Tuesday, June 16, 2009

MANUSIA DAN KELALAIAN

Setiap tahun kelalaian manusia menelan banyak korban nyawa manusia dan barangan bernilai jutaan ringgit. Kita cenderung untuk berhati-hati dalam mengurus hal-hal yang besar, namun tidak terfikir panjang dalam hal-hal kecil yang akhirnya mengakibatkan hilangnya banyak nyawa dan harta benda.
Pertimbangan baik dikorbankan ketika orang tua yang lalai meninggalkan ubat-ubat dan barang beracun di tempat yang mudah dijangkau oleh anak kecil, ketika kita tergesa-gesa dan meninggalkan pekerjaan tidak selesai sepenuhnya, ketika kita menaiki kereta dengan mata meliarke sana ke mari sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Puntung rokok yang masih menyala dan dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran besar dan menghabiskan sebuah hutan. Sikap lalai di jalanraya telah terbukti memakan lebih banyak korban nyawa manusia dibandingkan dengan peperangan.
Kejahatan dalam bentuk kelalaian seringkali lebih merugikan berbanding dengan kejahatan yang dilakukan oleh para penjahat, yang harus menanggung risiko diasingkan dari masyarakat dan dipenjarakan. Tidak dapat dielakkan tentang banyaknya kejahatan dalam bentuk kelalaian ini seperti kejahatan dalam menyalahgunakan jawatan.
Peralatan mental kita sepatutnya kita gunakan sesuai dengan maksud mencatur umat manusia, iaitu untuk berfikir secara tepat. Dengan melakukan pemikiran yang cermat, tindakan yang di ambil juga tepat serta meninggalkan kabiasaan kelalaian. Dengan berfikir cermat, orang akan berhati-hati dan mengerahkan segala keterampilan dalam menyelesaikan pekerjaan dan tugas. Kearifan yang dimiliki oleh semua orang bukan sekadar mengurangi hilangnya nyawa dan barang secara tidak perlu, tidak membahayakan diri sendiri serta menghilangkan rasa takut dan khuatir yang btidak perlu, tetapi kearifan juga akan membuat menusia lebih lancar dalam menempoh perjalanannya menjadi manusiawi.

No comments: