Jalan raya di Malaysia ni merupakan antara jalan raya yang terbaik di dunia. Namun begitu tidak banyak "terowong" yang dibina bagi mendekatkan perhubungan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Kalu ada pun cuma "terowong menora" iaitu dua buah terowong yang menghubungkan utara selatan (PLUS).
Di Kuala Lumpur umpamanya memang banyak terowong yang sepatutnya dibina khusus untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya. Terowong tersebut tidaklah sepanjang terowong menora dan ianya boleh dipanggil jalan bawah tanah. Jalan kereta api pun hanya ada satu terowong iaitu di Bukit Berapit berhanpiran dengan Padang Rengas.
Ini berbeza dengan negara-negara maju yang lain. Jalan raya dan kereta api lebih banyak menggunakan terowong. Di Mekah dan Madinah umpamanya, di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kurang kereta kerana banyak laluan bawah tanah yang dikatakan terowong. Begitu juga dengan tempat letak kereta.
Lihat gambar di atas, maka di sini jelas kepada kita betapa kreatifnya arkited yang membuat terowong tersebut. Perjalanan akan menjadi lebih ceria apabila pintu masuk terowong dihiasi dengan gambar-gambar yang menarik.
2 comments:
tapi gambar ini menakutkan! apabila wanita bermulut besar sehingga boleh menelan taukeh lu, apa akan jadi jawapannya?
bila itu amoi telan lu kesian sama wa kerana kawan wa sudah hilang maaaaaa
Post a Comment