Jeritan kepuasan dari seseorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Begitulah semangat yang ada pada seseorang pemain sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam bidang sukan yang diceburinya. Roger Federer (Switzerland) adalah mantan pemain nombor satu dunia dalam permainan tenis. Kini beliau merupakan pemain nombor dua dunia selepas takhta yang dimiliki nya itu dirampas oleh Fafael Nadal (Sepanyol).
Semangat juang Roger Federer dalam permainan tenis wajar dicontohi oleh sesiapa saja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Dalam Pusingan Keempat Terbuka Peranchis Roger Federer telah menewaskan Tommy Haas (Germany) 6-7, 5-7, 6-4, 6-0, 6-2. Walaupun pun telah ketinggalan dua set Roger Federer yang mempunyai semangat tidak mudah mengaku kalah dan akhirnya memenangi ketiga-tiga set terakhir permainan itu.
Kedudukan seperti ini bukanlah kali pertama bagi Roger Federer, tetapi dalam tahun ini (2009) di Terbuka Australia, juga dalam Pusingan Keempat, beliau telah mengalahkan Thomas Berdych (Republik Czech) setelah ketinggalan dua set. Roger Federer menang 4-6, 6-7, 6-4, 6-4, 6-2 dan menjadi naib juara setelah kalah kepada Rafael Nadal dalam perlawanan akhir 5-7, 6-3, 6-7, 6-3, 2-6.
Tahniah buat Roger Federer dan teruskan perjuangan agar dapat menjadi juara Terbuka Peranchis pada tahun ini. Usia bukan faktor penghalang untuk kejayaan tetapi semangat juang yang tinggi serta kawalan emosi juga faktor untuk kejayaan.
No comments:
Post a Comment