Wednesday, July 15, 2009

MANIK URAI TETAP MENGURAI

N41 - MANIK URAI (12293) N41: MANIK URAI
KEPUTUSAN
1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS) 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN) 5,283
Jumlah mengundi 10,631
Peratus 87%
Undi rosak 117
Majoriti 65


UTUSAN MALAYSIA
TPM kecewa kata-kata kesat penyokong Pas
KUALA KRAI 14 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan provokasi penyokong Pas yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN).
Petanda angin perubahan
Oleh ZAINI RABAN, TARMIZI ABDUL RAHIM dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZIpengarang@utusan.com.my
TRONOH 14 Julai - Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.

BERITA HARIAN
BN tewas 65 undi
KUALA KRAI: Pas memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat. Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak. Pada pilihan raya umum 2008, Pas memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,352 undi.
Pas menang tipis di DUN Manek Urai
KUALA KRAI: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis majoriti 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat. Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak, melebihi majoriti diperoleh Mohd Fauzi. Jumlah undi yang diperoleh Pas kali ini merosot sebanyak 398 undi, berbanding 5,746 undi pada Pilihan Raya Umum, Mac tahun lalu.
BN bangga dapat kurang majoriti Pas
KUALA KRAI: Barisan Nasional (BN) bangga kerana dapat mengurangkan majoriti Pas daripada 1,352 undi kepada 65 undi di Manek Urai, semalam. Pengerusi BN Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kejayaan itu adalah kemenangan moral dan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat bertanding adalah keputusan terbaik BN. "Namun, saya kecewa melihat proses pengundian, walaupun berjalan lancar, kita kecewa melihat Pas masih mengamalkan budaya samseng sehingga menyebabkan tiga ahli Puteri Umno cedera," katanya ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil itu, malam tadi.
Kekecohan cemar pilihan raya kecil
KUALA KRAI: Ketenangan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sejak 6 Julai lalu tercemar pada hari pengundian semalam apabila berlaku kekecohan akibat provokasi penyokong parti sehingga menyebabkan tiga petugas Barisan Nasional (BN) dan seorang petugas Pas cedera.
SINAR HARIAN
Pas menang pilihan raya kecil Manek Urai
Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50, menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dengan majoriti undi sebanyak 65 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39.Fauzi memperoleh undi sebanyak 5248 manakala Tuan Aziz memperoleh undi sebanyak 5283.
Penyokong BN, Pas bertikam lidah
KUALA KRAI - Berpunca daripada masalah kedudukan mereka menyebabkan beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas bertikam lidah di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsan Peria.Penyokong Pas yang berada di kaki lima seberang jalan menghadap pintu utama dan sisi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.
from Ketua Perusuh by Ketua Perusuh
PAS sebenarnya kalah di Manek Urai
1. Kalah dari segi janji-janji pembangunan
2. Kalah dari segi taraf akademik calon
3. Kalah dari segi curahan wang ringgit secara tunai
4. Kalah dari segi sokongan media cetak dan elektronik
5. Kalah dari segi sokongan agensi kerajaan
6. Kalah dari segi bilangan undi yang merosot
7. Kalah dari segi kemudahan jentera pilihanraya
Walaupun PAS memang dengan 65 undi, sewajarnya PAS membuat satu post-mortem (muhasabah) dan kajian mendalam dalam mencari punca kalahnya PAS di Manek Urai dalam keadaan situasi UMNO/BN yang telah goyah. PAS sepatutnya boleh menang dengan selesa, namun beberapa tindakan pimpinan yang bertelagah sesama sendiri yang telah dibuka pekungnya oleh media cetak dan elektronik secara tidak langsung berjaya di”embedded”kan kedalam otak para pengundi. Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya pada masa ini dalam proses pembersihan organisasinya dan meneruskan kerja keras untuk menunaikan semua janji-janji sebelum PRU12 dahulu. Ketiga-tiga komponen dalam PR (PAS, DAP dan PKR) perlu bergerak seiring dan tidak bertelagah sesama sendiri. Ujudkan satu mekanisma untuk menyaring semua maklumat dan satu jawatankuasa umum yang memantau semua perjalanan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR. Ini penting demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat dan bagaimana ianya memberikan contoh terbaik demi mencorakkan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah. Isu-isu seperti kes pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan isu perumahan di Kampung Buah Pala sepatutnya ditangani dengan baik oleh jawatankuasa umum sebelum ianya dijadikan bahan peluru oleh media massa milik UMNO/BN untuk menyerang Pakatan Rakyat. Banyak lagi sebenarnya isu-isu yang sepatutnya dibawa kepada perhatian jawatankuasa khas Pakatan Rakyat (JKPR) untuk disiasat dan diselesaikan mengikut lunas-lunas undang-undang yang sepatutnya tanpa perlu mendapat liputan luas oleh media yang sebenarnya cuba untuk melaga-lagakan dan memerangkap PR. ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sewajarnya digalakkan kurang memberikan komentar secara terbuka kepada mana-mana media cetak dan elektronik demi untuk mengelakkan disalah takrifkan atau disalah tafsirkan untuk kepentingan media tersebut. Adalah lebih baik sekiranya ditetapkan bahawasanya hanya jurucakap JKPR sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komentar dan ulasan. Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat, saya menyeru agar anda dengan segera menubuhkan JKPR ini demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada dipecah belahkan oleh media milik UMNO/BN dan sekutunya.
MANIK URAI - 1 UNDI PUN TETAP MENANG
Oleh : dato'
Satu undi pun tetap menang - antara ungkapan mantan PM Dr M semasa mengulas kemenangan beliau menentang Ku Li satu ketika dulu. Mungkin betul..namun itu menunjukkan kepimpinannnya yang tak kukuh...apapun dengan kuasa semua boleh berubah.Kemenangan PAS di Manik Urai dengan manjoriti tipis agak mengecewakan. Perjalanan awal pilihanraya tersebut dilihat sesuatu yang dirancang dengan rapi hasil konspirasi antara umNO dan SPR. Namun begitu... apakah PAS membiarkan situasi itu tanpa melakukan sesuatu yang dapat mengimbangi kelebihan kuas yang dimiliki umNO?
Umno terlepas peluang keemasan di Manek Urai
Wartawan Kita Tue Jul 14, 09 9:28:12 pm MYT
KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh)- Umno tidak mampu berbangga dengan peningkatan undi yang diperolehinya di Manek Urai memandangkan parti itu dibantu sepenuhnya jentera kerajaan.
Sebaliknya Umno boleh memenangi pilihan raya tersebut berdasar suntikan kebendaan yang diterima penduduk di Manek Urai lebih-lebih lagi pemimpin Umno sudah lama berkampung di sini

No comments: