Wednesday, June 10, 2009

APAKAH KAITAN MEREKA DENGAN SISTER IN ISLAM?

DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS). "Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.
Apakah kaitannya usul yang dibawa oleh muktamar PAS itu dengan DAP? Sebagai seorang setiausaha DAP yang juga ahli parlimen Seputeh sepatutnya fikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Cukup dengan isu yang telah anda buat dan jangan campuri usul dari PAS kerana usul tersebut tidak ada kena mengena dengan agama lain selain Islam. Orang Islam nak tegur dan nasihat orang Islam lain tak boleh ke? Adakah untuk memelihara hak asasi manusia kita kena abaikan perintah agama?
PKR menggesa PAS supaya menimbang semula usul yang diluluskan oleh muktamar parti itu semalam mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS). Sehubungan itu, Mustaffa mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik. Sebaliknya, kata Mustaffa cara yang betul ialah menyelesaikannya dengan berdebat secara matang dan bertamadun, dan bukannya menggesa pengharaman atau mengukum ahli-ahli persatuan terbabit.
Kalau setiausaha dan ahli parlimen Seputeh dari DAP yang dah tentu bukan Islam boleh kita kata dia tak faham tentang ajaran Islam tapi adakah naib presiden PKR ini juga tak faham tentang Islam? Pada saya mustahil sebab dari namanya kita mengenali dirinya Islam. Inilah yang paling menyedihkan apabila orang yang mengaku Islam sendiri mempertikaikan usul yang dibawa oleh orang Islam juga. Kalau usul tersebut bercanggah dengan ajaran Islam memang wajib kita tentang atau halang. Apakah anda meletakkan kebebasan bersuara dan berpesatuan itu lebih tinggi dari ajaran Islam?
Mantan perdana menteri berkata gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters in Islam (SIS) diharamkan, membayangkan bentuk kerajaan yang bakal dibentuk PAS di Malaysia.
"Kita boleh membayangkan bagaimanakah nanti bentuk kerajaan PAS di Malaysia," tulis Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini. Menurutnya, beliau kecewa dengan gesaan PAS supaya NGO wanita berpengaruh itu diharamkan. Usul itu juga mendesak kerajaan menjalankan program pemulihan ke atas ahli-ahli SIS jika didapati sah melencong daripada agama.
Mengapakah kita sewajarnya mengejar pengaruh sehingga meletakkan agama kita dibawah punggung? Memang benar SIS adalah NGO yang berpengaruh yang terdiri dari ramai wanita yang beragama Islam. Kumpulan ini sanggup atau berani engkar dengan perintah dalam Islam walaupun pun nama kumpulannya terselit perkataan Islam. Inilah yang dipertikaikan sehingga membawa usul oleh PAS kerana NGO ini mengaku Islam tetapi menidakkan hukum-hukum Islam. Apakah salah usul yang dibawa oleh PAS sehingga mantan perdana menteri pun ingin bersuara menentangnya?
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga tidak bersetuju SIS diharamkan, tetapi sebaliknya mencadangkan "Islam" dibuang pada nama badan tersebut. Menurutnya, masalah NGO itu ialah adanya nama Islam yang menimbulkan pelbagai tafsiran. Beliau berkata, ada di kalangan pemimpin Islam khuatir nama tersebut dianggap sebagai satu punca yang berautoriti untuk bercakap mengenai agama Islam. "Jalan terbaik ialah dengan menukar nama Sisters in Islam kepada nama lain yang tidak menggunakan nama Islam secara langsung," tulis Dr Mohamad Khir dalam blognya.
Mantan menteri besar Selangor ini turut memberi komen dalam blognyer dan komennya dodapati agak bernas. Ianya nampak selari dengan apa yang diusulkan oleh PAS dalam muktamarnya. Kita tak mahu bila mengaku Islam tetapi masih tidak menutup aurat dan masih mempertikaikan hukum-hukum dalam Islam. Usul yang dibawa oleh PAS adalah untuk menyelamatkan umat Islam itu sendiri. Apakah kita mahu membiarkan mereka yang segama dengan kita terus tergelincir aqidahnya?
Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia. "Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan. "Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis."
Penerangan dari ketua pemuda PAS diharap dapat meredakan suasana. Kepada yang bukan beragama Islam dalamilah Islam sebelum anda ingin mempertikaikan tentang Islam. Lagi pun apa diusulkan oleh PAS langsung tiada kaitan dengan agama lain selain Islam. Orang yang mengaku Islam pula janganlah mengeluarkan kenyataan yang membolehkan orang lain menilaikan diri kita. Janganlah keluarkan kenyataan yang membodohkan diri sendiri.
Kepada orang Sungai Siput (U), anda semua tentu masih ingat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang mantan menteri yang juga mantan ahli parlimen Sungai Siput (U).
"Adakah Quran itu boleh membuat jalan raya?"
maka bertepuk tanganlah dengan gemuruhnya hadirin dalam dewan tersebut yang dipenuhi 100% oleh orang Melayu yang mengaku Islam menandakan setuju apa yang mantan menteri tersebut katakan.................

2 comments:

skylark said...

kisah politik negara, susah nak faham....

Anonymous said...

BODOH AR PERTUBUHAN NIE...DA TERANG2 BUAT OWG ISLAM TERPESONG