Sunday, June 28, 2009

PERUNDANGAN SEKOLAH - IABU095H02 - INSTITUT AMINUDDIN BAKI UTARA

RASIONAL
Pengetahuan tentang aspek perundangan merupakan perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh Guru Besar dalam melaksanakan tugas di sekolah. Media massa sering melaporkan tentang tindakan Guru Besar dan guru di negara ini didakwa oleh ibu bapa murid kerana tindakan mereka tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Keadaan ini sudah tentunya menyusahkan mereka dan boleh menjejaskan integriti profesion pendidikan di negara ini. Kursus ini memberi kefahaman yang mendalam tentang aspek mereka perundangan kepada Guru Besar agar mereka dapat menjalankan tugas dan memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang.
OBJEKTIF
Pada akhir kursus, peserta dapat:-
1. memahami peranan Guru Besar daripada segi perundangan dan tanggungjawab dalam melaksanakan tadbir urus yang baik
2. melengkapkan diri dengan pengetahuan undang-undang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah berpandukan perkara utama dalam Akta Pendidikan 1996.
3. menjelaskan tentang peranan guru daripada perspektif perundangan dan implikasinya terhadap peranan mereka sebagai in-loco parentis
4. menangani isu yang berkaitan dengan perundangan sekolah.
KANDUNGAN KURSUS
1. Pengenalan
2. Tanggungjawab dalam perspektif perundangan:-
- Guru Besar
- Murid
- Guru dan Staf Sokongan
3. Akta Pendidikan 1996 dan Pengurusan Sekolah
4. Kecuaian dalam pengurusan sekolah
5. Tatatertib penjawat awam
6. Pengurusan disiplin dan perundangan
7. Isu-isu perundangan pendidikan

No comments: