Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Tuesday, June 30, 2009
AKU MASIH DI SINI
aku masih di sini
berdiri di puncak gunung
sayup memandang lembah yang dalam
pada tasik yang setenang airnya
pada sawah yang sayup mata memandang
pada burung yang cemburu kebebasannya
yang tiba-tiba awan menutupi pandangan
putih kabur berdebu bersama kelembaban
aku masih di sini
untuk turun pasti bergelimpangan
atau terjunam pada batu-batu pejal
aku masih di sini
memutar otak memerah tenaga
bagaimana aku akan turun dari puncak ini
anis.am
bandar darul aman.

Monday, June 29, 2009
PEMBERITAHUAN UNDANG-UNDANG AM/SURAT PEKELILING IKHTISAS
PENGURUSAN MURID
1. SPI BIL. 18/1998 - Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan (2/9/98):-
- Ketepatan membuat keputusan, bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif
- Perundingan penuh berhemah dan berdiplomasi dan suasana harmonis
- Keputusan dan tindakan tidak menggugat hubungan baik semua dan diterima semua pihak sebagai tepat, adil dan memuaskan
2. SPI BIL. 8/2001 - Pemantauan Pengurusan Disiplin Di Sekolah (19/7/2001):-
- Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah
- Pemantapan Pengurusan Disiplin
- Pemantapan Pengurusan Kaunseling
- Sekolah Penyayang
- Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri
- Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat
- Sekolah Selamat (SPI BIL. 4/02 - Pelaksanaan Sekolah Selamat)
3. SPI BIL. 10/2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin (24/9/2001):-
- Semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal berkaitan disiplin
- Pendekatan kaedah pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) dilaksanakan
- Selitkan sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati kepada murid
4. SPI BIL. 7/2003 - Kuasa Guru Merotan Murid
-Guru Besar berkuasa menjalankan hukuman
- Boleh diperturunkan kepada guru dan murid dengan syarat:-
1. hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang
2. Murid lelaki - merotan denganringan di tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian

Sunday, June 28, 2009
PERUNDANGAN SEKOLAH - IABU095H02 - INSTITUT AMINUDDIN BAKI UTARA
RASIONAL
Pengetahuan tentang aspek perundangan merupakan perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh Guru Besar dalam melaksanakan tugas di sekolah. Media massa sering melaporkan tentang tindakan Guru Besar dan guru di negara ini didakwa oleh ibu bapa murid kerana tindakan mereka tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Keadaan ini sudah tentunya menyusahkan mereka dan boleh menjejaskan integriti profesion pendidikan di negara ini. Kursus ini memberi kefahaman yang mendalam tentang aspek mereka perundangan kepada Guru Besar agar mereka dapat menjalankan tugas dan memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang.

OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta dapat:-
1. memahami peranan Guru Besar daripada segi perundangan dan tanggungjawab dalam melaksanakan tadbir urus yang baik
2. melengkapkan diri dengan pengetahuan undang-undang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah berpandukan perkara utama dalam Akta Pendidikan 1996.
3. menjelaskan tentang peranan guru daripada perspektif perundangan dan implikasinya terhadap peranan mereka sebagai in-loco parentis
4. menangani isu yang berkaitan dengan perundangan sekolah.
KANDUNGAN KURSUS
1. Pengenalan
2. Tanggungjawab dalam perspektif perundangan:-
- Guru Besar
- Murid
- Guru dan Staf Sokongan
3. Akta Pendidikan 1996 dan Pengurusan Sekolah
4. Kecuaian dalam pengurusan sekolah
5. Tatatertib penjawat awam
6. Pengurusan disiplin dan perundangan
7. Isu-isu perundangan pendidikan
IAB UTARA - PERJALANAN YANG MEMBOSANKAN
Semalam (27 Jun 2009), teman kene pegi kursus kat IAB Utara. Kontek sane kontek sini namun tak mandang kekawan dari Kuale Kangso yang pegi. Jadi, teman bersendirian perjalanan ke IAB Utara tu. Mengantuknyer bukan memain sampa ntah braper kali teman singgah nak lepas gian ngantok. Kalo isap rokok boleh juge isap rokok untuk lepas gian ngantuk tapi riso pulak kut-kut dapat gian merokok pulak hehehehehe sebab teman dah lame jugak berenti merokok dah hampir lima tahun.
Bayangkan bile bawak kreter ratus-ratus batu soghang-soghang. Memang le teman dah biase bawak kreter soghang-soghang jalan jauh le pulak tuh. Tapi kali ini, tengah hari pulak tuh. Nak nempoh butterwoth memang jem... boleh siap ngan roti.
Saturday, June 27, 2009
MAKKAH AL-MUKARRAMAH (23)
BINAAN QURAISY TAHUN 591 MASIHI
Ka'bah yang dibina, sekali lagi menghadapi kerosakan. Sebagaimana yang diceritakan, seorang perempuan telah menyalakan api untuk membakar kemenyan bagi mewangikan Ka'bah. Tiba-tiba bara api yang dibakarnya telah tercampak atau terpercik mengenai kelambu Ka'bah dan menyebabkan berlakunya kebakaran ke atas Ka'bah yang menyebabkan binaannya menjadi tidak kuat lagi. Selepas itu, berlaku pula banjir yang melanda Ka'bah yang menyebabkan berlaku keruntuhan pada sebahagian Ka'bah.
Selepas berlakunya peristiwa itu, para pemimpin Quraisy telah bermesyuarat untuk membina semula Ka'bah yang telah runtuh sebahagiannya. Kebetulan pada masa yang sama, sebuah kapal dagang kepunyaan saudagar Rom telah pecah di lautan Jeddah. Bersama mereka ada seorang tukang kayu yang mahir bernama Yaqum. Quraisy telah membeli kayu dari kapal tersebut untuk dijadikan binaan atap dan tiang Ka'bah.
Pihak Quraisy telah berazam untuk meruntuhkan semua binaan yang tinggal dan membinanya semula dengan asas baru kerana asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim as telah terlalu lama. Menurut As-Sinjari jarak antara binaan Nabi Ibrahim as dengan binaan Quraisy ialah 2645 tahun.
Di dalam Ka'bah terdapat sebuah telaga yang di dalamnya tersimpan harta-harta yang dihadiahkan kepada Ka'bah. Dalam telaga itu ada seekor ular berbisa yang berwarna hitam di atas belakangnya, putih di bawah perutnya dan memiliki kepala seperti kepala seekor kambing. Ular itu telah berada di situ selama 500 tahun iaitu sejak zaman Jurhum lagi. Ular tersebut bertindak sebagai pengawal harta Ka'bah kerana banyak berlaku kecurian ke atas harta Ka'bah pada waktu itu.
Ketika kaum Quraisy berada dalam ketakutan untuk meruntuhkan Ka'bah, ular itu sentiasa keluar menzahirkan dirinya. Oleh itu mereka pun berkumpul di Maqam Ibrahim dan salah seorang pemimpin Quraisy yang bernama Al-Walid bin Al-Mughirah telah menyampaikan khutbah kepada kaumnya.
"Bukankah kamu semua mahukan kebaikan untuk membina Ka'bah?".
Mereka menjawab: "Ya!".
Kata Al-Walid: "Allah tidak akan membinasakan orang yang ingin melakukan kebaikan. Tetapi ingatlah, jangan sekali-kali kamu memasukkan perbelanjaan untuk membina rumah Tuhan Kamu ini kecuali harta riba, judi pelacuran dan semua yang tidak baik dari harta kamu kerana sesungguhnya Allah swt tidak menerima kecuali harta yang baik".
Kemudian mereka pun berdoa: "Wahai Tuhan, sekiranya apa yang kami lakukan ini mendapat keredhaan Engkau maka jauhkanlah ular ini dari kami". Selepas itu datang seekor burung dari langit menuju ke arah ular yang sedang berada di dinding Ka'bah dan menyambar kepalanya serta mencampakkannya ke arah kawasan Jiyad.
Namun, perasaan takut dan dimurka dan ditimpa azab oleh Allah swt masih menebal dalam diri mereka sehingga Al-Walid sekali lagi berkata: "Aku akan mula meruntuhkannya. Aku telah tua. Sekiranya aku mati maka ianya disebabkan ajal yang sudah tiba". Beliau pun mengambil penukul dan mula meruntuhkannya, tetapi dengan tiba-tiba batu di bawah kakinya bergerak. Lantas beliau pun berdoa: "Wahai Tuhan, janganlah Engkau menakuti kami, sesungguhnya kami ingin membaikinya dan kami tidak melakukannya kecuali untuk kabaikan". Kemudian beliau terus meruntuhkan Ka'bah di bahagian dua rukun pada hari itu.
bersambung.........
Friday, June 26, 2009
Thursday, June 25, 2009
TERKENANG SEMASE DULU
"Saya sesungguhnya berbangga kerana pada hari yang penting dalam sejarah Tanah Melayu ini, saya ditugaskan mengisytiharkan secara rasmi kemerdekaan negara ini. Sememangnya kemerdekaan itu boleh diibaratkan sebagai batu tanda dijalan, tetapi janganlah fikir bahawa kita sudah sampai di penghujung jalan. Kita sebenarnya kini berada di ambang kejayaan dan seharusnya gigih bagi membina sebuah negara baru dan berdaulat".Rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra, disambut oleh rakyat di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka sekembali dari London pada 20 Februari 1956.
Tunku Abdul Rahman Putra sedang menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan pada tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Sultan Selangor, Kuala Lumpur.
Tunku Abdul Rahman Putra mengumumkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Yang Di-Pertuan Agong, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, YMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad menandatangani perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Perjanjian Merdeka ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman Putra sebagai wakil Persekutuan Tanah Melayu dengan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British di London pada 8 Februari 1956.
MENGAPA AKU?
mengapa aku tiba-tiba rasa benci
pada bayang yang mengekori
bagaikan jembalang malam
menganggui kesyahduan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci
pada wajah yang mampiri
bagaikan binatang jalang
menggigit ketenangan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci
pada mata yang meneliti
bagaikan duri tajam
menikam kelembutan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci
pada semua yang menodai
bagaikan racun berbisa
memusnahkan keindahan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci?
anis.am
teluk intan.
pada bayang yang mengekori
bagaikan jembalang malam
menganggui kesyahduan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci
pada wajah yang mampiri
bagaikan binatang jalang
menggigit ketenangan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci
pada mata yang meneliti
bagaikan duri tajam
menikam kelembutan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci
pada semua yang menodai
bagaikan racun berbisa
memusnahkan keindahan
mengapa aku tiba-tiba rasa benci?
anis.am
teluk intan.
MUTIARA KATA HIKMAT
"The happy people are those who are producing something, the bored people are those who are consuming much and produciing nothing".
"The measure of success is not whether you have a tough problem to deal with, but whether it's the same problem you had last year".
"Education is learning what you didn't even know you didn't know".
"A true friend is someone who thinks that you are good egg even though he knows that you are slightly cracked".
"Everyday failure, everyday adversity, everyday heartache may be a blessing is disguise if it overcomes the bad habbit in ourselves".
Wednesday, June 24, 2009
MEMBANTU DIRI SENDIRI UNTUK BERJAYA
Tidak ada kehidupan yang tidak boleh diperkaya dengan "membantu diri". Tidak ada kehidupan yang tidak boleh dibuat menjadi lebih produktif dengan "membantu diri". Tidak ada kehidupan yang tidak boleh dibuat berjaya melalui "membantu diri. Kata JIKA dengan huruf besar inilah yang menjatuhkan manusia dan membuat mereka menjadi hamba, bukan penguasa.
Kebanyakan orang percaya bahawa kejayaan dalam hidup mereka bergantung pada kerja keras, keuntungan, nasib, keadaan yang mendukung, kekayaan yang tidak mereka miliki, bantuan dari luar, perhubungan atau pengorbanan-pengorbanan yang tidak dapat dijalani. Mereka tidak tahu tentang kebenaran, sebab sebenarnya kejayaan mereka tidak bergantung pada keadaan atau kedudukan itu semua.
Untuk mendapatkan kejayaan, kita harus menyediakan kejayaan itu. Pertama harus ada kehendak untuk berjaya, kemudian kita harus melakukan hal-hal yang diperlukan untuk membantu diri kita mencapainya dan menghindarkan hal-hal yang akan menghalang kemajuan kita. Ini pemikiran tepat dan logik.
Kejayaan tidak akan datang dengan menghabiskan gaji untuk bersenang-senang, berpesta, makan berlebihan, minum berlebihan atau hiburan. Kejayaan lahir dari hasil pertolongan diri sendiri untuk mengembangkan akal dan tubuh. Jika kita menghendaki kejayaan, kita harus mempersiapkan diri untuk menerimanya. Persiapan ini secara logik terdiri dari peningkatan diri dengan pengetahuan tentang membantu diri sendiri yang harus kita terapkan.
Kita tidak boleh membuang waktu dan wang, sebaliknya kita harus belajar menggunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat. Waktu luang kita sepatutnya digunakan untuk memperolehi pengetahuan praktikal, sebab pengetahuan praktikal ini merupakan suatu kekuatan bila diterapkan secara tepat. Tabunglah sebahagian dari penghasilan anda kerana semakin banyak yang anda tabung semakin dekat kemungkinan menjadi kaya. Hidup anda boleh diperkayakan dengan usaha cerdas dan sentiasa meningkatkan nilai-nilai anda sendiri
Tuesday, June 23, 2009
BIMBINGAN DARI PEMIKIRAN SENDIRI
Kita baru saja memulakan untuk menghargai fakta bahawa "pemikiran mendahului semua tindakan", bahawa "kita dibimbing oleh pemikiran kita sendiri" dan "kita cenderung menjadi keluaran dari pemikiran kita yang sudah terbiasa". Peradaban begitu lambat menerima konsep bimbingan kemanusiaan ini, padahal para lelaki dan wanita yang mendapat kemajuan besar sudah mengetahuinya sejak awal zaman lagi,
Ramai orang yang sudah berhenti sebelum memasuki jalan menuju kejayaan hidup kerana terhalang oleh kekurangan tertentu. Penghalan berupa kekurangan itu boleh menjadi suatu tembok yang tidak dapat ditembus, namun bila kita menghendakinya, kita boleh mengubahnya menuju kejayaan. Apa juga kekurangan kita, biasanya kita boleh menguatkan diri kita dan mengembangkan suatu kemampuan normal melalui latihan dan kebaikan, melalui pengetahuan, pemahaman dan penglibatan.
Apa juga kelemahan atau sifat yang ingin kita kuatkan, kita seharusnya belajar untuk memusat kan fikiran kita pada kualiti yang kita kehendaki. Dengan sentiasa memegang fikiran penuh percaya pada diri, keteguhan dan positif, kelemahan itu akan dikuatkan sehingga penguatan yang kita perolehi sama besarnya dengan kelemahan yang disebabkan oleh keraguan dan kurangnya kepercayaan diri. Kita seharusnya mendukung pemikiran positif kita dengan tindakan positif untuk mencapai hasil yang positif. Ini adalah suatu kejayaan.
Hukum-hukum alam akan membantu kita dengan baik dalam usaha kita membuang kekurangan kita, bila kita mahu mengikuti hukum-hukum itu. Suatu pemahaman terhadap hukum kebiasaan akan memungkinkan kita untuk mengubah kebiasaan buruk menjadi kebiasaan baik. Hukum penggunaan mendukung perkembangan otak simetri, bukan hanya pengembangan kemampuan tertentu sahaja. Kemanusiaan sejati terdiri dari pengembangan segenap kemampuan kita, mental spiritual dan fizikal. Simbol alam adalah "menggunakannya atau hilang", seperti juga otot, semua kemampuan kita boleh diperkuatkan.
Monday, June 22, 2009
APAKAH MAKSUD HEBAT PADA DIRI SESEORANG
Kita menjadi kuat atau lemah dalam erti yang luas, bergantung pada kualiti dan kuantiti karakter, keperibadian, pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi dari orang lain. Kita menjadi kuat kerana luasnya hubungan sosial kita. Kita tetap lemah kalau kita memutuskan tali hubungan kita dengan orang lain.
