Wednesday, July 29, 2009

DALAM MAAF ADA KUTUK ADA MENGATA

PERMOHONAN MAAF
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009. YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu. Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
amalhaj - bebeno ke mengkome kate "kesilapan yang tidak disengajakan?" atau pun mengkome ni buat kesilapan yang disengajakan?

Utusan tarik balik berita Nik Aziz
Jul 29, 09 3:48pm
Utusan Malaysia memohon maaf kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung beritanya bulan lalu yang menyebut menteri besar Kelantan menegaskan "nasihatnya mesti didengar" pemimpin atasan PAS.
amalhaj - boleh tarik-tarik macam tarik tali tu ke?
Jangan layan Nik Aziz
Oleh HERMAN HAMIDherman@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Julai - ''Lupakan saja Nik Aziz, perpaduan dalam Pas pun dia tak boleh nak selesai inikan pula nak tengok dia jayakan agenda perpaduan ummah.''
amalhaj - bo layan ke isk...isk...isk.... ntah le mengkopme nih.
Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam sebenar
KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.
amalhaj - teman nak tahu jugak yang mane satu pejuang Islam yang sebenonyer.
Tak perlu lagi respons kepada Nik Aziz - TPM
KAMPALA 28 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pemimpin-pemimpin UMNO tidak lagi perlu memberi respons kepada kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung parti itu dan UMNO kerana rekod pendirian Menteri Besar Kelantan itu yang sering berubah-ubah.
amalhaj - ini lagi kes bo layan tuh, isk.... isk.... isk.... cian Nik Aziz deme tak nak layan.
UMNO elak 'terhegeh-hegeh'
Oleh ZULKIFLEE BAKARzulkifli.bakar@utusan.com.my
SELAMA ini apabila Pas bercakap ingin mengadakan rundingan dengan UMNO berhubung perpaduan orang Melayu, UMNO sentiasa bersikap terbuka. Pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa menyambutnya dengan ikhlas kerana yakin dalam apa keadaan sekalipun, termasuklah berbeza fahaman politik, penyatuan di kalangan orang Melayu harus diusahakan.
amalhaj - ape yang mengkome kate "terhegeh-hegeh" tuh? Oghang yang jalan terhegeh-hegeh biasenye deme paka tongkat.

No comments: