Tuesday, July 21, 2009

PERISTIWA DALAM KEHIDUPAN

Saya tidak bermaksud menolak fakta bahawa ada sesuatu yang disebut nasib atau kesempatan baik. Kita tahu bahawa hal ini ada, kerana kita melihat atau mendengar tentang orang yang berada di tempat atau waktu yang tepat untuk mendapatkan keuntungan. Banyak promosi yang diperolehi bukan kerana jasa yang diberikan.
Di sebalik dari nasib baik yang hanya sedikit sekali terjadi, rintangan lebih banyak muncul dalam hidup. Tidak ada orang yang begitu dungu sehingga mengatakan bahawa manusia adalah boneka nasib baik atau bahawa kejayaan sebenarnya merupakan sesuatu yang kebetulan semata.
Tidak ada kemenangan dalam pertempuran atau penaklukan akhir dalam perang kerana untung dan nasib baik. Kemenangan militer dihasilkan oleh pelaksanaan yang penuh kepakaran berdasarkan perancangan yang teliti. Kemenangan kita yang meyakinkan di dalam hidup juga datang dengan cara serupa. Kebijaksanaan dalam bidang penemuan, yang merupakan hasil kerja orang terkemuka tersebut, yang membuat dunia maju, terjadi kerana semua itu merupakan hasil suatu pilihan bukannya kebetulan.
Ramai orang yang cuba mencari alasan kegagalannya dengan mengutuk nasib yang diberikan hidup kepada mereka. Kitalah aktor utama di pentas kehidupan, bukannya nasib, atau kebetulan atau orang lain. Kita adalah atlit-atlit di arena kehidupan. Permainan bergantung pada cara kita memainkan kadnya.
Bukanlah nasib baik yang membuat pejabat profesional dipenuhi pelanggan dan kedai dipenuhi pembali. Bukan nasib juga yang membuat pesawat jet besar dapat sampai ke tempat tujuan pada waktu yang ditentukan, setelah menempuh perjalanan mengelilingi separuh dunia. Hidup bukanlah hasil suatu kebetulan. Kita diciptakan untuk mengendalikan peristiwa dalam kehidupan, bukan dikendalikan.

No comments: