Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Tuesday, March 31, 2009
GURU DAN POLITIK
Bile teman nengok aje kat tajuk utama, muke depan Berita Harian ari ni 31 Mac 2009 (4 RabiulAkhir 1430) teman terus bace ape sebabnye jadi gitu. Soalnye yang teman nak tanya ialah:-
1. bebeno ke kalo warge pendidik (mengkome pangge cikgu) boleh pecah belah cikgu-cikgu di sekolah bile deme (cikgu) aktif dalam politik?
2. bebeno ke cikgu nih taksub (sebilangan) dgan parti yang disokong hingge boleh jadi berpuak-puak pule?
3. sape pegawai dari kumpulan lain juge pasti akan menuntut hak yang same tu?
4. bebeno ke Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246 itu dipatuhi?
5. bebeno ke deme-deme ni (Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau Pengurusan) tidak boleh ambik bagian secara aktif dalam politik seperti berkempen dalam atau luo waktu opis?
Pade pandangan teman, ade baguihnyer cadangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tuh. Kalo dulu-dulu zaman tok nenek kite, golongan cikgu le yang rama aktif dalam politik ni. Mase tu yang rama aktif dalam UMNO. Mase tu rama sungguh cikgu-cikgu nih jadi wakil rakyat. Tak kire le deme tu jadi DUN ke Parlimen ke. Jadi apasalah nye jike mengkome beri peluang cikgu-cikgu nih aktif balik dalam politik.
PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEWAJIPAN BERJAGA-JAGA
1. Bilangan murid
2. Jenis aktiviti
3. Umur
4. Jantina
5. Kemahiran murid
6. Jenis dan keadaan peralatan/sekolah
1. Bilangan murid
2. Jenis aktiviti
3. Umur
4. Jantina
5. Kemahiran murid
6. Jenis dan keadaan peralatan/sekolah
KECUAIAN SEMASA GURU MEMBERI ARAHAN
Jenis dan kualiti arahan guru penting dalam mencegah sesuatu kemalangan daripada berlaku. Keraguan sering timbul apabila arahan yang kabur diberikan kepada pelajar.
(terutama dalam Makmal Sains)
(terutama dalam Makmal Sains)
Monday, March 30, 2009
MUSAFIR
senja telah berlabuh
dengan kelkatu yang bertanya
"di mankah rumah yang ada cahaya?"
dan kelawar menyahut di celah atap
"di bucu jalan persimpangan tiga"
burung ternganga tersenyum megah "cahaya ada dalam mulutku"
kelkatu berlegar di lampu jalan
berpusar-pusar bertepisan tangan
jatuh
dan jatuh lagi
terus dimamah penunggu malam
kelkatu beradar di pohon rendang
kelip-kelip menghamburkan cacian
"di sini bukan tempat kamu
dan di sini bukan cahaya untuk kamu"
dan di sini bukan cahaya untuk kamu"
aninoor.am
teluk intan
DASAR-DASAR KERAJAAN (10)
Dasar Perindustrian Negara:-
Dasar Perindustrian Negara berobjektif untuk menjadikan sektor perkilangan sebagai "catalyst" pertumbuhan perindustrian negara. Penggunaan semaksima sumber asli negara adalah digalakkan disamping meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan. Kegiatan sektor industri kecil dirangka secara terperinci sebagai usaha untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.
Dasar Perindustrian Negara juga bertujuan untuk menyatukan industri yang sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan bahan mentah dan kegiatan memproses bahan. Melengkapkan program yang menyeluruh melalui perangkaan keperluan teknologi. Penyediaan profil industri yang sesuai seperti keluasan pasaran dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran pelbagai jenis barang.
Dimensi Utama Dalam Dasar Perindustrian Negara:-
1. membasmi golongan termiskin dan kemiskinan relatif
2. mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
3. menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam peneraju dan penggerak ekonomi negara sebagai pengganti peranan sektor awam
4. meningkatkan pembangunan sumber manusia sebagai aset utama mengganti pergantungan kepada bahan komoditi
Dasar Perindustrian Negara:-
1. dasar perindustrian yang berpandangan keluar, lebih tinggi dan lebih bkompetitif
2. memajukan industri berasaskan sumber untuk eksport
3. memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport
4. memajukan dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu
5. membangunkan teknologi dan tenaga rakyat

1. Kewajipan berjaga-jaga
2. Pelanggaran kewajipan berjaga-jaga
3. Kerugian akibat pelanggaran kewajipan berjaga-jaga
4. Terdapat hubungan rapat antara tingkah laku defenden dengan kecederaan yang dialami oleh plaintif
Sunday, March 29, 2009
MAULIDUR RASUL
Belum masuk waktu subuh teman dapat "miss call". Teman tak angkat bukan nyombong tapi masa tuh teman dalam bilik ayo, maklumle nak semayang subuh. Lepas aje teman semayang, teman pun "pukul" talipaun pada nombor yang dah ter"miss call" tadi. Ooooo.... ade jemputan sambutan Maulidur Rasul. Ok teman pegi. Pegi jangan tak pegi.
Pukul 8.00 pagi, teman pun kuar dari ghumah menuju ke majlis yang akan berlangsung. Sebab tempat itu tak jauh, 20 minit aje dah sampa. Itu lari 60km/jam aje. Kalau lari lebih dari itu, pun mungkin lambat sampa sebab kene tahan banyak polis nunggu kat bawah pokok le, kat bawah jejambat ke, kat bawah siput ke dan macam-macam bawah lagi.
Sampa aje kat semejid, majlis belum mule lagi, deme ajak pegi belakang semejid, fuyo.... rama deme-deme kat situ nunduk aje. Teman ape lagi, ntah sape-sape yang ulor pinggan teman ambik terus aje kaut kerak nasi sama rendang daging. Capa segelas teh o dan duduk. Teman mula kayuh, teman kata kalo kerak nasi minyak menjalo teman sebab sedapnye.
Aturcara majlis:-
8.30 pagi - tetamu mengambil tempat
8.45 pagi - kata aluan pengacara majlis
9.00 pagi - bacaan Al-Quran
9.15 pagi - selawat
9.30 pagi - nasyid 10.00 pagi - nasyid
10.15 pagi - ucapan Pengerusi Sambutan
10.30 pagi - ceramah Maulidur Rasul
1.00 petang - makan tengah hari dan bersurai
MAKKAH AL-MUKARRAMAH (9)
b. Penduduk Awal Makkah:-
Ahli sejarah menyebut bahawa Ka'abah telah dibina semenjak zaman sebelum Nabi Adam as. Ahli arkeologi juga menemui peninggalan yang menunjukkan Makkah sudah lama dihuni. Makkah bermula dengan kedatangan Nabi Ibrahim as bersama isteri dan anaknya Ismail as. Sebelum itu, Makkah hanyalah menjadi tempat laluan kafilah-kafilah dagangan. Tempat ini gersang tanpa air dan tumbuhan yang subur.
Ketika itu Makkah hanya ditumbuhi oleh pokok "As-Salam" dan As-Samur. Kawasan sekitar Makkah dihuni oleh kabilah "Amaliq". Ini diikuti oleh kabilah Jurhum apabila Hajar dan Ismail as tinggal di Makkah. Setelah Nabi Ismail as wafat, anaknya Thabit (Nabit) mengambil alih pemerintahan di Makkah. Ini diikuti oleh cucunya Mudhad bin Amru Al-Jurhum. Penduduk Makkah pada masa itu terbahagi kepada dua iaitu pengikut Mudhad dan Qatura.

1. Mudhad dan Jurhum menguasai kawasan atas Makkah (Al-Ma'la), berkampung di bukit Qu'aiqi'an. Bukit yang bertentangan dengan bukit Abi Qubais atau Istana As-Safa. Setiap kabilah perdagangan yang melalui kawasan mereka untuk memasuki Makkah akan dikenakan cukai 10 peratus.
2. Qatura ("Amaliq) pula tinggal di sebelah bawah Makkah (Al-Masfalah), Ajyat dan sekitarnya. Setiap pedagang yang melalui kawasan mereka untuk memasuki Makkah akan dikenakan cukai 10 peratus. Ketua kabilah ini bernama Al-Sumaida.
Mereka sentiasa berperang dengan kabilah Jurhum. Mudhad memdapat kemenangan dan pememrintahan Makkah berada di abawah kekuasaannya. Jurhum memerintah Makkah lebih daripada dua abad.
Saturday, March 28, 2009
TANGISAN SEBUAH RINTIHAN
masih aku lihat
mereka bersama tangisan
dari sebuah rintihan yang tiada belas
apatah lagi kasihan
dengan mata yang masih merah
bersama sedu yang merayu
menatap manusia jalang
dan jentera besi yang curang
tiada lagi tempat berlindung
cuma padang jarak terhampar megah
kini mereka telah pergi
tanpa aku sedari
manusia yang jalang terus menerkam
satu persatu menyembah bumi bertuah
kemanakah penghuni tadi?
namun tiada temui
sebab dadaku atas kecurangan ini
pilu jiwaku kerana kezaliman
dan hatiku terus berkata-kata
"di manakah keadilan?"
"di manakah keadilan?"
"di manakah keadilan?"
aninoor.am
teluk intan
MAKKAH AL-MUKARRAMAH (8)
Makkah Menerusi Sejarah
a. Kedudukan Makkah:-
Makkah terletak du bahagian barat negara Arab Saudi, di bumi Hijaz, di lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau dari semua penjuru. Kawasan rendah di sekitar Makkah dinamakan "Al-Bat-haa", di bahagian timur Masjidil Haram dinamakan "Al-Ma'lah", di bahagian barat dan selatan dinamakan "Al-Masfalah" atau "Al-Misfalah". Rasulullah saw merupakan dari kalangan penduduk di bahagian Al-Ma'lah. Baginda dilahirkan dan tinggal di kawasan tersebut sehinggalah berhijrah ke Madinah, kemudian memasuki semula Makkah sewaktu pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.
