Friday, July 31, 2009

LETIH BEBENO BULAN NIH?????

11 Julai 2009 (Sabtu)
a) Program UPSR Skate 2009 di KEMAS Sungai Siput
b) Program UPSR G1 Dun Lintang di Kolej Komuniti Sungai Siput
12 Julai 2009 (Ahad)
Program UPSR Skate 2009 di KEMAS Sungai Siput
b) Program UPSR G1 Dun Lintang di Kolej Komuniti Sungai Siput
13 Julai 2009 (Isnin)
a) Pejabat
b) Slot Undang-Undang Pendidikan
14 Julai 2009 (Selasa)
a) Pejabat
b) Slot Undang-Undang Pendidikan
15 Julai 2009 (Rabu)
a) Mesyuarat Tuisyen Gemilang Yayasan Perak di PPD Kuala Kangsar
b) Mesyuarat Bantuan Murid di Yayasan Perak Ipoh
c) Ceramah Kecergasan Daerah Kuala Kangsar di PPD Kuala Kangsar
16 Julai 2009 (Khamis)
a) Pejabat
b) Mesyuarat
17 Julai 2009 (Jumaat)
a) Pejabat
18 Julai 2009 (Sabtu)
a) Program UPSR G2 Dun Lintang di Kolej Komuniti Sungai Siput
19 Julai 2009 (Ahad)
a) Program UPSR G2 Dun Lintang di Kolej Komuniti Sungai Siput
20 Julai 2009 (Isnin)
a) Pejabat
21 Julai 2009 (Selasa)
a) Pejabat
22 Julai 2009 (Rabu)
(a) Pejabat
23 Julai 2009 (Khamis)
(a) Pejabat
24 Julai 2009 (Jumaat)
(a) Pejabat
25 Julai 2009 (Sabtu)
a) Program UPSR G3 Dun Lintang di Kolej Komuniti Sungai Siput
b) Mencari bahan-bahan rujukan Undang-Undang Pendidikan di Ipoh
26 Julai 2009 (Ahad)
a) Program UPSR G3 Dun Lintang di Kolej Kumuniti Sungai Siput
b) Mesyuarat Persatuan Khairat Kematian
27 Julai 2009 (Isnin) hingga 29 Julai 2009 (Rabu)
Taklimat Pengurusan dan Peperiksaan Awam Prigram Integrasi Pendidikan Khas 2009 di Copthorne Orchid Hotel Pulau Pinang
30 Julai 2009 (Khamis)
a) Taklimat Kemasukan Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh di SMK Clifford Kuala Kangsar
31 Julai 2009 (Jumaat)
a) Pejabat

BILA TEMAN REHAT? WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Thursday, July 30, 2009

YANG MANA SATU PILIHAN KALBU

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Iniler istimewenyer mengkome oghang MELAYU kat MELESIA nih yang ade ISA yang boleh mempertahankan HAK-HAK KEISTEMEWAAN OGHANG MELAYU. Teman pun ade jugak ISA tapi ade kat pangkenyer Mat ke, Mad ke, Mohammad ke atau aper-aper ke. Jadile name deme Mat ISA, Mad Isa dan Muhammad ISA. Deme nih teman pangge ISE ajer. Jarang bebeno nak pangge ISA. Ntah aper yer? Tahanan ISA tuh memang pun rama oghang MELAYU. Ituler ISTIMEWAnyer yang mengkome nak pertahankan, yerk?

INTERGRASI PENDIDIKAN KHAS : JENIS-JENIS KURANG UPAYA

Kurang Upaya Pendengaran
1. Mild
- Pendengaran adalah di antara 27 hingga 40 dB,
- Menghadapi masalah untuk mendengar bunyi yang perlahan atau jauh.
2. Moderate
- Pendengaran adalah di antara 41 hingga 70 dB,
- Hanya mampu mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya, - Seseorang yang ingin berkomunikasi perlu bercakap kuat,
- Pertuturan kanak-kanak ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengaran yang terhad.
3. Severe
- Pendengaran adalah di antara 71 hingga 90 dB,
- Hanya mampu mendengar pada jarak antara sifar hingga 30.5 cm daripadanya,
- Menghadapi masalah dalam pertuturan,
- Bagi kanak-kanak yang pendengarannya lebih daripada 90 dB, kanak-kanak ini susah untuk mendengar, walaupun bunyi itu kuat.
Kurang Upaya Penglihatan ( Dari Sudut Pendidikan )
1. Low Vision
- Cacat separuh atau kurang nampak,
- Penglihatan adalah bernisbah kepada 6/20 kaki daripada murid normal,
- Tidak dapat dibantu dengan cermin mata,
- Dapat dibantu dengan alat bantuan optikal yang lain seperti kanta pembesar atau cetakan besar.
2 Blind
- Tahap penglihatan adalah sifar ( tidak nampak ),
- Dapat dibantu dengan pengunaan Bermasalah Pembelajaran Braille.
1. Downs Syndrome
- Terjadi kerana kelebihan kromosom 21,
- Lemah dalam pengawalan otot-otot,
- Menghadapi masalah pernafasan,
- 1 daripada 4 kes menghadapi serangan sakit jantung,
- Mempunyai sifat-sifat penyayang, suka berkawan dan ceria.
2. Autisme
- Menghadapi masalah menyesuaikan diri dan keadaan,
- Perkembangan bahasa yang terhad,
- Pergaulan sosial yang terhad,
- Tidak suka berinteraksi.
3. Dyslexia
- Menghadapi masalah membaca,
- Kekeliruan di antara konsep kiri dan kanan,
- Tidak dapat mengenal / membeza turutan abjad dan nombor,
- Tulisan yang sangat buruk.
4. Hyperactive
- Menghadapi masalah tingkahlaku yang ketara,
- Mempunyai kadar penumpuan yang terhad,
- Masalah anti sosial,
- Mempunyai sifat-sifat yang degil dan kasar,
- Tidak tahu berdiam diri dan tidak tahu letih.
5. Cleft Lip and Palate
- Menghadapi masalah pertuturan,
- Pertuturan yang tidak jelas dan sengau,
- Malu untuk bercakap.
6. Cerebral Palsy ( Spastic )
- Menghadapi masalah pengawalan otot-otot,
- Otot-otot menjadi kaku dan tidak berupaya untuk bergerak,
- Keseimbangan pergerakan anggota-anggota badan yang terhad.
7. Mental Retardation
- Kecacatan / kerosakan otak,
- IQ hanya 70 ke bawah,
- Tahap kecacatan bergantung kepada tahap kerosakan otak.
8. Epilepsy + ( Mental Retardation )
- Menghadapi masalah serangan sawan,
- Selalu mengantuk kerana ubat,
- Serangan sawan yang tidak menentu.
9. Russel’s Syndrome
- Penyakit cepat tua,
- Usia hayat tidak seiring dengan keadaan sebenar.

INTERGRASI PENDIDIKAN KHAS

Apa Dia Pendidikan Khas?
“Mereka yang mana keperluan pendidikannya adalah begitu berbeza dengan kanak-kanak biasa sehinggakan tidak mungkin mereka dapat dididik dengan berkesan tanpa mengadakan/menyediakan kemudahan program perkhidmatan, pelbagai kemudahan dan bahan-bahan yang khusus untuk mereka ”.
Gearheart, 1972
“Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa“.
Chua Tee Tee, 1981
“Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
“Pengajaran yang bercorak individu direka untuk untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.”
Calatta, R.A. & Tompkins J.R. “Fundamentals of Special Education”, 1999
Perakuan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) Perakuan 169
“Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat. Adalah diperakukan kerajaan mengambilalih tanggungjawab pendidikan khas dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah diteruskan”.
Piagam Pelanggan Kementerian Pendidikan 3 Januari 1994
Matlamat Pertama : “ Pendemokrasian Pendidikan “
Matlamat Kedua : “ Pendidikan Berkeperluan Khas “
Fundamental Shifts Kementerian Pendidikan Malaysia
F6 : Peningkatan Pendidikan Khas
SKU Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan Inklusif
Akta Pendidikan 1996 – Bab 8 Pendidikan Khas per. 40Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat.
Selaras dengan Deklarasi Bangsa-bangsa Bersatu – Hak Asasi 1948 dan Ikrar Msyarakat Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua (Education For All) 1990 yang menegaskan Pendidikan Tanpa Mengira Perbezaan Pada Diri Individu.
Akta Pendidikan 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :
BAHAGIAN I
PERMULAAN

1. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain -
“murid-murid dengan keperluan khas “ ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran;
“Program Pendidikan Khas” ertinya :–
Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran;
Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan
Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
BAHAGIAN II
PENDIDIKAN KHAS
3. (1) Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut :
(a) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.
(b) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa, dan
(2) Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.
Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.
4. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah- suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Wednesday, July 29, 2009

DALAM MAAF ADA KUTUK ADA MENGATA

PERMOHONAN MAAF
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009. YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu. Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
amalhaj - bebeno ke mengkome kate "kesilapan yang tidak disengajakan?" atau pun mengkome ni buat kesilapan yang disengajakan?

Utusan tarik balik berita Nik Aziz
Jul 29, 09 3:48pm
Utusan Malaysia memohon maaf kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung beritanya bulan lalu yang menyebut menteri besar Kelantan menegaskan "nasihatnya mesti didengar" pemimpin atasan PAS.
amalhaj - boleh tarik-tarik macam tarik tali tu ke?
Jangan layan Nik Aziz
Oleh HERMAN HAMIDherman@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Julai - ''Lupakan saja Nik Aziz, perpaduan dalam Pas pun dia tak boleh nak selesai inikan pula nak tengok dia jayakan agenda perpaduan ummah.''
amalhaj - bo layan ke isk...isk...isk.... ntah le mengkopme nih.
Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar
KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.
amalhaj - teman nak tahu jugak yang mane satu pejuang Islam yang sebenonyer.
Tak perlu lagi respons kepada Nik Aziz - TPM
KAMPALA 28 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak lagi perlu memberi respons kepada kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung parti itu dan UMNO kerana rekod pendirian Menteri Besar Kelantan itu yang sering berubah-ubah.
amalhaj - ini lagi kes bo layan tuh, isk.... isk.... isk.... cian Nik Aziz deme tak nak layan.
UMNO elak 'terhegeh-hegeh'
Oleh ZULKIFLEE BAKARzulkifli.bakar@utusan.com.my
SELAMA ini apabila Pas bercakap ingin mengadakan rundingan dengan UMNO berhubung perpaduan orang Melayu, UMNO sentiasa bersikap terbuka. Pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa menyambutnya dengan ikhlas kerana yakin dalam apa keadaan sekalipun, termasuklah berbeza fahaman politik, penyatuan di kalangan orang Melayu harus diusahakan.
amalhaj - ape yang mengkome kate "terhegeh-hegeh" tuh? Oghang yang jalan terhegeh-hegeh biasenye deme paka tongkat.

SYAITAN MEMBANTU KE MASJID

Seorang pemuda telah bangun pagi-pagi buta untuk bersolat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut telah terjatuh dan pakaiannya menjadi kotor. Dia banngun, membersihkan bajunya dan segera pulang kembali ke rumah.
Di rumah, dia berganti baju, berwudhu dan kembali berjalan menuju masjid. Dalam perjalanan kembali ke masjid itu, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Namun begitu dia sekali lagi bangun membersihkan dirinya dan kembali ke rumahnya semula.
Di rumahnya, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid , dia telah bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia bertanyakan identiti lelaki tersebut dan menjawab, "saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju masjid, Oleh itu, saya bawakan lampu ini untuk menerangi jalan anda ke masjid".
Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua pun terus berjalan menuju ke masjid. Apabila sampai di masjid, pemuda tersebut mempelawa lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan bersolat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak walaupun pemuda tersebut mengajaknya berkali-kali. Jawapannya adalah sama.
Pemuda tersebut bertanya, "kenapa menolak untuk masuk dan solat?". Lelaki itu pun menjawab, "aku adalah IBLIS (setan)." Pemuda tersebut terkejut dengan jawapan yang lelaki itu berikan. Lelaki itu (setan) kemudian menjelaskan, "saya melihat kamu berjalan ke masjid dan sayalah yang membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah telah memaafkan semua dosa-dosa kamu. Saya membuat kamu jatuh kedua kalinya dan itupun tidak membuat kamu merubah fikiran untuk tinggal di rumah. Kamu tetap memutuskan kembali masjid. Oleh itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluarga kamu.
Saya kuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desa kamu. Oleh itu, saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat.
Moral:-
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Tuesday, July 28, 2009

APE YANG MENGKOME NAMPAK?

Monday, July 27, 2009

COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG

TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PEPERIKSAAN AWAM PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS 2009
Tarikh - 27 Julai 2009 hingga 29 Julai 2009
Tempat - Copthorne Orchid Hotel, Pulau Pinang


















ADE BERANI???

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

KAU DI HATIKU

kau bagaikan bintang
mengerdip dan bercahaya
bagaikan sekuntum bunga yang mewangi
mengharumi seluruh persekitaran
renungan matamu yang redup
menikam dan mencengkam
jauh ke dalam hatiku
senyuman manjamu yang menggoda
memikat diriku dan jatuh kepnagkuanmu
sopanmu yang dalam ketimuran
mesramu yang membuaikan lagu-lagu indah
bagaikan sebuah mutiara
dan namamu terpahat dalam hatiku
bicaramu yang penuh manja
penuh erti dan penuh makna
terpancar di hatiku
suatu rasa cinta di hatiku
dan suatu pengharapan dariku
agar kau juga menyintai diriku

anis.am.
teluk intan

SUARA HATI SEORANG GURU

26 Julai 2009
ADAKAH GURU BIASA SELAMAT?
.fullpost{display:inline;}
Email Oleh:- Naninu Sakun
Adakah guru yang tiada berjawatan ataupun senang dipanggil guru biasa akan selamat ketika menjalankan tugas? Fenomena inilah yang selalu bermain di jiwa seorang guru. Rutin guru yang sudah berkeluarga, pagi bangun seawal jam 5 pagi menguruskan diri dan keluarga serta tanggungjawab sebagai seorang Islam melakukan solat subuh. Sesudah itu bersiap menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke sekolah untuk bertugas.
Di sekolah mulalah sibuk mengajar hingga jam 2 petang termasuk kelas tambahan. Kadang-kadang berlanjutan ke jam 3 petang kerana mesyuarat. Anak-anak guru di sekolah? Adakah guru biasa selamat? Itu baru sikit pengorbanan seorang guru biasa yang terpaksa berkorban demi untuk mendidik anak-anak 1Malaysia menjadi orang berguna. Persoalannya jika berlanjutan ke 5 petang kerja di sekolah, anak-anak guru macamana? Rasanya guru terpaksa berkorban walau anak-anak dia belum tentu selamat.
Perkara ini bukan jadi omongan kosong tapi saya membawanya untuk kita memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang guru biasa. Sekarang hari cuti seperti Sabtu, jiwa seorang guru jadi terganggu. Kenapa? LADAP yang terpaksa di hadapi selama 7 hari. Mungkin yang bukan guru berkata 7 hari dalam setahun bukannya susah, tapi bila tolak campur dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang mula melampau seperti motivasilah, khemah ibadat, rakan muda, program rakan sebaya, rombongan sekolah, hari anugerahlah dan bermacam-macam lagi. Adakah guru biasa selamat?
Justeru tidak hairanlah mengikut kajian yang dibuat baru-baru ini banyak guru yang menjadi gila atau mengalami simpton kemurungan. Yang hairannya kerani-kerani sekolah, pembantu tadbir kerja hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad bolehlah dengan keluarga mereka tapi guru? Dahlah bebanan buku stok juga dibebankan kepada guru. Adakah guru biasa selamat?
Ibu Bapa pelajar senantiasa perhati sahaja tindakan guru-guru. Jumpa sahaja kesalahan walaupun sikit melenting hingga ke pejabat pelajaran. Pegawai-pegawai PPD pun turunlah menyiasat dan kadang-kadang menghukum tanpa usul periksa. Pernah 1 kes yang saya jumpa, seorang guru tidak mahu bawa pelajar-pelajar ke majlis sukan sekolah lain kerana ibu bapa pelajar masih tidak beri surat keizinan. Guru Besar melenting sebab guru tersebut engkar. Bila diteliti memang patut guru tersebut tidak berbuat demikian kerana kalau terjadi sesuatu yang buruk, pasti Guru Besar akan lepas tangan punya. PPD apatah lagi. Tahu apa jadi pada guru tersebut? Beliau dipindahkan jauh ke pedalaman atas alasan guru besar kepada ppd bahawa guru tersebut tidak memberi kerjasama dan engkar perintah. Yang PPD pun tak menyiasat terus jalankan hukuman. Adakah guru biasa selamat?
Tapi kalau guru besar yang kena tangkap khalwat, apa PPD buat, TUTUP KES..........Bukan cerita tipu 1Taiping dah tahu. Kisah seterusnya berlaku pada isteri saya pula. Cuba 1Malaysia bayangkan, seorang pengetua buat mesyuarat di bulan puasa bermula jam 2.30 petang habis jam 6 petang. Patutkah perkara ini? Pengetua memanglah ada kuasa, tapi dia tidak sedarkah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Alasannya keluarga nombor 2. Memanglah boleh dia kata begitu sebab kahwinpun tidak umur dah 50 lebih. Adakah guru biasa selamat?
Itu tragedi pertama yang berlaku kepada isteri saya, tragedi yang kedua lagi teruk. Isteri saya sudah banyak kali keguguran. Memang susah untuk lekat sebab menurut doktor rahim kurang kuat. Berusahalah saya dan isteri mendapat rawatan di hospital swasta. Alhamdulillah isteri saya mengandung, dan saya menjaga isteri saya sebaik mungkin takut keguguran lagi dan bila kandungan mencecah 4 bulan ada 1 peristiwa sedih berlaku lagi. Sepatutnya isteri saya mendapat rawatan di hospital kerajaan sebelah petang kerana pagi sekolah, namun pada hari berkenaan ada mesyuarat dibuat oleh pengetua tersebut lagi. Isteri saya telah berjumpa dengan pengetua tersebut memohon keizinan untuk pelepasan. Tahu apa pengetua tersebut kata, cikgu wajib hadir ke mesyuarat. Takpe nanti saya suruh cikgu lain hantar cikgu ke klinik tersebut mendapat rawatan disebelah pagi dan balik nanti cikgu naiklah bas ataupun teksi. Menangis isteri saya diklinik waktu menghubungi saya bila ditinggalkan di klinik tersebut. Apakah perasaan anda wahai pembaca 1Malaysia? Adakah guru biasa selamat?
Dengarnya pengetua tersebut dah mengajar di daerah Kuala Kangsar pula. Wahai pembaca, setiap apa yang saya paparkan di atas bukannya hendak menakutkan orang dari menjadi guru. Apa yang saya luahkan ini untuk mengingatkan pentadbir-pentadbir agar lebih berperasaan. Semoga guru biasa tidak terus terkorban.
ANAK KOMANDO REJIMEN 1

KELIRU DAN DIKELIRUKAN

Zambri minta ulama' Pas keluarkan fatwa bila Nizar pegang lilin seperti gambar di atas. Ulama' Pas dah keluarkan ulasan (bukan fatwa) dan pandangan berkaitan kelakuan Nizar ini. Nizar yang ada pengetahuan agama Islam sewajarkan telah berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara kerana "punca setiap tindakan ialah fikiran".
Majlis Fatwa dan mufti dah keluarkan hukum kelakuan Pak Lah seperti gambar di atas. Perbuatan seperti ini masih dilakukan pada setiap tahun. Apakah mereka ini "kebal" dengan hukum yang telah dikeluarkan oleh majlis? Lihatlah apakah pada tahun 2009 ini akan berlaku perbuatan seperti gambar di atas. 1Malaysia akan tahu dan 1Malaysia akan melihatnya.

Persoalannya, apakah perbuatan ini dibolehkan? Ulama' UMno adalah sewajarnya membari jawapannya agar rakyat 1Malaysia tidak keliru dan dikelirukan atas perbuatan dan kelakuan seperti gambar di atas. Ingatlah, Rakyat Didahulukan, Pemimpin dikemudiankan. Gambar di atas akan menjanjikan bahawa 1Malaysia akan tahu dan 1Malaysia akan melihat perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Sunday, July 26, 2009

APE YANG MENGKOME NAMPAK?

MARI BERMAIN PETANQUE

Sejarah sukan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sm apabila satu set bola dan jek ditemu di Turki. Satu set bola juga dijumpai di makam orang-orang Mesir di tahun7000 sm. Di zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang Rom dan Greek. Ditanggapi bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa sukan petanque ini ke Marseilles kira-kira 2600 tahun dahulu. Di zaman pertengahan, sukan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari dimainkan. Pada kurun ke 17, para bangsawan Peranchis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14 mata. Semasa perang, tentera Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan. Diceritakan juga, Sir Francis Drake telah bertebeng menamatkan permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan tentera SepanyoL.Sejarah moden sukan petanque bermula di Clotat, Peranchis dalam tahun 1910 apabila seorang lelaki cacat yang baru semboh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua jajahan di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat.
Di akhir dekat ini, ia juga dimainkan di beberapa negara Eropah Timur dan Asia seperti Laos, Thailand, Vietnam, Kemboja, Jepun dan Singapura.
SEJARAH PERMAINAN PETANQUE DI MALAYSIA
Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysis oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989. Setelah beberapa bulan dimainkan, akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri pada masa itu, YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Mac 1990 di Padang jalan Timur, Petaling Jaya.
Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk semua". Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

WARGA "SKATE" BERSENAMROBIK

Saturday, July 25, 2009

TERPANJANG DI DUNIA DAN DI MALAYSIA

No. 6
The Penang Bridge (Jambatan Pulau Pinang in Malay) E 36 is a dual-carriageway toll bridge that connects Gelugor on the island of Penang and Seberang Prai on the mainland of Malaysia on the Malay Peninsula. The bridge is also linked to the North-South Expressway in Prai and Jelutong Expressway in Penang. It was officially opened to traffic on September 14, 1985. The total length of the bridge is 13.5 km (8.4 miles), making it among the longest bridges in the world, the longest bridge in the country as well as a national landmark. PLUS Expressway Berhad is the concession holder which manages it. Total length : 13.5 km

No. 1
The Lake Pontchartrain Causeway, or the Causeway, consists of two parallel bridges that are the longest bridges in the world by total length.[2] These parallel bridges cross Lake Pontchartrain in southern Louisiana. The longer of the two bridges is 23.87 miles (38.42 km) long. The bridges are supported by over 9,000 concrete pilings. The two bridges feature bascule spans over the navigation channel 8 miles (13 km) south of the north shore. The southern terminus of the causeway is in Metairie, Louisiana, a suburb of New Orleans. The northern terminus is at Mandeville, Louisiana. Total length : 38.4 km

UiTM SHAH ALAM DISERANG

Teman baru sat ni balik dari lepak-lepak kat Medan Gopeng. Kat sini banyak gerai-gerai untuk kite layan selere malam. Teman singgah kat sebuah gerai yang ade jual "kerang bakar". Taukeh gerai tuh member lame teman. Malam ni teman nengok rama bebeno yang turun ngan bas tak macam malam-malam lain. Memang le malam ni malam Sabtu, jadi rama le oghang nak balik cuti ujung minggu.

Malam ni teman rase memang rama bebeno ngan oghang kat Medan Gopeng ni. Teman nampak jiran teman tengah makan kat gerai ni. Teman terus tego ngan tanya jauh bebebo mike ngan keluarga makan malam yerk? Member teman tu jawab dia kene ambik adiknye turun bas dari UiTM Shah Alam. Cuti belum lagi dah balik, saje gatai mulut teman nanye kat die. Ruper-rupernya deme seme yang pelajo kat UiTM Shah Alam tu diarahkan balik sebab BAB1 dah mule nyerang UiTM Shah Alam. Hebat bebeno ye BAB1 ni, seme UiTM nak die kaco.

Lepas layan selere malam, teman terus balik rumah. Sampa aje kat rumah, teman terus pukul talipaun kat anak sedare teman. Die ni pun pelajo kat UiTM Shah Alam. Dia pun dah sampa kat rumah mak ayahnye. Deme seme ni balik atas arahan pihak pentadbir UiTM. Cuti seminggu, kata anak sedare teman tuh sebab dah ade kesan yang BAB1 ni dah muke nyerang UiTM Shah Alam. Lepas ni die nak nyerang UiTM mane pulak? Teman tak boleh nak jawab soalan teman ni. Tinggu dan lihat aje penangan BAB1 yang mengkome sanjung-sanjung selame ari nih.