Thursday, July 16, 2009

SURAT HABO ARINIE

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah
Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian
SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.
Sian budak tu kene tampo. Ngan ustaz pulak tuh. Sabar itu separuh dari iman, ustaz oiiii. Dah macam bebudak pulak jadinyer. Mengkome nengok tak criter P. Ramlee yang kesah gumpe kerotas tuh. Ini kepale bapak hang, ini kepale bapak aku, lunyai kene pijak baru gadoh.
Manoharan minta maaf isu songkok, status bumiputera
KUALA LUMPUR 15 Julai - Berikutan desakan daripada pelbagai pihak, M. Manoharan hari ini meminta maaf berhubung kenyataannya yang mempertikaikan pemakaian songkok dan mahukan bukan Melayu diberikan status bumiputera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah dari DAP itu memohon maaf sekiranya kenyataan peribadinya itu telah mengecilkan hati atau mengguris perasaan mana-mana pihak.
Teman naik heran le nih senang bebeno deme yang jadi YB ni buat kenyataan. Pastu pulak bile oghang tegur degil, keras kepale pulak tuh. Agak dah tak selese, mintak maaf, mintak maaf. Tahu pulak tuh dah ngores ati. Deme nih tak skolah ke jadi YB. Bace ler Perlembagaan betol2, bagi faham pastu baru ler nak buat per pun jangan langgo undang2.
Pegawai SPRM serbu pejabat Exco Selangor
SHAH ALAM 15 Julai - Lima pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat anggota Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di sini hari ini. Pegawai berkenaan dikatakan mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.
Cepat bebebo mengkome keroje yerk? Memang hebat, takdan kering peluh dah mule ambik tindakan. Syabas kepade SPRM. Tapi, mengkome buat keje macam nih kepade semua ke atau pilih2 aje. Nak ambik tindakan biole adil nanti oghang kutuk dan doa mengkome seme susah pulak nanti.

No comments: