Thursday, July 9, 2009

BLACK CANYON COFFEE JAYA JUSCO

Air minuman yang sedap melalui gabungan susu cair + limau + oren menjanjikan hirupan yang pertama hingga menjilat bibir. Rasa yang tidak terlalu manis menjadikan keselesaan untuk meminumnya tanpa was-was dengan penyakit yang berkaitan dengan semut yang menghurung gula (kencing manis)
Tomyam yang terdapat campuran asparagus halus bersama sayuran disamping mengekalkan rasa tomyam yang sebenar dengan perahan limau nipis (ade ke limau nipis, limau bulat ade le). Meskipun tidak terlalu banyak perencah seperti serai, daun limau purut dan sebagainya namun rasa tomyam pasti ada yang boleh melecurkan air liur
Nasi pulut + pelbagai salad + tomato + timun digandingkan dengan cucukan daging bakar ala kebab + tomato comel + salad hijau sungguh enak apabila dicecah dengan sos yang boleh membuka selera cubalah rasa.

2 comments:

skylark said...

eh, cakap benar, betul-betul sedap ke? ade kenyang ke? wa tau ade kawan tinggal banyak tak makan, tau?
wa lebih suke pergi cari high tea, banyak pilihan.

amalhaj said...

high tea memang banyak pilihan, sekali sekala memang sedap kalau selalu ntah le, betul first time wa makan kat situ, ok ajer.