Tuesday, July 21, 2009

ADAT ATAU IBADAT?

NIZAR PEGANG LILIN?
Berita kematian seorang setiausaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, sebagai satu silbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Teoh Beng Hock.
Isu pasang lilin ini sebenarnya tidaklah menjadi hebat, melainkan apabila didapati bahawa Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) turut sama memegang lilin. Ramai yang mendakwa, bahawa tindakan itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Ia juga dikatakan boleh terjadinya kerosakan pada akidah.
ADAT ATAU IBADAT?
Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu simbol dalam melakukan sesuatu protes. Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.
Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama Buddha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.
Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar.
ADAT ADALAH HARUS
Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya. Kaedah fiqh menyebut;
الأصل في الأشياء الإباح
Maksudnya; “Asal sesuatu perkara adalah harus”.
Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya; "Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi” (Surah Al-Baqarah:25).
Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.

No comments: