Wednesday, June 3, 2009

BIARKANLAH AKU SENDIRI

pergilah
pergilah kasihku yang tercinta
jangan kau lukai lagi hati ini
biarkanlah aku sendiri
dalam detik-detik diriku
yang mengakhiri sisa-sisa hidup
dan
usah kau rayu lagi
sayangku
tinggalkanlah sahaja diri ini
yang telah jauh hati
akan aku bawa pergi
jangan lagi engkau pinta
hatiku dan cintaku
kerana hatiku dan cintaku
telah tiada lagi
meskipun ianya pernah engkau usapi
dan hanya satu yang aku pinta
biarkanlah aku sendiri.

anis.am.
sungai siput perak

No comments: