"Saya sesungguhnya berbangga kerana pada hari yang penting dalam sejarah Tanah Melayu ini, saya ditugaskan mengisytiharkan secara rasmi kemerdekaan negara ini. Sememangnya kemerdekaan itu boleh diibaratkan sebagai batu tanda dijalan, tetapi janganlah fikir bahawa kita sudah sampai di penghujung jalan. Kita sebenarnya kini berada di ambang kejayaan dan seharusnya gigih bagi membina sebuah negara baru dan berdaulat".Rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra, disambut oleh rakyat di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka sekembali dari London pada 20 Februari 1956.
Tunku Abdul Rahman Putra sedang menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan pada tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Sultan Selangor, Kuala Lumpur.
Tunku Abdul Rahman Putra mengumumkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Yang Di-Pertuan Agong, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, YMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad menandatangani perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Perjanjian Merdeka ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman Putra sebagai wakil Persekutuan Tanah Melayu dengan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British di London pada 8 Februari 1956.
No comments:
Post a Comment