Wednesday, June 10, 2009

MENGENALI, MENGHORMATI DAN MENGENDALI DIRI

Kalau manusia mengetahui tentang daya yang tinggal dalam dirinya, maka jelaslah perbezaan antara kejayaan dan kegagalan dalam hidup. Kebanyakan manusia gagal dalam mencapai kejayaan, sebab merekla tetap tidak tahu tentang kekuatan luarbiasa yang terkunci dalam dirinya.
Sumber dari segala daya ada di dalam diri kita semua. Sejak zaman dahulu kala, orang yang benar-benar hebat, orang yang berbuat demi kemajuan, adalah orang yang belajar untuk mencari sumber yang ada dalam dirinya, membangkitkan daya ini.
Apabila kita menajdi harmoni dengan sumber segala kekuatan yang ada dalam diri kita itu, kita akan menyedari bahawa kita boleh mengangkat kebanyakan umat manusia, malah walaupun seluruh dunia menentang kita. Tidak ada yang rumit, teknikal atau misteri tentang pemahaman sederhana ini. Lincoln yang ortodidak itu menjadi suatu kekuatan di dunia juga kerana kesedaran tentang sederhana itu.
Apabila kita belajar untuk menanti kedatangan hal-hal besar bagi diri kita dan bersedia untuk menerima hal-hal baik, maka semua itu bukan saja mungkin melainkan pasti menjadi milik kita. Sebenarnya tersimpan bakat luarbiasa dalam diri kita tetapi kita ini seperti raksasa tertidur. Kalau kita tidak akan membangkitkan fakta ini dan menggunakan daya yang hebat ini, kita akan terus tidur, tidur, tidur.

No comments: