Kita menjadi kuat atau lemah dalam erti yang luas, bergantung pada kualiti dan kuantiti karakter, keperibadian, pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi dari orang lain. Kita menjadi kuat kerana luasnya hubungan sosial kita. Kita tetap lemah kalau kita memutuskan tali hubungan kita dengan orang lain.
Satu jenis sayuran tidak akan memenuhi keperluan makan minum kita sehari-hari. Tubuh memerlukan bermacam-macam vitamin dan galian setiap hari, kalau kita mahu tubuh kita tetap sihat. Fikiran kita juga bekerja dengan cara seperti itu. Fikiran kita memerlukan sejumlah makanan mental, supaya boleh melayani kita secara lengkap dan berkesan. Keperluan ini paling baik dipenuhi melalui hubungan sosial dengan berbagai jenis orang.
Hidup menjadi suatu perjalanan yang berterusan untuk menemui sesuatu, bila kita boleh bergaul dengan orang lain, jika kita boleh berdialog dengan pelbagai orang dari segala tingkat kemanusiaan. Setiap orang yang berhubungan dengan kita, mempunyai pesanan penting bagi kita, kalau kita mahu mendengarkannya, menyerapnya dan menerapkannya dalam proses perkembangan kita.
Ramai orang merasa rendah diri bila berhadapan dengan orang yang hebat. Orang hebat yang dimaksudkan bukanlah orang yang mempunyai banyak wang, tetapi orang yang telah memiliki sejumlah besar pengetahuan praktikal, kebijaksanaan dan pengalaman yang sangat membantu kita. Sungguh baik untuk menyedari bahawa pengalaman boleh dipindahkan. Melalui pergaulan dengan orang hebat, kita selalu boleh membawa pulang pengetahuan tentang nilai-nilai praktikal.
Tanpa mmepedulikan pada kedudukan kewangan orang, kita seharusnya bergaul bebas dengan semua orang yang terus bergerak maju, orang yang fikirannya positif, orang yang mencari bidang lebih luas dan ingin mengambil keberkatan hidup yang sejati. Kalau hati mereka murni dan karakter mereka kuat, maka hubungan sosial dengan orang-orang seperti ini jauh lebih berharga bagi kita daripada sekadar kesempatan mendapatkan wang.
No comments:
Post a Comment