Seorang ibu yang sedang mengamati anak-anaknya bermain berkata, "Kalau saya memiliki tenaga mereka." Ketika si ayah pulang, ia sempat menyatakan, "Kalau saya boleh memasukkan tenaga mereka ke dalam botol dan menjualnya, maka saya akan mendapat sejuta ringgit."
Kekuatan adalah tenaga yang diarahkan secara tepat. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang dewasa adalah sedikitnya atau tidak adanya tenaga yang tersisa untuk diarahkan. Penambahan tenaga setiap hari tidak digunakan dengan baik, disia-siakan atau dikerahkan habis untuk suatu hal. Kita mengutip hasil yang kita taburkan. Jika kita terus mensia-siakan persediaan tenaga kita, kita tidak mengembangkan kekuatan dari tangki bahan bakar yang kosong.
Seorang lelaki yang sudah berusia 90 tahun masih boleh berjalan-jalan di kota dengan semangat seperti anak sekolah menengah. Pada usia 90 tahun, seseorang pemburu tidak melepaskan kesempatan untuk berburu di hutan kecil. Orang-orang ini tahu bahawa kejayaan dan kegagalan hidup seringkali bergantung pada pasukan yang berterusan dan simpanan tenaga dan mereka menjaga pasukan tenaga yang berlimpahan.
Pada saat anak-anak memasuki sekolah menengah atau pengajian tinggi, mereka mula menghamburkan tenaganya dengan pelbagai kegiatan. Tidur yang tidak teratur menghilangkan kesempatan alam untuk mengadakan perubahan dan dan pembangunan. Apabila orang muda mulai mendapat semakin tangungjawab sendiri, semakin banyak pula simpanan tenaga yang dibuangkan dengan makan secara tidak teratur, minum-minum, merokok dan menghadiri pesta. Rasa takut, khuatir, cemas dan kekecewaan mengisi tempat kosong yang telah ditinggalkan oleh tenaga yang dihamburkan itu.
Dalam kancah kehidupan, kita sepatutnya menjaga simpanan tenaga disamping mencari perolehan kebendaan, sebab nilai tenaga itu tidak terhingga.
No comments:
Post a Comment