Thursday, July 2, 2009

ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN

Sedutan dari nota Encik Rahimi bin Abdul Majid
PENDAHULUAN
Pihak sekolah perlu memberi pendidikan kepada murid-murid seperti mana dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada. Kegagalan memenuhi "kewajipan berjaga-jaga" (duty of care), kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan kegagalan mematuhi arahan serta peraturan boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah (civil or criminal suit)
MENGAPA GURU PERLU MENGETAHUI UNDANG-UNDANG
1. Keperluan menjaga hak setiap individu dan tidak melakukan tindakan yang melampau bidang kuasa
2. Penjawat awam bertanggungjawab menjaga reputasi kerajaan
3. Masyarakat yang semakin terpelajar dan sedar
TANGGUNGJAWAB UMUM GURU
1. Mendidik
2. Mewujudkan persekitaran yang sesuai
3. Menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid
PUNCA KUASA GURU
In loco parentis:-
1. Sebagai ganti ibu bapa (tanggungjawab seperti ibu bapa tetapi kuasa yang kurang)
2. Kecuaian boleh didakwa
TANGGUNGJAWAB GURU DARIPADA SEGI UNDANG-UNDANG
1. Menyelia dan melindungi pelajar
2. Tanggungjawab menjaga (Duty of Care)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI (DUTY OF CARE)
1. Bilangan pelajar
2. Jenis aktiviti
3. Umur
4. Jantina
5. Kemahiran pelajar
6. Jenis dan keadaan alatan
PENYELIAAN GURU DI BILIK DARJAH
1. Menyelia dan memastikan keselamatan murid
2. Mengambil langkah proaktif mencegah elemen-elemen bahaya dan berpotensi mendatangkan bahaya
3. Menyelia pelajar dengan kadar yang munasabah
UNDANG-UNDANG TORT
Peruntukan mahkamah bagi mengubati atau membayar ganti rugi kepada individu yang mendapat kerugian akibat perbuatan seseorang
PRINSIP TORT
Setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang mengakibatkan kerugian kepada pihak lain
KECUAIAN
Kecuaian adalah liabiliti tort:-
1. Tort yang diniatkan
2. Tort kecuaian
LIABILITI TORT
Sebarang tindakan yang dilakukan yang akan/mungkin mendatangkan:-
1. Kecederaan kepada individu
2. Kemusnahan barta benda
3. Kehilangan harga diri atau maruah
TORT YANG DINIATKAN
1. Melakukan sesuatu tindakan dengan niat/sengaja untuk mendatangkan kecederaan
2. Melibatkan 'assault' dan 'battery'
ASAS UNTUK DAKWAAN CUAI
1. Tanggungjawab melindungi
2. Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan
3. Terdapat perkaitan langsung antara sebab dan akibat
4. Wujud musibah dan kerugian
ASAS UNTUK MENOLAK DAKWAAN CUAI
1. Foreseeable risk (ex-hypothesi)
- Sejauh mana sesuatu kecuaian boleh ditelah oleh guru?
2. Contributory Negligence
- Keadaan di mana plaintif sendiri cuai dalam melakukan sesuatu perkara atau tindakan
3. Assumption of Risk
- Plaintif mengetahui risiko yang berkaitan
- Memahami risiko yang bakal dialami
- Mempunyai pilihan untuk tidak memgambil risiko yang dinyatakan
PUNCA YANG BOLEH MENGAKIBATKAN SEKOLAH DIDAKWA DAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKANNYA
A. Kecuaian (Negligence)
Kecuaian dikaitkan dengan "kewajipan berjaga-jaga" (duty of care). Pihak sekolah mempunyai kewajipan berjaga-jaga (owe a duty of care) kepada murid-muridnya. Ini termasuk mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan seterusnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka (forseeable risks) daripada berlaku.
Perbuatan seseorang (defenden) boleh dikatakan cuai oleh mahkamah apabila ketiga-tiga syarat berikut dipenuhi:-
1. Defenden mempunyai tanggungjawab "kewajipan berjaga-jaga" (requirement to exercise duty of care) terhadap plaintif
2. Defenden telah tidak melakukan "kewajipan berjaga-jaga" (failure to exercise duty of care)
3. Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian (damage has occurred) akibat dari kegagalan defenden melakukan kewajipannya.
ASAS MENENTUKAN KECUAIAN
Apakah yang akan dilakukan oleh seorang manusia yang waras dalam masa dan keadaan berkenaan?
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH DIAMBIL KIRA SEBAGAI KELAKUAN YANG MUNASABAH
1. Adakah sesuatu kejadian boleh dijangka akan berlaku (forseeability)?
2. Apakah sesuatu kejadian mungkin mengakibatkan kecederaan (likelihood of harm)?
3. Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku (seriousness of accident)?
4. setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik (practicality of precautions)?
5. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan biasa (common practice)?
6. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan sesuatu yang memenuhi kewajipan untuk mengambil risiko yang lebih tinggi (neccessity to take greater risks)?
7. Secara amnya, jika guru telah mematuhi segala arahan serta peraturan semasa menjalankan tugas-tugas harian dan melaksanakan "kewajipan berjaga-jaga" (duty of care) yang wajar, maka beliau harus selamat dan telah dilindungi dari sebarang dakwaan yang mungkin berlaku
8. Untuk meminimumkan kemungkinan pihak sekolah didakwakerana kecuaian, guru-guru mesti memahami konsep kecuaian.
LANGKAH-LANGKAH SEBAGAI RUJUKAN DAN PANDUAN
1. Pastikan keselamatan struktur fizikal sekolah
2. Pastikan keselamatan sewaktu di dalam kelas biasa dan amali
3. Pastikan keselamatan kemudahan sukan dan kegiatan kokurikulum
4. Pastikan keselamatan trafik di kawasan sekolah
5. Pastikan keselamatan kebakaran sentiasa dijaga
6. Pastikan keselamatan sewaktu membuat lawatan
7. Pastikan kebersihan makanan dan kesihatan murid dijaga
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAKWAAN
1. Kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga
2. Kebenarandari Pendaftar
3. Ada guru pengiring mengikut jantina
4. Edarkan maklumat atau arahan-arahan bertulis yang jelas kepada ibu bapa dan penjaga
5. Persetujuan bertulis untuk berdisiplin baik dari murid-murid
6. Mengedarkan senarai keperluan yang perlu dibawa oleh murid-murid
7. Memberi taklimat kepada murid, ibu bapa dan penjaga
8. Memperolehi maklumat kesihatan murid-murid secara bertulis
9. Sentiasa bersedia ketika dalam kenderaan dan menggunakan alat keselamatan seperti tali pinggang/topi keledar, jaket keselamatan dan sebagainya
10. Pihak sekolah perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
KESIMPULAN
Pihak sekolah boleh didakwa ke mahkamah atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan murid tercedera akibat kemalangan yang berlaku di sekolah. Untuk melindungi pihak sekolah dari dakwaan tersebut, pengurusan sekolah perlu memastikan:-
1. Semua guru dan staf tahu dan patuh kepada peraturan, prosedur dan arahan yang terkandung dalam Akta, Ordinans dan Surat Pekeliling Ikhtisa
2. Pihak sekolah kenalpasti setiap aspek/tugas yang mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan (identify areas of duty of care).
3. Pihak sekolah mengambil langkah-langkah kewajipan berjaga-jaga yang munasabah (exercise reasonable care) untuk elakkan kemalangan yang dapat dijangka
4. Semua pihak tahu prosedur dan sentiasa bersedia untuk menangani kemalangan yang berlaku
5. Merekodkan semua peristiwa dan segala insiden yang berlaku dengan tepat dan sempurna
6. Guru-guru perlu memastikan segala tindakan disiplin yang dikenakan ke atas salah laku murid dilakukan mengikut peraturan.

No comments: