Thursday, July 2, 2009

KAJIAN KES - MEMANG TERUJA DAN TERUJI

Kes 1 - Di mana anakku
SMK Puteri Hamidah merupakan sebuah sekolah bandar yang mempunyai enrolmen pelajar yang semakin berkurangan. Kebanyakan waris pelajar memohon untuk menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana menghadapi masalah pengangkutan menghantar anak mereka ke sekolah itu. SMK Puteri Hamidah tidak terletak di kawasan laluan bas awam. Stesen bas yang terdekat hampir 1 km dari sekolah itu. Tambahan pula tidak banyak bas sekolah yang lalu sekolah ini.
Pada bulan Julai 2003, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) sekolah ini, Puan Noriah binti Ishak telah dinaikkan pangkat sebagai pengetua di sekolah yang sama. Sebagai pengetua baru, beliau sering dipanggil untuk menghadiri kursus. Oleh kerana jawatan PKP masih belum diisi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKH), Puan Yap Su Har dan Penolong Kanan Kokurikulum (PKK) terpaksa menguruskan sekolah semasa pengetua berkursus.
Pada suatu hari, seorang waris datang ke sekolah itu untuk memohon pertukaran anak saudaranya. PKH memang biasa menguruskan kes pertukaran pelajar tetapi rupa-rupanya ini adalah permulaan kes pertukaran pelajar yang ibu bapanya sedang berebut anak. PKH menghadapi dilema sama ada menguruskan pertukaran pelajar itu atau pun tidak.
Kes 2 - "Deringgggggg....... di mana bunyi itu??"

Cik Tan Lean Kee, guru disiplin SMK (P) Seri Tanjung telah mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap pelajarnya kerana menerima laporan ada pelajar yang menyorok telefon bimbit. Sekolah ini sememangnya melarang pelajar-pelajarnya membawa telefon bimbit ke sekolah. Masalah telefon bimbit ini diburukkan lagi apabila ibu bapa pelajar menyerang sekolah untuk menuntut telefon bimbit anak mereka yang dirampas oleh guru disiplin.
Pada 12 April 2007, seorang ibu telah datang ke sekolah hendak berjumpa dengan pengetua. Malangnya pengetua tiada di sekolah kerana sedang berkursus dan dirujuk kepada PKH. Ibu pelajar ini datang kerana membuat aduan gangguan seksual oleh seorang guru di sekolah ini terhadap anaknya. Gangguan seksual tersebut didakwa dilakukan oleh seorang guru perempuan terhadap anak perempuannya.
Kes 3 - Berani mati
SMK Bandar Delima merupakan sekolah harian luar bandar di kawasan pendalaman iaitu di kawasan felda. Sekolah ini terletak sejauh 50km dari PPD dan merupakan sekolah PTJ. Puan Samiah telah diarahkan bertugas sebagai pengetua di sekolah tersebut pada 1 Ogos 2005. Beliau berpengalaman sebagai pengetua di beberapa buah sekolah sebelum itu. Pengetua lama sekolah itu telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah di maktab perguruan.
Puan Samiah telah mendapati ramai muridnya tidak membayar yuran khas. Setelah berbincang dengan KPT dan guru kelas didapati sejumlah RM7,000.00 yuran khas tidak dibankkan oleh PTR. PTR juga tidak mengeluarkan resit setelah guru kelas menyerahkan wang yuran khas tersebut kepadanya. Bila pengetua mula membuat siasatan, PTR tersebut telah menghilangkan diri selamat dua minggu dan akhirnya PTR tersebut telah bertindak menghantar surat perletakan jawatan yang dihantar melalui suaminya.
Kes 4 - Bil, Bil, Bil .............. Bila?
Kes 5 - Ibarat ubi direbus tak empuk-empuk
Kes 6 - Bersama mengorak langkah

No comments: