Sunday, July 26, 2009

MARI BERMAIN PETANQUE

Sejarah sukan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sm apabila satu set bola dan jek ditemu di Turki. Satu set bola juga dijumpai di makam orang-orang Mesir di tahun7000 sm. Di zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang Rom dan Greek. Ditanggapi bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa sukan petanque ini ke Marseilles kira-kira 2600 tahun dahulu. Di zaman pertengahan, sukan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari dimainkan. Pada kurun ke 17, para bangsawan Peranchis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14 mata. Semasa perang, tentera Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan. Diceritakan juga, Sir Francis Drake telah bertebeng menamatkan permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan tentera SepanyoL.Sejarah moden sukan petanque bermula di Clotat, Peranchis dalam tahun 1910 apabila seorang lelaki cacat yang baru semboh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua jajahan di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat.
Di akhir dekat ini, ia juga dimainkan di beberapa negara Eropah Timur dan Asia seperti Laos, Thailand, Vietnam, Kemboja, Jepun dan Singapura.
SEJARAH PERMAINAN PETANQUE DI MALAYSIA
Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysis oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989. Setelah beberapa bulan dimainkan, akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri pada masa itu, YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Mac 1990 di Padang jalan Timur, Petaling Jaya.
Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk semua". Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

No comments: