. Kotak yang 20 batang pulak tuh. Nasib baik boleh berhenti.

Lama juga kami bersembang. Akhirnya teman minta diri sebab nak balik Sungai Siput. Dalam perjalanan pulang tu teman sempat nginggah kat pekan Teluk Intan. Nama lamanyer Teluk Ensen. Nama lagi lama Teluk Mak Intan. Jadi, teman pun merayau-rayau di pasar malam Teluk Ensen. Maka teringatler zaman bujang dulu ketika berada di Teluk Ensen.

HIDUP PENUH KESEDERHANAAN

SEDERHANA
Kesederhanaan merupakan satu sikap yang menolak keterlaluan sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan,perbelanjaan atau sebagainya. Disamping itu, keterlaluan membahayakan perkembangan dan kemajuan sesuatu umat.

Sederhana mengikut ajaran Islam adalah perseimbangan dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat secara bersepadu menurut Islam. Mereja yang mengamalkan satu-satu ajaran Islam secara keterlaluan dan membabi buta sehingga melebihi kehendak ajaran-ajaran Islam itu sendiri adalah dianggap pelampau agama yang bercanggah dengan ajaran dan nilai kesederhanaan dalam Islam.

Dalam tugas sehari-hari sikap sederhana dalam bercakap, mengeluarkan arahan, bergaul, berpakaian yang sopan dan lain-lain adalah sangat penting bagi menambah kecekapan sesuatu organisasi. Perbuatan-perbuatan seperti melambat-lambatkan kerja, ponteng kerja dan melanggar disiplin pejabat tidaklah boleh dibiiaran kerana ini bukan dinamakan sederhana lagi. Orang yang bersalah mesti dihukum kerana hukuman yang sewajarnya boleh dijatuhkan ke atas pelaku-pelaku kesalahan

Wednesday, December 17, 2014

TUNAIKANLAH TANGGUNGJAWAB

BERTANGGUNGJAWAB

Bertanggungjawab merupakan salah satu kunci kejayaan dalam pengurusan. Setiap orang perlu bertanggungjawab terhadap setiap kerja yang dilakukan. Kesedaran kepada rasa tanggungjawab ini akan mengikis perbuatan "melontar batu sembunyi tangan".

Dalam sesuatu operasi, semua anggota kumpukan operasi tersebut mempunyai tanggungjawab masing-masing. Pemimpin bertanggungjawab terhadap yang dipimpin. Tanpa rasa tanggungjawab yang mendalam dikalangan pegawai dan kakitangan awam akan menyebabkan orang ramai mendapat kesusahan dari kelewatan perkhidmatan yang terjadi akibat perbuatan melalaikan tanggungjawab pegawai tersebut.

Selain dari itu penyelewengan-penyelewengan seperti penyalahgunaan keistimewaan kepegawaian dan peralatan pejabat untuk tugas peribadi serta perbuatan rasuah juga adaah akibat lenyapnya rasa tanggungjawab seseorang pegawai.

Sunday, December 14, 2014

BERSYUKUR TERHADAP APA YANG ADA

BERSYUKUR
Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai pemberian (nikmat) dari Allah s.w.t. Pemberian-pemberian asas yang biasanya diperolehi oleh setiap orang ialah kesihatan, penglihatan, pendengaran dan berbagai-bagai lagi pemberian semula jadi yang diberikan oleh Allah s.w.t. Selain daripada itu sebagai seorang anggota masyarakat sudah tentu ia memperolehi beberapa kemudahan yang jika dihitung maka sudah tentu ia akan mendorong seseorang itu bersyukur atau berterima kasih.

Sikap suka berterima kasih dapat memberikan kesedaran tentang banyaknya sumbangan yang diperolehi daripada orang lain dan kerana itu sebagai seorang yang telah menerima nikmat dan pemberian, maka adalah wajar ia mengucapkan syukur. Rasa kesyukuran yang dilafazkan itu boleh menggerakkan seseorang itu untuk melipatgandakan usahanya dalam sesuatu bidang pekerjaan.

Sikap bersyukur ini amat penting dimiliki oleh semua anggota perkhidmatan awam. Dengan adanya perasaan syukur terhadap nikmat kerja yang diberikan oleh Allah s.w.t. ini akan menjadikan kita tabah menghadapi sebarang pekerjaan. Tidak mudah mengeluh, gelisah atau naik radang terhadap masalah-masalah yang dihadapi. Juga, tidak menunjukkan reaksi yang negatif kepada setiap perkara yang tidak menyenangkan dalam pekerjaannya.

Saturday, December 13, 2014

UTAMAKAN KEBERSIHAN

BERSIH
Kebersihan merupakan satu ciri yang perlu wujud dalam kehidupan manusia yang menjalankan semua urusan. Ia merangkumi aspek rohani dan jasmani. Islam menekankan kebersihan pakaian, bangunan dan kawasan; juga bersih dalam urusan-urusan pemilikan harta dan pentadbiran. Konsep kebersihan yang menyeluruh ini merupakan salah satu nilai yang sangat penting untuk diamalkan kerana dari kebersihan ini akan terbentuklah persekitaran dan masyarakat yang sihat.

Pegawai yang menjalankan segala urusannya dengan bersih sudah tentu akan dihormati dan disegani. Sebaliknya pegawai yang rasuah, mementingkan diri dan sebagainya akan dipandang jijik dan hina. Dari segi fizikal pula kebersihan sangat diperlukan. Ia dapat menjauhkan penyakit dan menyenangkan mata memandang. Ada tempat kerja memerlukan tahap kebersihan yang sangat tinggi untuk memastikan hasil yang memuaskan seperti bilik makmal bahan radioaktif, bilik-bilik makmal yang lain, bilik rawatan dan sebagainya.

Kerja-kerja pejabat seperti penyediaan laporan, minit mesyuarat, kerja-kerja percetakan juga seharusnya dilaksanakan dengan bersih dan kemas. Keadaan ini boleh membantu meninggikan produktiviti kerana suasana pejabat yang kotor dan kerja-kerja yang tidak kemas boleh membuntukan fikiran dan menganggu kelancaran kerja.

Kesimpulannya, kebersihan dalam semua aspek adalah sangat-sangat diperlukan bagi semua kumpulan pekerja yang ingin berjaya.

BERDISIPLIN MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI

BERDISIPILIN
Agama Islam telah menentukan beberapa amalan fardu yang melatih bukan sahaja aspek-aspek fizikal tetapi juga kejiwaan. Kesemua amalan tersebut adalah diasaskan kepada disiplin tertentu yang mesti dipatuhi apabila sesuatu kerja djalankan. Contohnya apabila kita hendak mengerjakan sembahyang maka ia hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Boleh dikatakan seluruh isi al-Quran mengandungi perintah-perintah dan larangan-larangan yang merupakan disiplin. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh melepaskan dirinya daripada disiplin dan sebaliknya kehidupan tanpa disiplin akan berakhir dengan huru-hara dan kacau bilau.

Dalam tugas sehari-hari di pejabat-pejabat, patuh kepada disiplin sangatlah penting. Tanpa disiplin, tugas-tugas akan menjadi kacau bilau dan kerja tidak selesai. Arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan hendaklah dipatuhi oleh anggota bawahan. Sikap hormat menghormati antara sesama pekerja dan pegawai-pegawai akan menambah kemesraan dalam jabatan dan meningkatkan semangat untuk mematuhi disiplin pejabat.

kepatuhan terhadap disiplin menjadi sangat penting kepada pekerja-pekerja dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam semua bidang khususnya dalam bidang-bidag yang sensitif seperti menjaga rahsia kerajaan dan mengendalikan makmal-makmal perubatan serta bahan-bahan kimia yang merbahaya. Pendek kata disiplin sangat penting dalam semua hal.

Wednesday, December 10, 2014

BERBUDI MULIA AMALAN KITA

BERBUDI MULIA
Keindahan dalam msayarakat manusia ialah kerana adanya budi mulia. Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dari kehidupan yang liar. Berbudi bukanlah suatu yang dapat dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi.

Oleh itu, untuk melahirkan pekerja-pekerja yang berbudi mulia bukanlah mudah. Ia memastikan usaha giat dilakukan bagi membentuk peribadi tersebut. Antara caranya ialah dengan memberi ceramah-ceramah agama dan pendidikan moral kepada pekerja tersebut. Berbudi mulia yang meliputi aspek-aspek pertuturan, tingkah laku, pakaian, tindak tanduk dan cara melayan tetamu sangatlah penting dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Orang ramai berharapkan perkhidmatan yang mesra dari pegawai-pegawai tersebut kelak akan dianggap oleh orang ramai sebagai sikap kerajaan terhadap rakyat.

Oleh itu, sikap positif, lemah lembut dan berbudi bahasa dalam melayan orang ramai ketika memberi perkhidmatan sangat penting dan menjadi suatu kewajipan. Dalam perkhidmatan kesihatan pula sikap budi mulia dan lemah lembut jururawat atau doktor menjadi ubat yang mujarab kepada pesakit yang sedang menderita.

Sunday, December 7, 2014

BEKERJASAMA SIFAT TERPUJI

BEKERJASAMA
Islam amat menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan penuh muhibbah, kasih sayang dan kemesraan. Situasi begitu perlu wujud diantara pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan majikan di dalam semua jenis lapangan perkhidmatan, asalkan ia tidak melanggar hukum-hukum syarak. Sebagai contoh ialah apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para Khalifah Al-Rasyidinsemasa menjalankan pentadbiran dalam masyarakat berbilang kaum dan agama yang telah dapat melahirkan kerjasama, tolong menolong dan kasih sayang yang amat erat di kalangan mereka.

Hubungan sesama manusia dalam menjalankan semua jenis perkhidmatan untuk kebajikan bersama adalah diberi nilai yang tinggi, dan bagi orang Islam ianya dianggap sebagai satu ibadah. Oleh itu, tolong menolong melakukan kebaikan adalah sangat-sangat digalakkan manakala tolong menolong melakukan kejahatan adalah dilarang sama sekali.

Allah berfirman yang bermaksud;
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
(Al-Maidah: 2)

Kita perlu ingat bahawa melalui kerjasama atau tolong menolong, setiap orang dijanji ganjaran yang berpanjangan iaiu untuk setiap pertolongan yang diberikannya. Tolong menolong yang dilakukan mestilah ke arah kebaikan bukannya ke arah kejahatan. Tolong menolong wajar dilakukan dengan dimulakan antara saudara mara. Ini diikuti rakan sejawat, jiran tetangga, masyarakat setempat dan seterusnya yang lebih luas lagi iaitu sesama manusia.

Terdapat juga hadis yang menekan kerjasama ini iaitu saling bantu membantu dalam sesebuah masyarakat yang bermaksud;
"Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan di antara satu sama yang lain."
(Riwayat At-Tabrani)

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. telah berlaku satu peperangan antara orang-orang Islam dan orang-orang Kafir di sekitar Kota Madinah. Peperangan yang dikenali sebagai perang "Ahzab" berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah. Peperangan ini juga dikenali sebagai perang "Khandak" yang bermaksud parit. Inilah strategi perang yang digunakan oleh orang-orang Islam iaitu dengan menggali sebuah parit di sekitar Kota Madinah.

Melalui kerjasama, mereka telah berjaya menggali sebuah parit yang dalam dan lebar di sebelah utara Kota Madinah. Umat Islam berganding bahu melaksanakan tugas yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi ini. Tanggungjawab menggalikan parit ini telah dipikul bersama oleh umat Islam. Akhirnya melalui kerjasama yang erat dan jitu itu kemenangan telah berpihak kepada musliman.

Masa kini semangat bekerjasama telah mula luntur. Kita lihat, masa dulu, kenduri kendara seluruh masyarakat akan berganding bahu tetapi sekarang banyak tertumpu kepada katering-katering. Masa dulu untuk mengadakan kenduri, keliling rumah didirikan "balai" dan "lepas" sekarang ini penuh dengan khemah-khemah pasang siap. Malahan, ramai lebih berminat mengadakan kenduri kendara di dewan-dewan atau pun di hotel-hotel.

Tahniah kerana masih ada masyarakat yang masih mengekal usaha kerjasama atau gotong royong dalam menjayakan sesuatu program. Mungkin tempat-tempat yang tiada lagi gotong royong tersebut disebabkan kerjasama tiada lagi diperlukan di situ atau kerjasama hanya berlaku dalam program-program tertentu sahaja.

Saturday, December 6, 2014

TUNAIKAN AMANAH YANG DIBEGHI

Semalam teman try nuleh berkaitan ngan amanah. Boleh ler sikit-sikit tapi idakler secagher terghinci pun. Teman nuleh tuh ader sebabnye. Lebih-lebih lagi teman ngucap syukur dan teghimer kaseh pade Allah. Result UPSR 2014 sekolah tempat teman caghi makan meningkat pencapaiannyer. Tawon ini sekolah tempat teman keghojer pencapaian kuantiti (lulus sememe mater pelajaghan sebanyak 88.9%,kuantitinyer pulak 16.7% manerkaler Gred Pughater Sekolah (GPS) dapat 1.90 dan sekolah ini bukan penyebab kemeghosotan pencapaian daeghah teman.

Aper yang penting maser teman ngan kekawan buat analisa, salah satu sikap yang perlu ader ialah amanah. Betui gak yer. Biler kita telah diamanahkan maker kita janganler pulak khianati amanah itu. Biler kita telah diamanahkan maker kita janganler pulak lakukan kepada yang berhak. Yang berhak di sini ialah anak mughid. Anak-anak mughid sememenyer amnyer dan anak mughid yang nak ngambik UPSR khasnyer.

Biler amanah yang dibeghi atau dipikul oleh cikgu-cikgu telah ditunaikan maker begherti kiter telah menyempurnakan amanah. Biler amanah telah ditunaikan maker begherti amanah itu tidak dikhianati. Biler amanah telah ditunaikan maker begherti amanah itu telah diserahkan pader berhak. Sesungguh Allah memang suka kepada hambaNyer yang amanah. Ituler antagher sebabnyer sekolah tempat teman ngajor dapat keputusan yang boleh dianggap cemegholang.

AMANAH

Amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan.

Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tapa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan. setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana itu adalah amanah yang dipikulkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada Tuhannya, dirinya, keluaganya, majikannya, masyarakatnya dan negaranya.

Amanah mesti ditunaikan. Oleh itu setiap individu mesti menunaikan amanah yang telah diberikan kepadanya. Ini dijelaskan lagi melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud; "Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat saksi, dan barang gadaian) maka hendaklah orag (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya." (Al-Baqarah: 283)

Telah diterangkan bahawa setiap individu itu mempunyai amanah yang tidak sekali-kali diengkari atau dikhianati. Mengkhianati amanah Allah dan rasul-Nya seringkali dilakukan oleh seseorang itu. Kita telah mengkhianati amanah tersebut apabila meninggalkan suruhan-Nya dan melanggar larangan-Nya.

Mengkhianati amanah sesama manusia pula ialah tidak memenuhi sesuatu yang telah diamanahkan sama ada yang berupa harta benda, rahsia atau sebagainya. Disamping itu, setiap amanah mestilah diserahkan kepada ahlinya iaitu kepada orang yang paling layak sesuai dengan ilmu, akhlak, kepakaran dan keupayaannya.

Monday, October 13, 2014

MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

Suatu masa dahulu...... hehehe macam pertandingan bercerita pulak teman nih. Aghi nih teman nak pulak berceghite sikit tang umat Melayu. Kalo mengkome ghaser nak macer mengkomer dibenorkan macernyer. Kalo mengkomer ghaser tak sior nak macer, aper yang boleh teman buat? Ikut suker mengkomer ler weh. Idak ler pulak nak teman memakse mengkomer. Itu hak mengkomer.

Maser dedulu, umat Melayu peghonah capei zaman gemilang. Bukan meghater sini ajer weh. Daghi Kepulauan Melayu sampei ler ke Benua Afrika. Tiker itu secagher teoghinyer, umat Melayu udah pun beghader di seantero dunia. Di setiap penghosok dunia nih ada umat Melayu. Demer ada di meghater-ghater di dunia nih bukan sajer sebab hijrah malahan kehadiran Melayu aderler melalui pelayaran zaman-berzaman dulu. Oleh itu, idakler boleh mengkomer kater Melayu hanya ader di Kepulauan Melayu ajer.

Pader kighaaan teman umat Melayu dijajah hampir 500 tahun. Lamer bebeno umat Melayu nih kene jajah weh. Kalau ngikut umor, purater seseorang itu hidup selamer tujuh puluh tahun, maknernyer lebih daghi tujuh keturunan umat Melayu dijajah. Udah macam sumpah Mahsuri pulak weh sampai tujuh keturunan. Namun gitu, masih ada yang perjuangkan kedaulatan bangsa. Mereka ini berusaha untuk keluor daghi kepompong penjajah.

Mereka yang perjuangkankan kedaulatan bangsa ini adalah golongan yang bermentaliti kelas pertama. Sudah pasti mereka ini tidak mahu diri mereka serta anak bangsa mereka dijajah. Umat Melayu sudah merdeka. Sudah lebih 57 tahun bebas daghi penjajah. Walau pun sudah begitu lamer bebas, persoalan akan timbul. Apakah umat Melayu mampu mencari penyelesaian untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah umat Melayu kecapi suatu ketika dulu?

Sunday, October 12, 2014

ABANG SUDIN..... DUA POSEN........

Sebelum Hari Raya Aidil Adha tahun ini 2014M (1435H), ramai orang terkejut apabila harga minyak dikurangkan subsidinya sebanyak dua puluh sen. Maka pada malam tersebut berbarislah kereta di setiap stesen minyak. Memang memacam jenis kereta yang nak isi minyak. Pada hal sebelum ini pun tidak dihirau pun pasal mengisi minyak. Malam itu, pasal dua puluh sen sanggup berbaris.

Memacam tanggapan orang pasal minyak naik harga. Ada yang kata subsidi dikurangkanlah. Mengapa mesti naik sedangkan harga minyak dunia turunlah. Apa nak heran naik 20 sen, gaji pun sudah naiklah. Naik kereta kene beli minyak, naik basikal tak payah isi minyaklah. Minyak naik mesti barang lain akan naiklah. Minyak naik tak beri kesan pada barang lainlah. Ntah, memacam lagi yang didengar.

Minyak naik harga memang memacam reaksi dari masyarakat.Reaksinya lebih kurang sama sajer. Masyarakat akan berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan. Masyarakat akan berdepan dengan kenaikan harga tambang pengangkutan terutama yang ramai anak bersekolah. Begitu juga yang pergi kerja naik bas atau pun teksi. Semuanya memberi kesan kepada masyarakat.

Golongan guru juga akan menanggung kesan minyak naik. Ramai guru yang tinggal jauh dari sekolah tempat mereka mengajar. Kesan pada guru agak lebih teruk kerana mereka gunakan kenderaan sendiri untuk ke sekolah. Bukan itu saja, guru juga akan menggunakan kenderaan sendiri untuk kemana-mana tugas seperti mana diarahkan seperti membawa murid ke hospital, sukan dan memacam lagi.

Bagi jabatan-jabatan lain, mereka akan menggunakan kenderaan jabatan masing-masing apabila ada tugas di luar. Tidak pernah wujud guru kan menggunakan kenderaan jabatan untuk membawa muridnya mengikuti kegiatan di luar sekolah. Sekali lagi beban terhadap guru akan gunakan kenderaan sendiri dan pastinya akan mengisi minyak dengan duit poket sendiri.

Kalau nak dikira, terlalu sedikit guru yang menetap berhampiran dengan sekolah tempat mereka mengajar. Begitu juga dengan kuarters guru, bukan semua sekolah ada. Bilangan pun tidak mencukupi. Dengan kenaikan harga minyak ini maka akan bertambahlah duit poket di stesen minyak. Kalau tidak tak bergeraklah kereta mereka. Nak tumpang kawan, kerja guru bukan macam pejabat boleh keluar pada waktu-waktu yang ditetapkan.

Disebabkan tempat penginapan jauh, ada guru terpaksa memandu ke sekolah dengan jarak yang jauh. Terutama yang mengajar di luar bandar yang terdapat guru terpaksa memandu lebih daripada 150 km sehari. Bagi guru yang mengajar di bandar pula akan berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya. Jalan raya yang sesak serta perjalanan yang jauh turut terkesan bila minyak naik harga.

Bagi guru yang bertugas jauh di pedalaman juga terjejas. Tambahan pula bila terpaksa menggunakan generator sendiri untuk bekalan eletrik. Apakah boleh kita berkata kepada mereka, tak payahlah guna generatorlah, guna lampu minyak tanah saja? Sudahlah mereka bertugas nun jauh di pedalaman yang sukar dihubungi, lepas itu pula hendak biarkan mereka tanpa kemudahan-kemudahan yang sepatutnya mereka kecapi?

Ramai yang berkata minyak naik, tidak akan jejas keikhlasan guru. Namun, cuba lihat, kenaikan harga minyak akan memberi tempias tidak kira sesiapa sahaja. Semua masyarakat terutama golongan rendah dan pertengahan akan menerima kesannya. Jadi, ikhlaskah guru apabila turun terkesan dengan kenaikan harga minyak? Kalau ikhlas pun sampai kategori mana keikhlasan guru tersebut?

Bagi guru, walau sejauh mana pun rumah mereka dengan tempat merejka mengajar, mereka perlu sampai. Guru juga ada perakam waktu. Tambahan pula ada pentadbir sekolah yang menetapkan mesti sampai selewat-lewatnya pukul 7 pagi. Balik pula bukan boleh bila murid balik, guru pun baik. Tambahan pula ada kegiatan kokurikulum dan aktiviti satu murid satu sukan.

Sunday, June 15, 2014

GURU DAN POLITIK SEBELAH MANA?

 KESAN TERHADAP PENGLIBATAN GURU DALAM POLITIK:-
Teman tertaghek ati macer satu artikel yang libat guru ngan politik. Artikel ato tulisan ini dituleh oleh Suhaizan Kayat selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat. Tulisan ini dibuat dalam blog Bila Kentong Berbunyi pada 8 Ogos 2010 (Ahad). Pastuh baghu-baghu nih ada pula yang cadangkan libatkan gughu ngan politik, idea daghi UMNO ler pulak. Mengkomer macer pastuh fiki-fikio ler samer.

Kerajaan telah membuat pindaan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(guru-guru) Gred DG41 hingga DG 48 untuk bergiat aktif dalam politik mulai 1 Ogos 2010. Ini bermakna bahawa 190,000 guru siswazah seluruh negara diberi kebenaran bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik. Pengumuman in telah dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.  

Pindaan ini dibuat kononnya bertujuan untuk mengembalikan tugas yang pernah diamanahkan kepada guru-guru seperti pada zaman awal kemerdekaan dahulu. Allahyarham Tun Ghafar Baba dan rakan seangkatan dengannya telah berperanan secara berkesan dalam politik tanah air selepas kemerdekaan.
Isu halangan terhadap kakitangan kerajaan daripada terlibat dalam politik bermula dalam negara kita ketika Dato Onn Jaafar yang menjadi Menteri Besar Johor dalam masa yang sama mahu menubuhkan UMNO dan terlibat secara aktif dalam politik. Maka berlakunya konflik kepentingan antara British dan Dato Onn. Dato Onn mahu terlibat dalam UMNO untuk menjaga kepentingan orang Melayu. 

Dato Onn tidak mahu orang Melayu terus dijajah. British pula tidak senang dengan tindakan Dato Onn yang selalu berselisih pendapat dengan mereka. Akhirnya British memutuskan kakitangan kerajaan tidak boleh terlibat dalam politik. Dato Onn telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor dan kemudian terlibat secara aktif dalam politik UMNO.

Matlamat Pindaan

Persoalannya, mengapa baru sekarang pindaan ini dibuat dan apakah justifikasinya terhadap kelangsungan kuasa parti pemerintah UMNO dan Barisan Nasional? UMNO menghadapi masalah ketandusan kepimpinan berkualiti di peringkat akar umbi. Pada masa kini terdapat ramai para usahawan dan kontraktor sahaja yang mengisi jawatan-jawatan penting di peringkat tersebut. 

Tidak dinafikan pejuang-pejuang UMNO di peringkat awal penubuhannya adalah terdiri daripada guru-guru. Mereka adalah golongan yang berpendidikan dan sangat rapat dengan masyarakat. Hujah kerajaan terhadap pindaan peraturan ini juga nampak meragukan dan dilihat lebih untuk menyelamatkan UMNO. Pada zaman awal penubuhannya, UMNO ditunjangi oleh bangsawan di peringkat atasan dan guru-guru diperingkat akar umbi. Parti selain UMNO mempunyai pasaran yang berbeza. 

PAS sebagai contoh didokong oleh para Ulama diperingkat awal penubuhannya manakala DAP didokong oleh kalangan profesional. MCA pula didokong oleh kumpulan usahawan Cina. Oleh kerana kerajaan menggunakan hujah guru sebagai tunggak kepada UMNO semasa era kemerdekaan maka rakyat boleh faham bahawa UMNO memerlukan sentuhan semula guru-guru bagi menyegarkan kepimpinannya. Matlamat pindaan ini pun bias kepada kepentingan kelangsungan kuasa UMNO yang semakin terhakis sekarang. Adapun lain-lain matlamat itu hanyalah penyedap rasa sahaja bagi menghalalkan keputusan kerajaan sahaja.


Terdapat perbezaan yang jelas umpama langit dan bumi di antara UMNO pada era kemerdekaan dengan UMNO yang dipimpin oleh generasi kedua kelompok bangsawan sekarang ini. Semasa awal penubuhannya UMNO bergerak bersama denyut nadi rakyat demi memperjuangkan nasib mereka. Bermula daripada buah fikiran, semangat, halatuju sehinggalah ke peringkat perlaksanaannya UMNO tidak lekang daripada mahu mendekati rakyat. Bukti kesungguhannya apabila Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj, Presiden UMNO yang kedua telah menjual beberapa buah banglonya di Pulau Pinang bagi menampung kos menuntut kemerdekaan. Apabila rakyat melihat kesungguhan pemimpin UMNO maka hati rakyat menjadi hiba lalu apa yang ada ditangan diserahkan kepada perjuangan UMNO. 

Gelang, duit, jam tangan semuanya diserahkan kepada perjuangan UMNO, perjuangan rakyat pada masa tersebut. Namun segalanya telah berubah sejak Tun Dr Mahathir mengambil alih kepimpinan negara. Dasar penswastaan ditambah dengan hasil petroleum yang lumayan menjadikan UMNO lupa daratan. Semangat seperti era kemerdekaan sudah tidak ada lagi dalam UMNO. Peranan ini telah diambil alih oleh PAS. Apabila Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membacakan ayat-ayat Al-Quran berkenaan kelebihan berjihad, rakyat tidak kira parti politik menyumbang kepada perjuangan rakyat. Itu hakikat yang telah berlaku. 

Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat sendiri merakamkan dalam bukunya, detik-detik mengaibkan ketika UMNO dibatalkan. Semasa mesyuarat penubuhan UMNO (Baru), Tun Daim menggunakan songkoknya untuk memungut derma bagi penubuhan UMNO (Baru). Alangkah terkejutnya Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat apabila duit derma yang dikutip hanya dapat berjumlah RM274 termasuk RM50 duit beliau sendiri. Itu derma daripada hulubalang-hulubalang UMNO termasuk Tun Dr Mahathir yang dianggap kedekut oleh Allahyarham.

Perubahan yang berlaku dalam UMNO amat membimbangkan pemimpin UMNO sendiri. Tun Dr Mahathir sendiri telah menyatakan betapa UMNO telah busuk sampai ke usus. Tun Musa Hitam pun pernah berkata UMNO sudah terlalu tua. Tiada ubat kepada penyakit tua kecuali mati. Rasuah adalah menjadi punca utama mengapa UMNO dilihat busuk sampai ke usus. Rasuah bukan berlaku dalam peringkat tertinggi sahaja tetapi sudah sampai ke peringkat bahagian dan cawangan. Hampir tidak ada ahli UMNO yang tidak dapat terlepas daripada wabak ini. 

Dalam keadaan kekalutan seumpama ini apalah yang boleh dilakukan oleh para guru yang berada di bawah. Guru-guru boleh berperanan seperti zaman awal kemerdekaan kerana perjuangan UMNO adalah perjuangan rakyat. Guru-guru yang berhati mulia ini sudah tentu tidak boleh bersama UMNO lagi kerana UMNO sudah busuk menanti masa untuk dikafan dan ditalkinkan. Kalaupun ada guru yang tertarik dengan UMNO, tidak tahu berapa lama mereka boleh bertahan dengan prinsip menolak politik wang. Bagaimana guru-guru boleh tahan dengan godaan politik wang jika Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi, Naib-naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden sendiri menabur wang semasa pemililihan. Orang UMNO kata “No Money – No Talk”. 

Guru-guru yang dibawa masuk akan disisihkan oleh UMNO sendiri jika mereka bertegas dengan prinsip menolak politik wang. Apa yang dikuatiri, guru-guru yang bersih umpama kain putih ini akan dicorakkan oleh politik wang yang ada dalam UMNO. Akhirnya rosaklah guru-guru ini akibat perbuatan UMNO. Secara mudah rakyat boleh beranggapan kerajaan membuka peluang guru berpolitik adalah untuk mengisi kekosongan kepimpinan berkualiti UMNO di peringkat cawangan-cawangan. Bukanlah untuk kepentingan negara. Kehadiran guru-guru ini diharap boleh memanjangkan kelangsungan UMNO menjadi parti pemerintah.

Kesan Kepada Pendidikan Negara

Rakyat Malaysia memahami bahawa tugas guru di sekolah semakin hari semakin mencabar. Kenakalan pelajar sekolah sungguh menakutkan. Pergaduhan, hubungan seks, anak luar nikah, dadah, buli, peras ugut dan segala macam masalah anak muda remaja ini berada di sekolah sekarang. Ibubapa menjadi resah dengan perkembangan yang berlaku. Dasar pendidikan yang sering berubah-ubah juga menambah beban kepada para guru. 

Tidak dapat dinafikan pendidikan yang baik mestilah sentiasa responsif dengan perubahan zaman tetapi perubahan yang dimaksudkan ada kalanya tidak menguntungkan mana-mana pihak kecuali kroni sahaja contohnya isu Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar dibuat secara tergesa-gesa akhirnya terpaksa dimansuhkan dengan melibatkan kerugian jutaan ringgit duit rakyat. Dasar-dasar yang lemah inilah yang telah banyak membebankan guru-guru. Akhirnya guru-guru terpaksa membuat semua kerja di sekolah, daripada merangka bentuk pengajaran dan pentadbiran sekolah sehinggalah tugas menghantar pelajar sakit perut balik ke rumah pun menjadi tanggungjawab mereka. 

Peruntukan pendidikan yang telah dipotong oleh kerajaan juga telah membebankan mereka. Ini sudah tentu menambah satu lagi tugas guru iaitu mencari dana sekolah untuk menampung keperluan sekolah. Tanggungjawab seorang guru pada masa kini umpama rojak . Persoalannya, adakah peranan dalam politik yang bakal dibenarkan ini tidak akan menambah beban yang sedia ditanggung ?

 Tugas hakiki sekolah adalah untuk membentuk generasi muda negara menjadi manusia berguna. Ada pun tugas-tugas lain seperti kemasyarakatan, politik, ekonomi adalah tugas sampingan mereka. Maksudnya jika tugas mendidik telah selesai bolehlah mereka menumpukan kepada perkara-perkara lain. Guru-guru Gred DG45 hingga DG 48 adalah guru-guru yang terlibat dengan pentadbiran di sekolah contohnya Ketua Bidang, Penolong Kanan dan Pengetua sendiri. Ini bermaksud tugas guru gred tersebut sudah tersedia berat di sekolah. Jika mereka terlibat dengan politik maka tidak ada pilihan kecuali mereka terpaksa melepaskan tanggungjawab pentadbiran di sekolah. 

Guru-guru yang baik di sekolah akan diberi tanggungjawab besar dalam pentadbiran. Jika mereka telah terlibat dalam politik maka kerja-kerja pentadbiran sekolah terpaksa dikosongkan. Kekosongan ini akan merugikan sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa kerana guru yang bekerja dengan penuh dedikasi ini telah memberikan fokus mereka kepada politik. Sungguh pun begitu, barangkali terdapat guru-guru yang sangat baik dari segi pengurusan masa dan tanggungjawabnya. Mereka yang mampu melaksanakan pelbagai kerja dalam satu masa ini mungkin boleh dipertimbangkan untuk berperanan dalam politik. Dalam hal ini adalah lebih elok tahap-tahap penglibatan politik dibuat secara berperingkat seperti berperingkatnya PPSMI dimansuhkan.
Bagi membantu membangunkan masyarakat yang dilanda pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik pada masa kini, guru-guru yang berkualiti ini harus didedahkan kepada sistem sosial masyarakat negara ini secara berperingkat terlebih dahulu. Maksudnya pada tahap pertama ini guru-guru tidak perlu terlibat dalam politik kepartian tetapi cukup kepada mereka terlibat dalam aktiviti NGO dan pentadbiran komuniti di peringkat akar umbi terlebih dahulu. Cadangan ini adalah lebih sesuai dengan baki masa mereka di waktu petang dan malam. Contohnya aktiviti surau, masjid, kuil, gereja, kelab belia, aktiviti kaum ibu, kebajikan kampung, sukan, koperasi dan lain-lain lagi. 

Pengiktirafan yang diterima daripada kerajaan sebelum ini sangat minima sekali. Insentif-insentif yang lebih baik seperti elaun kemasyarakatan perlu di usahakan oleh pihak kerajaan bagi menjayakan agenda ini.
Masalah utama dalam penglibatan parti politik adalah pengurusan masa. Mesyuarat tergempar parti politik boleh dibuat pada jam 12 malam, kerja parti politik boleh berterusan 48 jam tanpa henti, sumbangan orang politik diperlukan tidak kira masa. Isteri yang tidak biasa dengan jadual suaminya berpolitik akan merasakan lebih terseksa daripada bermadu empat. Bayangkan tiga hingga empat hari tidak balik rumah adalah perkara biasa bagi orang politik. 

Orang politik tidak pernah rehat kecuali mati. Ringkasnya jadual mereka sangat sukar untuk disusun. Kalau disusun pun boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh itu adalah lebih baik guru-guru ini diberi pendedahan yang semaksimanya dalam aktiviti kemasyarakatan terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam politik. Adapun mereka yang telah lama terlibat dalam politik, sudah memahami selok belok dalam dunia politik yang dibuat secara senyap-senyap sebelum ini bolehlah diberi peluang dengan kawalan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. 

Kawalan ini bukan bermaksud jika guru berhaluan UMNO diberi peluang tetapi guru dari PAS, PKR atau DAP tidak diberi peluang. Kawalan yang dimaksudkan adalah kawalan bagi mempastikan prestasi sekolah tidak terjejas akibat daripada penglibatan guru dalam politik. Badan yang benar-benar dihormati dan telus perlu menilai kelayakan seseorang guru tersebut sebelum membenarkannya terlibat dalam politik.
 
Diskriminasi

Walaupun terdapat banyak peraturan yang memandu manusia untuk menjalankan tugas tetapi peraturan ini tidak boleh terlaksana tanpa manusia mengguna pakai peraturan tersebut . Pindaan peraturan yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan ini sangat mudah terdedah kepada diskriminasi, terutamanya melibatkan isu-isu politik. Bayangkan jika ada seorang guru yang cukup berpengaruh di Parlimen Pagoh di mana Menteri Pelajaran menjadi ahli Parlimen di sana. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dilaksanakan guru tersebut sebelum ini sehingga menjadikan beliau sangat berpengaruh di kalangan penduduk setempat. 

Kebetulannya guru tersebut daripada parti pembangkang. Kemudian guru tersebut memohon kepada pihak kementerian untuk terlibat dengan politik. Apabila dinilai dalam borang permohonannya guru ini akan bertanding di Parlimen Pagoh, apakah jaminan permohonannya akan diluluskan oleh kementerian yang secara jelas akan menjejaskan kepentingan ahli Parlimen Pagoh yang juga Menteri Pelajaran. Politik di negara belum diasaskan oleh politik kasih sayang tetapi bergerak di atas balas dendam. Pihak yang di atas akan menindas pihak di bawah. Pihak di bawah pula akan memboikot pihak yang di atas pula. 

Itulah putaran politik dalam negara setakat ini. Sebab itulah politik negara kita masih lagi mundur dibandingkan dengan negara-negara maju. Jika tidak ada diskriminasi terhadap politik kenapa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak boleh berceramah dalam kawasan persendirian di Rengit, Batu Pahat? Bukankah Parlimen Batu Pahat diterajui oleh Timbalan Menteri Pendidikan Dato Fuad Zarkasi. Diskrimisasi terhadap royalti petroleum Kelantan, royalti Kerajaan Negeri Terengganu ditukar kepada wang ehsan, guru-guru yang menyokong pembangkang dihantar ke Sabah dan Sarawak, pensyarah PAS di pecat tetapi pensyarah UMNO dibenarkan bertugas dan negeri-negeri daripada Pakatan Rakyat telah ditohmah setiap hari dalam media arus perdana. Itu semua sekelumit contoh diskriminasi daripada pelbagai diskriminasi yang bermaharajarela dalam negara kita.

Apabila seseorang guru telah menjadi orang politik maka pergaulannya telah melepas sempadan tembok sekolah. Maka ramailah kenalannya dalam politik daripada ketua cawangan sampailah Presiden, daripada pegawai kerajaan sampailah menteri. Apa yang dibimbangi, kelak guru yang terlibat dengan politik boleh bersifat “besar kepala” dalam sekolah jika Menteri Pelajaran pun boleh dihubunginya pada jam 1 tengah malam. Maka ini akan menyusahkan pihak pentadbiran sekolah. Politik dalaman sekolah telah menjadi isu besar selepas guru terlibat dalam politik. Isu sebegini sememangnya menjadi masalah kerana budaya pilih kasih, kroni, rasuah dan sifat pentingkan diri sendiri masih berleluasa dalam negara kita. 

Maka akan berlakulah diskriminasi peruntukan sekolah berlaku selepas ini akibat daripada guru yang dibenar politik tidak sehaluan dengan pengetua. Pengetua mahu sekolah maju tetapi malangnya beliau tidak mempunyai hubungan politik yang luas . Guru yang dibenar politik bercita-cita tinggi dalam politik maka isu prestasi sekolah sudah tidak menjadi agenda penting dalam dirinya. Semua masalah ini akan berlaku disebabkan manusia tidak disetuh hatinya dengan agama. Mereka tidak meletakkan agama lebih penting daripada kehidupan dunia yang sementara ini.  

Bagi mengelakkan masalah disriminasi ini maka hendaklah dipastikan politik dalam negara ini kita berteraskan kepada kasih sayang mahu menjaga rakyat dan negara dengan agama. Selagi agenda ini belum berjaya maka selagi itulah masalah politik dalaman sekolah yang telah berlaku dan bertambah buruk selepas guru dibenarkan terlibat secara aktif dalam politik.

Kesimpulannya Kerajaan harus membetulkan matlamatnya untuk memberi kebenaran guru-guru berpolitik. Jika matlamat adalah untuk menyelamatkan UMNO daripada karam dalam pilihanraya ke-13 maka matlamat tersebut telah tersasar daripada landasannya yang sebenar. Jika benar niatnya untuk guru-guru terlibat dalam membentuk masyarakat di akar umbi maka lebih rasional mereka dipandu dengan insentif yang lebih menarik untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat akar umbi . 

Bagi guru-guru mampu dan cukup memahami selok belok politik maka kebenaran melalui tapisan dan pemantauan yang ketat diperlukan. Ini penting bagi mempastikan institusi pendidikan sekolah tidak terbantut peranannya kerana guru sibuk dalam parti politik. Pendidikan politik sihat perlu dimulakan sekarang. Didik pemimpin dan rakyat menjaga negara dengan penuh kasih sayang berlandaskan agama. Pendidikan ini boleh mengelakkan diskriminasi dan politik dalam sekolah berlaku selepas ini. 

Akhirnya kita sama-sama mempunyai tugas yang besar terhadap agama, bangsa dan negara. Maka bergeraklah dengan bersungguh-sungguh bagi mempastikan rakyat dan negara selamat dunia dan akhirat.
Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

Wednesday, June 11, 2014

KENDURI KAHWIN ORANG MELAYU?

Bila masa cuti sekolah sahaja, ramai orang mengadakan kenduri. Ini merangkumi kenduri kahwin, bertunang, buai anak atau cucu serta aqiqah. sambutan hari jadi daqn pelbagai lagi. Di sini nak diceritakan sedikit mengenai kenduri kahwin orang Malayu. Ini bukan bernakna semua orang Melayu tapi ramai orang Malayu yang melakukannya.Terdapat dua perkara yang menjadikan majlis atau kenduri kahwin orang Melayu itu tercemar. Pencemaran bunyi sentiasa berlaku apabila adanya majlis atau kenduri kahwin orang Malayu.

1. HIBURAN:-
Kebanyakan kenduri kahwin orang Melayu masa ini mesti ada hiburan. Tak kiralah sama ada menggunakan DJ atau tidak. Apa yang sering berlaku, bunyi bingit pembesar suara pasti berlaku. Mengapa perlu pembesar suara itu diletakkan suaranya sehingga ketahap yang maksima? Yang menjadi persoalan, tidakkah DJ yang mengendalikannya terfikir tetamu yang datang bukan semua yang suka bunyi yang bingit sedemikian.

Di majlis kenduri kahwin inilah masa yang agak sesuai untuk bertemu sanak saudara dekat dan jauh. Juga pertemuan yang tidak dirancang bagi kawan-kawan lama. Sambil menikmati hidangan pastinya mereka ini akan bersembang. Menceritakan kisah-kisah lampau atau pun kisah-kisah yang mendatang. Bunyi bingit dari pembesar suara itu akan menganggu perbualan mereka. Adalah memadai pembesar suara itu disederhanakan bunyinya.

Begitu juga kalau ada yang berkaraoke. Pastinya akan terjerit-jerit dengan lagu-lagu rock. Bukan tak boleh menyanyikan lagu seperti itu, tapi rendahkan suara pada pembesar suara itu. Situasi ini bukan sahaja boleh menganggu tetamu-tetamu yang datang malahan menganggui jiran-jiran sebelah rumah yang mengadakan kenduri tersebut. Bayangkan bagaimana pencemaran bunyi berlaku dari awal pagi hingga ke awal malam. Kekadang pula ada hingga jauh malam dengan persembahan kugiran dan joget lambak.

Waktu malam akan berkumpullah orang-orang muda di halaman rumah kenduri untuk bersama menikmati hiburan. Mereka bukan sahaja menunggu persembahan kugiran malahan mereka ingin turut sama berjoget lambak. Percampuran lelaki dan perempuan akan berlaku. Situasi begini semakin rancak dilakukan pada masa kini. Kenduri kahwin seolah-olah dilakukan pada awal tahun 60'an dahulu.

2. BUNYI LETUPAN:-
Mengapa bila ada kenduri kahwin orang Melayu mesti ada bunyi-bunyi letupan? Bunyi letupan ini biasanya dari letupan senapang patah atau mercun. Malahan dewasa ini ada peranan meriam buluh atau meriam tanah untuk menghasilkan bunyi letupan. Yang paling ketara apabila bunyi letupan itu berhampiran dengan tetamu yang sedang menikmati makanan. Tidak terfikirkah ada tetamu yang berusia yang sensitif dengan bunyi-bunyi letupan sebegitu?

Ada diperhatikan situasi begini menyebabkan tetamu meninggalkan majlis dengan meninggalkan hidang walaupun baru mula hendak menikmati makanan tersebut. Ada juga tetamu yang hampir histeria akibat bunyi letupan yang berlaku di majlis-majlis kenduri kahwin orang Melayu. Yang membakar mercun atau bermain meriam itu bukan sahaja dari kalangan orang muda tetapi ada juga orang dewasa yang melakukannya. Mereka akan gelak dan ketawa apabila melihat tetamu-tetamu yang sensitif dengan bunyi letupan tersebut. Ketawa akan bertambah rancak apabila ada tetamu yang melatah.

*** Mengapa tidak kita jadikan majlis atau kenduri kahwin orang Melayu ini dengan selesa? Jadikan majlis dengan suasana yang tenang. Aman dan damai. Jadikan tetamu berada dalam sutuasi yang selesa dan gembira ketika berada di majlis atau kenduri kahwin.

Wednesday, June 4, 2014

BERFACEBOOK HENDAK PAHALA KE DOSA?

Kalau kita ada facebook, kita akan dapat menghubung kawan kita dengan mudah. Yang penting kawan-kawan kita meng'add'kan kita sebagai 'friend' dalam facebook itu. Hubungan atau komunikasi tidak lagi gunakan sms handphone. Kalau ada internet kat rumah atau kat mana-mana kita boleh melayani facebook. Banyak "restoren" di mana-mana menyediakan "wifi" secara percuma. Cuma kita minta "password" untuk kemudahan kita ber"internet".

Ramai sungguh manusia yang ada akaun facebook ini. Kadang-kadang kita boleh menjumpai kawan-kawan lama. Sungguh gembira bila kita dapat menghubungi kawan yang lama berpisah. Ada yang sudah lebih 30 tahun baru berjumpa melalui facebook. Kalau seorang guru, boleh mencari bekas muridnya melalui facebook. Komunikasi yang dilakukan terlalu mudah. Yang jauh dirapatkan dan yang dekat dimesrakan. Jalinan mesra dan silaturahim dapat dijalinkan melalui facebook.

Dalam kita berfacebook itu kemungkinan terlupa untuk mengawal diri kita. Kita berkemungkinan akan melakukan perkara-perkara yang boleh menjadi pemusnah kepada diri kita. Ini secara sedar atau pun tidak sedar. Itu sebabnya apabila kita berfacebook, kita perlu mengambil yang positif dan wajar sekali kita meninggalkan yang negatif. Apabila kira di"provok"kan dengan berita sensasi yang tidak kita yakini wajar kita meninggalkannya.

Terdapat tujuh pemusnah yang merupakan dosa-dosa besar. Apakah diri kita semakin menjauhi atau semakin menghampiri dosa-dosa besar itu? Apabila kita berfacebook, cuba kita elakkan dari melakukan perkara-perkara yang menjadikan kita berdosa besar iatu dengan melakukan tujuh pemusnah kepada diri kita. Dalam Islam, adalah terlalu mudah kita mendapat dosa dan juga terlalu mudah kita mendapat pahala. Fikirlah kemanakah hendak kita letakkan diri kita apabila berfacebook.

1. SYIRIK:-
Banyak perkara yang menjurus kita melakukan "syirik" apabila kita berfacebook. Cerita-cerita mistik yang dipaparkan melalui facebook. Gambar yang pelik-pelik akan menjadikan kita teruja yang menyebabkan keyakinan kepada perkara-perkara tersebut mendalam dalam diri. Begitu juga seandainya kita begitu teruja dengan "numerologi" terutama yang berkaitan dengan kajian tarikh lahir. Begitu percaya dengan perkara yang tidak logik atau saintifik.

2. SIHIR:-
Bermacam iklan terdapat dalam facebook. Seseorang yang sedang mengalami sakit akan mudah menerima iklan-iklan berkenaan terutama yang berkaitan dengan bomoh. Mereka yang sakit lama atau tidak akan berfikir untuk berubat dengan bomoh. Bagi mereka yang tidak sakit pula ramai yang cdenderung ke arah mencari ayat-ayat pengasih, ayat pelaris dan sebagainya. Banyak kedai makan atau restoran telah menyalahgunakan ayat-ayat quran demi perniagaan mereka. Terdapat juga pelbagai iklan yang berkaitan dengan "ubat kuat" yang mudah dipercayai oleh mereka yang menyangkakan mereka itu telah lemah tenaga batin.
bersambung..........

Monday, June 2, 2014

UNIVERSITI TELUK MAK INTAN

Aku berkira-kira yang PHD akan diperolehi pada hujung tahun ini 2014. Kalau nak dikirakan memang lambat aku dianugerahkan PHD tersebut sebab kalau sampai hujung tahun ini 2014 bermakna lebih lima tahun aku bertungkus lumus nak dapat sekeping sijil tersebut. Itu pun kalau boleh tunggu sampai hujung tahun ini, 2014. Bermakna ada lebih enam bulan lagi aku akan tertulis perkataan "Dr." diawal nama aku. Macam tak percaya je aku. Itulah pejam celik, pejam celik sudah nak habis pengajian aku. Alhamdulillah. Semoga berjaya. Inilah orang kata berkat dari kesabaran. Kalau tak sabar sudah lama aku cabut lari dan mungkin hanya sekadar "master" je (sarjana le tuh).

Fikir punya fikir, aku nak berubah angin lah pulak. Kalau sekarang aku mengajar di sekolah dan digelar "cikgu", apa kata aku memohon jawatan "pensyarah" yang aku dengar banyak universiti yang hendak didirikan oleh kerajaan. Di Perak ini sudah ada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dulunya dipanggil Institut Teknologi MARA (ITM). Sudah ada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dulunya Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) menghasil keseluruhannya manusia yang dipanggil "cikgu". Bila sudah naik taraf jadi universiti, ramai graduannya yang masih menganggur. Kesihan, asalnya nak sangat jadi cikgu, itulah mohon belajar di UPSI.

Masa inilah perlu berfikir. Kalau aku mohon UiTM, tentunya akan bertugas di Sri Iskandar. Kalau mohon UPSI pastinya akan bertugas di Proton City. Itu pun kalau nak berkhidmat dalam negeri Perak. Kalau nak keluar dari Perak juga boleh. Kalau keluar dari Perak umpamanya di Pulau Pinang terkenal dengan Universiti Sains Malaysia (USM). Aku tulis tiga-tiga universiti ini bukan apa, sebab aku pernah menuntut ilmu di situ, UiTM, masa aku dulu ITM di Sri Manjung. USM memang terkenal dengan universiti dalam taman dan UPSI di Tanjung Malim. UiTM di Sri Iskandar aku tak sempat belajar. Begitu juga UPSI di Proton City.

Kalau aku tunggu selesai PHD aku, mungkin aku boleh mohon jadi pensyarah di sebuah universiti yang baru di Perak. Tempat pun memang menarik dan aku pun pernah berkhidmat di daerah ini selama lima tahun. Teluk Intan seakan-akan mengamit aku datang. Kalau dulu aku datang dan memberi perkhidmatan aku semasa masih bujang, kali ini kalau diizinkan Allah aku datang bersama keluarga aku. Sekurang-kurangnya bersama isteri aku kerana maklumlah anak-anak pun sudah besar akan membawa haluan masing-masing. Itu terpulang kepada mereka. Mereka akan berkeluarga dan pastinya akan menetap ikut pilihan mereka.

Teluk Intan adalah berasal dari nama Telok Anson. Sebelum itu memang dikenali dengan nama Telok Mak Intan. Siapa Mak Intan itu? Sama-sama kita cari. Menara Condong adalah sinonim dengan Teluk Intan. Sekarang Teluk Intan jauh berubah apabila dibandingkan dengan masa aku mula-mula sampai di Teluk Intan. Namanya pun masa itu masih dengan nama Telok Anson. Masa itu, penyanyi terkenal Jamal Abdilah mula popular setelah menjuarai pertandingan "Bintang RTM" (Kalau aku tidak silap). Aku pasal penyanyi ini memangnya kurang arif.

Bila Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, kerajaan Barisan Nasional berjanji akan membina sebuah universiti di Teluk Intan. Seronoklah orang Teluk Intan. Kalau dilihat pada lokasi yang sesuai, memang sesuai di ladang-ladang yang begitu luas di Teluk Intan. Lihat sahaja pembinaan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) yang berdiri di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang dikira agak jauh juga dengan bandar Teluk Intan. Bagaimana pun masih ada nama Teluk Intan pada nama universiti yang bakal didirikan melalui kempen PRK Teluk Intan.

Tuesday, May 20, 2014

SOLAT JUMAAT DI MASJID NABAWI

HARI KE 7/28 MAC 2014 (JUMAAT):-
Badan masih letih, namun digagahi juga untuk solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi. Setelah solat Subuh, beredar ke hotel untuk merehatkan diri sementara menunggu solat Jumaat. Isteri pula berpeluang menunaikan solat Jumaat untuk kali kedua setelah melakukannya kali pertama semasa menunaikan iabadah Haji pada tahun 2005. Anak-anak begitu teruja ketika berada di Madinah sama seperti semasa mereka berada di Mekah.

 Masjid Nabawi 

Masuk awal ke Masjid Nabawi kerana kebiasaannya solat Jumaat jemaahnya akan melempah ruah sehingga ke luar masjid. Masuk awal kerana ingin menempatkan diri di barisan hadapan terutama kawasan Raudah atau pun di luar kawasannya. Meskipun ada jemaah yang terpaksa  solat Jumaat di luar masjid namun, keseluruhan kawasan luar masjid Nabawi telah siap dibina payung yang boleh menutup seluruh kawasan luar masjid dari cahaya matahari.
Payung di luar Masjid Nabawi
 
HARI KE 8/29 MAC 2014 (SABTU):-
Selepas sarapan pagi, kami dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah. Antara tempat yang dilawati ialah Majid Quba, Masjid Qiblatian (Masjid Dua Kiblat), Jabal Uhud yang pernah berlaku peperangan Uhud dan kebun kurma. Lawatan berjalan lancar dan selesa kerana kumpulan kami cuma ada tujuh orang jemaah yang dipandu oleh Haji Wahyu (Mutawif) dan Haji Syukur (Pengurus Suka Jaya Travel & Tours Sdn. Bhd.).

Gambar Masjid Quba, Madinah
 Masjid Quba

Masjid Quba adalah masjid yang pertama didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu semasa hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Manakala Masjid Qiblatain iaitu dikenali juga dengan nama Masjid Dua Kiblat. Peristiwa ini berlaku semasa Nabi Muhammad s.a.w. sedang solat, pada rakaat pertama dan kedua, baginda s.a.w. mengadap ke arah Masjidil-Aqsa di Juruselam, manakala pada rakaat ketiga dan keempat mengadap ke arah Masjidil-Haram di Mekah iaitu setelah mendapat wahyu dari Ilahi.

Masjid Qiblatain

HARI KE 9/30 MAC 2014 (AHAD):-
Kami diminta bersiap sedia untuk berangkat pulang ke Tanah Air. Selepas solat Subuh, kami mengemaskan semua pakaian ke dalam beg dan disusun setempat agar memudahkan kami membawa turun dari bilik hotel. Kami menunaikan solat Zohor di Masjid Nabawi. Selesai solat Zohor, kami melakukan Ziarah Wida' ke Makam Rasulullah sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah.

Masjid Hudud

Sampai di Jeddah, kami sempat dibawa melawat Masjid Terapung. Masjid ini dibina di tepi Laut Merah. Ia kelihatan terapung apabila air pasang berlaku di Laut Merah. Disamping itu, kami juga dapat melawat Masjid Hudud. Di masjid inilah hukuman pancung dijalankan. Masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Qisas. Masjid ini sebenarnya telah didirikan oleh Syeikh Ibrahim Al-Juffali iaitu orang kaya di Saudi. Jadi, masjid ini juga diberi nama Masjid Syeikh Al-Juffali.

 Tempat hukuman pancung

HARI KE 10/31 MAC 2014 (ISNIN):-
Kami berlepas dari Lapangan Terbang Jeddah melalui penerbangan Qatar iaitu QR1185. Kami singgah sebentar di Doha sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dengan QR846. Penerbangan Qatar boleh dianggap selesa dan memuaskan penerbangan kami. Kami selamat sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada jam 12.30 pagi. Bas sudah sedia untuk membawa kami pulang ke rumah.

... Aziz, Jeddah, kami dibawa ke Masjid Terapung di Laut Merah Jeddah
 Masjid Terapung di Laut Merah

HARI KE11/1 APRIL 2014 (SABTU):-
Sampai di rumah pada jam 4.30 pagi. Sekali lagi terima kasih kepada adinda Mohd. Isa, adinda Khodijah (isteri adinda Mohd. Isa), anak mereka Mohd. Faiz dan Anakanda Mior Nasuha (anak kekanda Hasiah) yang sudi menunggu di R&R Simpang Pulai untuk membawa kami empat beranak pulang ke rumah. Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah setelah selesai menunaikan ibadah umrah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Thursday, May 8, 2014

SUKA JAYA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

HARI KE EMPAT - 25 MAC 2014 (SELASA):-
Hari ini kami dibenarkan membuat aktiviti bebas iaitu tidak terikat dengan pihak pengelola. Sebelum subuh kami empat beranak menuju ke Masjidil-Haram untuk solat Subuh berjemaah. Setelah meninggalkan isteri di ruang solat muslimah, saya dan dua orang anak menuju ke dataran tawaf untuk mencari ruang solat. Kami dapat duduk di bawah pelantar tawaf dua tingkat. Ruang tawaf masih lagi penuh kerana ramai jemaah yang melakukan tawaf umrah dan tawaf sunat.

gambar terkini masjidil haram 2013

Seperti biasa, kami sekali lagi ke Masjidil-Haram untuk solat Zohor. Selepas solat Zohor, kami tidak balik ke hotel sebaliknya kami terus berada di masjid untuk melakukan ibadah-ibadat sunat yang lain. Solat Zohor biasanya kami mencari ruang yang agak terlindung dari cahaya matahari. Kami selalu mengambil tempat di bawah pelantar tawaf dua tingkat. Di situ biasanya ramai jemaah tertumpu dan terpaksa datang awal untuk mengambil ruang yang sesuai.

Ummu Ammar

Kali ini kami memgambil keputusan untuk terus berada di masjid sehingga solat Maghrib dan Isyak. Selepas solat Asar, kami keluar daru masjid untuk mencari makanan. Makanan kegemaran kami adalah roti yang intinya diisi dengan daging cincang, telur hancur, ikan sardin atau ayam. Sebuku roti adalah cukup mengenyangkan dengan meminum air zam-zam. Selepas solat Isyak, kami balik ke hotel untuk berehat dan bangun pada jam 1 pagi untuk ke miqat bagi melakukan umrah sekali lagi.

Sejarah telaga Zam-Zam

HARI KE LIMA - 26 MAC 2014 (RABU):-
Selepas solat Subuh di Masjidil-Haram, kami pulang ke hotel untuk bersarapan pagi. Hari ini kami dibawa melawat Pasar Khakiah, ladang ternakan unta dan seterusnya ke Hudaibiyah. Kami dinasihatkan agar membawa pakaian ihram kerana kami boleh bermiqat umrah di Hudaibiyah. Apabila kami dibawa ke ladang ternakan unta, kami berasa was-was juga kerana pernah dinasihatkan agar mengelakkan diri dari melawat ke situ. Bagaimanapun kami bertawakkal kerana telah di bawa ke situ.
 
Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan ...

Sampai di Mekah sebelum Maghrib dengan berpakaian ihram. Menunggu selesai solat Isyak untuk melakukan tawaf umrah, saie dan bertahalul. Alhamdulillah dapat selesaikan umrah sekali lagi dan pulan ke hotel untuk berehat. Di hotel, kami mengemaskan semua pakaian kerana kami akan berangkat ke Madinah selepas melakukan tawaf Wida' iaitu tawaf selamat tinggal.


HARI KE ENAM - 27 MAC 2014 (KHAMIS):-
Kami dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. "Check In Hotel" di Madinah. Hotel di Madinah adalah lebih dekat berbanding dengan hotel di Mekah. Ini mungkin disebabkan banyak pembangunan dilakukan di Mekah. lagi pun di Madinah suasana agak tenang. Tidak ramai jemaah yang memenuhi Masjid Nabawi. Ini dapat dilihat apabila kami dibawa ziarah dalam ke Masjid Nabawi. Kami berpeluang berada di Raudah untuk solat sunat. Setelah itu kami berpeluang menziarahi Makam Rasulullah s.a.w., Makam Khalifah Abu Bakar dan MakamSaidina Umar.

Makam Rasulullah SAW. (Gambar ihsan Google images)

Monday, April 21, 2014

UMRAH DAN ZIARAH

23 MAC 2014 (AHAD)
Hari kedua berada di Mekah. Solat Subuh di Masjidil Haram. Selepas solat Subuh, membuat Tawaf Sunat. Ramai orang melakukan tawaf. Ini bukan bermakna ramai jemaah berumrah kali ini tetapi mungkin disebabkan dataran tawaf yang sudah disempitkan oleh tiang-tiang laluan tawaf dua tingkat. Di bawah laluan untuk tawaf bertingkat ramai jemaah bersolat di situ. Solat fardu atau pun solat sunat. Selesai tawaf sunat dan solat sunat, balik ke hotel.

Kembali ke Masjidil Haram untuk solat Zohor dan Asar. Setelah solat Zohor, duduk dalam Masjidil Haram membaca al-Quran dan solat sunat sementara menunggu solat Asar. Ada masanya meninjau sekitar Masjidil Haram terutama kawasan-kawasan yang masih lagi dalam pembinaan. Hampir keseluruhan Masjidil Haram yang menghadap Hijir Ismail (Pancur Emas) masih tidak boleh digunakan sebagai tempat solat.

Datang semula ke Masjidil Haram untuk solat Maghrib dan solat Isyak. Waktu malam di Masjidil Haram agak sejuk berbanding waktu malam. Namun kepadatan jemaah masih tetap sama. Masjidil Haram sentiasa hidup. Sentiasa dipenuhi oleh manusia yang ingin beribadat tak kira melakukan solat, tawaf, saie dan ibadat-ibadat yang lain seperti membaca al-Quran.

Balik ke hotel setelah selesai solar Isyak. Makan malam bersama keluarga. Sedeh juga apabila Amanina (anak yang bongsu) tidak dapat bersama menunaikan umrah. Insya-Allah akan bersamanya apabila menunaikan umrah pada tahun hadapan. Semoga dimurahkan rezeki. Panjangkan usia. Kesihatan yang baik. Selesai makan malam berehat sebentar untuk ke Thanaim (miqat) dengan berpakaian ihram bagi melakukan ibadah umrah. Selesai umrah iaitu tawaf, saie dan tahalul sebelum solat Subuh.

24 Mac 2014 (ISNIN)
Abang Long dan Abang Ngah mengikuti rombongan ziarah sekitar Mekah. Mereka melawat Jabal Nur, Jabar Thur, Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Di Mina mereka berpeluang melihat Jumrah Al-Ula, Jumrah al-Wusta dan Jumrah Al-Aqabah. Mereka juga dibawa ke Ja'aranah (miqat umrah) dan boleh berniat untuk umrah.

Saya dan isteri tidak mengikuti program ziarah ini. Sebaliknya kami ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf sunat disamping melakukan ibadat yang lain di Masjidil Haram. Alhamdulillah, kami diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah swt untuk melakukannya. Alhamdulillah. Betapa tenang dan damainya ketika berada dalam Masjidil Haram. Besarnya kekuasaan Allah, memandang dan menatap Kaabah pun sudah diberi pahala.

Tuesday, April 8, 2014

EMPAT ANAK BERANAK MENUNAIKAN UMRAH DAN ZIARAH


21 Mac 2014 (Jumaat):-
Jam 11.30 malam - Bertolak dari rumah ke R & R Simpang Pulai. Terima kasih kepada adinda Mat Isa, adinda Khodijah dan anakanda Mohd. Faiz kerana sudi bersengkang mata untuk menghantar kami empat anak beranak untuk menunai umrah. Terima kasih juga kepada anakanda Mior Nasuha yang turut sama menghantar. Begitu juga adinda Roslan dan isteri Roshidah.

22 Mac 2014 (Sabtu):-
Jam 1.30 pagi - Van dari Bagan Serai sampai untuk membawa kami ke KLIA. Kami sampai di KLIA jam 4.30 pagi. Setelah "check-in" barang, kami tunaikan solat subuh. Selesai pemeriksaan imegresen, menaiki "train" ke bilik menunggu. Memakai pakaian ihram di surau KLIA dan terus menaiki kapal terbang. Berlepas dari KLIA jam 9.50 pagi dengan kapal terbang QR845.

Transit di Doha. Di sini kami berniat umrah. Kapal terbang terus ke Jeddah. Sampai di Jeddah dan setelah urusan kastam selesai, kami dibawa ke Hotel di Makkah dengan menaiki van. "Check-in " di hotel dan selepas makan malam, kami dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah.

Kumpulan kami adalah seramai tujuh orang dari dua keluarga. Ini adalah sungguh selesa dan memudahkan pihak mutawif membimbing kami semasa melalukan tawaf umrah, sai dan bertahlul. Selesai mengerjakan umrah sebelum subuh. Alhamdulillah.

Thursday, March 13, 2014

ORANG BERADAB TIDAK PERNAH BICARA TENTANG DIRINYA

Apabila disebut perkataan 'adab', ia tidak dapat lari dalam kehidupan manusia secara peribadi yang mana akan membentuk masyarakat. Adab ada kaitan dengan dengan bentuk atau nilai keperibadian. Mengikut Kamus Dewan, adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus dan kesopanan. Adab juga adalah cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu yang menjurus kepada kaedah pergaulan. Ia adalah berbeza mengikut suasana atau majlis yang diikuti.

Adab yang mengandungi erti kesopanan mempunyai ciri-ciri kehalusan. Biasa diperkatakan sebagai kebaikan budi pekerti. Kita menilai peribadi seseorang itu melalui adab sama ada baik atau buruk. Kumpulan manusia yang baik itu ada adabnya. Begitu juga bagi kumpulan yang jahat juga mempunyai adab. Dalam aspek ini adab telah menjadi peraturan yang mesti dipatuhi. Hukuman akan dikenakan bagi mereka yang melanggar adap atau peraturan ini.

Bagi masyarakat di Malaysia, mereka mempunyai cara hidup yang siatematik. Ada nilai dan adabnya. Tidak mematuhi adab bermakna telah dianggap telah terpesong daripada peraturan. Kumpulan ini boleh dianggap sebagai 'tidak beradab'. Harga diri seseorang akan jatuh apabila mereka telah melanggar adab. Orang yang tidak beradab ini akan dianggap sebagai 'kurang ajar'

Adab ini merangkumi nilai kehidupan seharian. Setiap perlakuan sepanjang hari akan dipengaruhi oleh adab. Umpamanya, ada adab waktu makan. Adab waktu bermain. Adab waktu tidur. Adab waktu berkawan. Adab waktu bekerja. Adab waktu rehat dan pelbagai lagi adab selagi manusia itu berkeluarga dan bermasyarakat.

Adab terbahagi kepada dua kategori:-
1. Adab di luar diri
2. Adab di dalam diri

1. Adab di luar diri:-
Ia merangkumi kesopanan di dalam pergaulan. Mengelakkan perlakuan yang salah pada pandangan umum. Peraturan adab di luar diri sentiasa berubah mengikut perubahan tempat dan masa. Ia merangkumi hukum adat dan resam susuatu masyarakat.

2. Adab di dalam diri:-
Ia merupakan kesopanan dalaman. Ada juga yang menyatakan kesopanan batin. Ia adalah adab sopan yang dipengaruhi oleh hati seseorang. Hati yang bersih, baik, jujur dan ikhlas akan membentuk adab yang baik dn begitulah sebaliknya.

Dalam Islam beradab sopan kepada ibu bapa adalah wajib. Ia adalah ibu kepada segala adab kesopanan. Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa, "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, dirimu serta hartamu semuanya adalah untuk bapamu."

Tuesday, February 25, 2014

PBS TAJUK YANG PALING POPULAR DI MALAYSIA

Permudah PBS agar fokus guru tidak terganggu
BANGI - Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) bakal menyerahkan memorandum khas yang menggesa agar sistem pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimansuhkan segera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sampai kepada PM? Apa peranan Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan 11 dan dua orang Timbalan Menteri Pendidikan?