Wednesday, July 8, 2009

MENGKOME FIKIO LE SENDIRI

Apabila sudah musuh ketat, apakah kita boleh membantu musuh ketat kita tu yang dalam ketakutan atau kesusahan?
Kebiasaannya apabila kita melihat musuh ketat kita itu dalam kesedihan, ketakutan atau kesusahan, perkataan yang spontan kita luahkan ialah "Padan muka kamu!" atau "Rasakan!" atau "Lantak kamu!" dan pelbagai lagi perkataan yang mungkin keluar dari mulut kita.
Kita perlu renungkan, fikirkan dan lihat gambar di bawah.
Walaupun ada peribahasa yang berbunyi, "bagai anjing dengan kucing" yang bermaksud pantang berjumpa mesti bergaduh tetapi di dalam gambar ini kelihatan seekor anjing telahberusaha untuk membantu seekor kucing yang terjatuh ke dalam air dengan meletakkan badannya supaya kucing tersebut dapat bergantung atau berpaut. Anjing ini mungkin tahu si kucing memang takut dengan air dan kemungkinan akan mati lemas. Oleh itu, atas sebab rasa kasihan, maka anjing ini terjun untuk membantu kucing tersebut. Pada hakikatnya anjing ini tahu kucing memang pandai berenang. Bantuannya nampak ikhlas sekali. Oleh itu, mari kita fikirkan adakah kita akan membantu musuh kita yang dalam kesusahan?

No comments: