sedutan nota Sharifah Sazliha binti Sulaiman
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tarikh Kuatkuasa 15.12.1993.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). Tarikh Kuatkuasa 20.6.2002
KANDUNGAN
1. Jenis-Jenis Kesalahan Yang Membolehkan Diambil Tindakan Tatatertib.
2. Jenis-Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Diambil Terhadap Pegawai Yang Melakukan Kesalahan
3. Hukuman Tindakan Tatatertib
PERATURAN 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar
PERATURAN 3B
Seseorang pegawai dikehendakimemberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan
PERATURAN 3C
1. Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini
2. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib
No comments:
Post a Comment