Tidak ada kehidupan yang tidak boleh diperkaya dengan "membantu diri". Tidak ada kehidupan yang tidak boleh dibuat menjadi lebih produktif dengan "membantu diri". Tidak ada kehidupan yang tidak boleh dibuat berjaya melalui "membantu diri. Kata JIKA dengan huruf besar inilah yang menjatuhkan manusia dan membuat mereka menjadi hamba, bukan penguasa.
Kebanyakan orang percaya bahawa kejayaan dalam hidup mereka bergantung pada kerja keras, keuntungan, nasib, keadaan yang mendukung, kekayaan yang tidak mereka miliki, bantuan dari luar, perhubungan atau pengorbanan-pengorbanan yang tidak dapat dijalani. Mereka tidak tahu tentang kebenaran, sebab sebenarnya kejayaan mereka tidak bergantung pada keadaan atau kedudukan itu semua.
Untuk mendapatkan kejayaan, kita harus menyediakan kejayaan itu. Pertama harus ada kehendak untuk berjaya, kemudian kita harus melakukan hal-hal yang diperlukan untuk membantu diri kita mencapainya dan menghindarkan hal-hal yang akan menghalang kemajuan kita. Ini pemikiran tepat dan logik.
Kejayaan tidak akan datang dengan menghabiskan gaji untuk bersenang-senang, berpesta, makan berlebihan, minum berlebihan atau hiburan. Kejayaan lahir dari hasil pertolongan diri sendiri untuk mengembangkan akal dan tubuh. Jika kita menghendaki kejayaan, kita harus mempersiapkan diri untuk menerimanya. Persiapan ini secara logik terdiri dari peningkatan diri dengan pengetahuan tentang membantu diri sendiri yang harus kita terapkan.
Kita tidak boleh membuang waktu dan wang, sebaliknya kita harus belajar menggunakannya untuk hal-hal yang bermanfaat. Waktu luang kita sepatutnya digunakan untuk memperolehi pengetahuan praktikal, sebab pengetahuan praktikal ini merupakan suatu kekuatan bila diterapkan secara tepat. Tabunglah sebahagian dari penghasilan anda kerana semakin banyak yang anda tabung semakin dekat kemungkinan menjadi kaya. Hidup anda boleh diperkayakan dengan usaha cerdas dan sentiasa meningkatkan nilai-nilai anda sendiri
No comments:
Post a Comment