Satu jenis sayuran tidak akan memenuhi keperluan makan minum kita sehari-hari. Tubuh memerlukan bermacam-macam vitamin dan galian setiap hari, kalau kita mahu tubuh kita tetap sihat. Fikiran kita juga bekerja dengan cara seperti itu. Fikiran kita memerlukan sejumlah makanan mental, supaya boleh melayani kita secara lengkap dan berkesan. Keperluan ini paling baik dipenuhi melalui hubungan sosial dengan berbagai jenis orang.
Hidup menjadi suatu perjalanan yang berterusan untuk menemui sesuatu, bila kita boleh bergaul dengan orang lain, jika kita boleh berdialog dengan pelbagai orang dari segala tingkat kemanusiaan. Setiap orang yang berhubungan dengan kita, mempunyai pesanan penting bagi kita, kalau kita mahu mendengarkannya, menyerapnya dan menerapkannya dalam proses perkembangan kita.
Ramai orang merasa rendah diri bila berhadapan dengan orang yang hebat. Orang hebat yang dimaksudkan bukanlah orang yang mempunyai banyak wang, tetapi orang yang telah memiliki sejumlah besar pengetahuan praktikal, kebijaksanaan dan pengalaman yang sangat membantu kita. Sungguh baik untuk menyedari bahawa pengalaman boleh dipindahkan. Melalui pergaulan dengan orang hebat, kita selalu boleh membawa pulang pengetahuan tentang nilai-nilai praktikal.
Tanpa mmepedulikan pada kedudukan kewangan orang, kita seharusnya bergaul bebas dengan semua orang yang terus bergerak maju, orang yang fikirannya positif, orang yang mencari bidang lebih luas dan ingin mengambil keberkatan hidup yang sejati. Kalau hati mereka murni dan karakter mereka kuat, maka hubungan sosial dengan orang-orang seperti ini jauh lebih berharga bagi kita daripada sekadar kesempatan mendapatkan wang.
Sunday, June 21, 2009
KERAJAAN PERPADUAN - MENGAPA UMNO TERLALU GHAIRAH?
UTUSAN MALAYSIA
UMNO Kelantan tunggu lampu hijau - Mustapa
KUALA KRAI 21 Jun — Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu “lampu hijau” daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan PAS Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed.
Pemimpin Pas takut DAP, PKR
KUALA KRAI 20 Jun - Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Pas takut kepada rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang apabila tidak mahu berunding dengan UMNO bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.
Nik Aziz tidak diberi penjelasan
ALOR GAJAH 20 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang keras cadangan pembentukan kerajaan perpaduan kerana tidak mendapat penjelasan sewajarnya oleh pihak yang mencetuskan idea itu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Nik Abdul Aziz mungkin bersikap sedemikian disebabkan tidak menerima maklumat yang tepat dan keliru dengan cadangan itu.
BERITA HARIAN
Umno Kelantan tunggu kebenaran bincang dengan Pas
KUALA KRAI: Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu "lampu hijau" daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan Pas Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed.
Tiada salah Umno-Pas bincang kerajaan perpaduan
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin Pas yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan. Beliau berkata, perkara itu masih peringkat cadangan untuk dibincangkan dan tidak wajar pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya.
MALAYSIAKINI
Hisham doa PAS tidak berpecah
Muda Mohd Noor Jun 19, 09 8:02pm
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.
Muhyiddin: Segerakan perbincangan Umno-PAS
Jun 19, 09 12:13pm
Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin parti itu melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Umno S'gor hairan Nik Aziz tolak k'jaan perpaduan
Muda Mohd Noor Jun 19, 09 12:00pm
Umno Selangor hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - yang juga seorang ulama - yang tidak suka orang Melayu-Islam bersatu padu.Ketua Penerangannya, Abdul Syukur Idrus berkata, jarang berlaku ulama menentang sebarang perbincangan untuk kepentingan kaum dan agama mereka.u dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Umno anggap Nik Aziz suara minoriti
Muda Mohd Noor Jun 19, 09 11:30am
Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak kerajaan perpaduan merupakan satu pandangan minoriti, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan."Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti.
K'jaan perpaduan: PM percaya PAS ikhlas
Jun 16, 09 12:15pm
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

PEMERGIANMU
(buat ayah yang dikasihi, kini sudah kembali menemui Ilahi, semoga dicucuri rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman di Syurga Firdausi)
pemergianmu itu bersama lambaian sedu
tanpa aku pinta tanpa aku duga
kesali merangkuli diri
bukan kerana engkar kehendak Ilahi
cuma pergimu itu tiada diriku di sisimu
jasad yang kaku menyambut kepulangan aku
masih aku ingat pergimu ayah
dengan airmata tangisan dan sedu ibu
berkacda-kaca pula di mata aku
meskipun pergimu ayah
tanpa lagu pilu yang mengiringi
tanpa kata dan bicara merayu
kerana akan aku rela pemergianmu itu
dirimu lebih disayangiNya
kini pemergianmu semakin jauh
meninggalkan zuriat-zuriatmu
yang mengharapkan dirimu diletakkanNya
dalam kedamaian kesyahduan dan keindahan
bersama harapan dan secebis doa restu
semoga Ianya mencucuri rohmu
anisnoor.a.m
teluk intan

SELAMAT HARI JADI SAYANG
Selamat Hari Jadi Sayang,
Laluilah liku-liku kehidupan ini dengan penuh tabah,
Tempohi ia dengan semangat yang tinggi,
Insya-Allah engkau bakal menjadi insan yang Solehah.
Semoga Allah merestui usiamu.
Laluilah liku-liku kehidupan ini dengan penuh tabah,
Tempohi ia dengan semangat yang tinggi,
Insya-Allah engkau bakal menjadi insan yang Solehah.
Semoga Allah merestui usiamu.
Saturday, June 20, 2009
IKATAN MELALUI PERTUNANGAN
Menunggu untuk disarung cincin di jari manis. Inilah saat yang paling bahagia apabila diri telah diikat dengan ikatan pertunangan. Ini bermakna diri bakal dimiliki oleh lelaki idaman iaitu apabila telah diakad nikahkan nanti.
Wakil/ibu lelaki menyarung cincin tanda pertunangan ke jari manis perempuan yang dipinang sebagai tanda ikatan pertunangan telah dimetarai dan akan menunggu saat yang dinanti iaitu majlis perkahwinan yang akan menyusul mengikut tempoh yang telah dipersetujui bersama.
Perempuan yang telah dipinang oleh pihak lelaki mencium tangan wakil/ibu lelaki setelah selasai sahaja disarung dengan cincin tanda pertunangan
Majlis pertunangan orang Melayu masih lagi mengekalkan tepak sireh sebagai tanda pembuka bicara antara pihak lelaki dengan pihak perempuan. Sekiranya tiada tepak sireh boleh diibaratkan sebagai tidak lengkap majlis tersebut.
Sebentuk cincin dibawa bersama oleh pihak lelaki. Cincin ini disarung ke jari manis perempuan yang ditunang oleh wakil atau ibu pihak lelaki. Cincin ini diibaratkan sebagai tanda kepada perempauan bahawa ianya telah diikat dengan suatu ikatan yang dinamakan "pertunangan".
Gula yang dibungkus dalam plastik berwarna merupakan suatu kemestian sebagai buah tangan hantaran. Mengikut adat orang tua-tua, gula itu melambangkan kemanisan yang didoakan dalam rumah tangga yang bakal didirikan.
Buah-buahan semacam suatu kemestian sebagai buah tangan hantaran tetapi masih meletakkan buah-buahan import senarai utama. Sewajarnya buah-buahan tempatan tersenarai sebagai keutamaan dalam buah tangan hantaran.
Rendang ayam salah satu dari buah tangan hantaran pihak perempuan yang sesuai dimakan dengan pulut kuning yang menjadi buah tangan wajib disenaraikan mengikut keutamaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)