Makkah mempunyai tiga pintu masuk:-
1. Al-Ma'lah - dikenali juga dengan nama Al-Hujun atau Al-Hajun
2. Al-Masfalah
Secara geografinya Makkah terletak di garisan lintang (latitude) 19, 25, 21 di bahagian utara dan rais bujur (longtude) 46, 49, 39 di bahagian timur. Tingginya dari paras laut lebih daripada 300 meter. Makkah dianggap sebagai pusat bumi dan berada di tengah-tengahnya.
Friday, March 27, 2009
MAKKAH AL-MUKARRAMAH (7)
7. Hukum melintasi orang yang sedang bersolat di Masjidil Haram:-
Haram melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, kecuali di antarasaf-saf solat di belakang imam. Begitu juga dibolehkan sekiranya seseorang itu meletakkan sesuatu di hadapan nya sebagai sekatan (sutrah) sempadan tempat solatnya. Sabda Nabi saw yang bermaksud: " kalau seseorang itu tahu akan kesalahan melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, nescaya dia berdiri menunggu (orang itu sehingga selesai solat) selama 40 (tahun, bulan atau hari) lebih baik baginya daripada melintas di hadapan orang yang sedang bersolat".
Tahiyyah semua masjid ialah dengan melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, manakala tahiyyah Ka'abah ialah dengan melakukan tawaf. Tahiyyah Tanah haram ialah dengan melakukan ihram haji atau umrah dan Tahiyyah Mina pula ialah melontar.
9. Tidak boleh menghadap ke arah kiblat sewaktu membuang air:-
Keistimewaan Makkah ialah haram menghadap ke arahnya demikian juga membelakanginya ketika membuang air. Hadis Nabi saw yang bermaksud: "apabila kamu duduk untuk membuang air, jangan kamu menghadap ke arah kiblat dan jangan pula membelakanginya, hadaplah ke arah timur atau ke barat". Hadis riwayat Al-Bukhari.
10. Sesiapa yang bernazar untuk bersolat di Baitul Maqdis, adalah memadai baginya dengan melakukan solat di Masjidil Haram:-
Sesiapa yang bernazar untuk melakukan solat di Masjidil Al-Aqsa atau Masjid Madinah, nazarnya terlepas dengan melakukan solat di Masjidil Haram Makkah. Hadis Nabi saw yang bermaksud: seorang lelaki bangun berdiri pada hari pembukaan Kota Makkah sambil berkata: "wahai Rasulullah, saya telah bernazar sekiranya Allah swt menolong tuan membuka Kota Makkah (daripada orang kafir) saya akan bersolat dua rakaat di Baitul Maqdis". Sabda Nabi saw: "Solatlah di sini (Makkah)". Kemudian lelaki tersebut mengulanginya lagi. Sabda Nabi saw: "Solat lah di sini". Lelaki tersebut mengulanginya sekali lagi. Rasulullah saw pun bersabda: "Terpulang lah kepada kamu".
DETIK DAN PENENTUAN
tika dulu aku mencari-cari
di bibir-bibir langit
dan di pelusuk bumi
suatu kehalusan bersama suatu kedamaian
yang memaparkan darah-darah yang membeku
kini aku masih lagi mencari-cari
di sudut-sudut yang sukar diselami
namun cuma aku masih teraba-raba
kerana tiada berjumpa
detik-detik dan penentuan
tiada aku mengerti
bayangan yang aku kejari itu
kian jauh melarikan diri
jauh di celah-celah tabir senja
dengan awan merah yang kian berkaca-kaca
aku terpedaya dan terus terlantar
kehausan dan keperitanterus menjamah diri
detik-detik merah terus menghampiri
dengan diri yang terkulai kelesuan
dan kini aku menanti kedatangan mereka

yang ingin memisahkan aku dengan keindahan
aninoor.a.m
teluk intan.
Thursday, March 26, 2009
DASAR-DASAR KERAJAAN (9)
Dasar Pembangunan Nasional
Latar Belakang:-
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada 17 Jun 1991 yang merupakan satu kesinambungan DEB. Walaupun banyak kemajuan yang dicapai dalam DEB namun ianya tidak mencapai matlamat sepenuhnya. Masa yang lebih panjang diperlukan dan penekanannya adalah kepada strategi pembasmian kemiskinan.
DPN memberi penekanan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera disamping galakan kepada penglibatan sektor swasta. Penumpuan juga dibuat kepada pembangunan sumber manusia, sistem nilai dan etika. Pengagihan kekayaan akan dibuat dengan lebih saksama.
Objektif DPN:-
1. Perpaduan Negara
2. Taraf Negara Maju
Matlamat DPN:-
Matlamat DPN ialah untuk menyatupadukan penduduk pelbagai kaum dan mewujudkan Malaysia menjadi sebuah negara maju, aman dan makmur mengikut acuan sendiri sebagaimana yang digariskan dalam cabaran Wawasan 2020.
Dimensi Baru DPN:-
DPN adalah untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi:-
1. membasmi golongan termiskin dan kemiskinan relatif
2. menumpukan kepada perwujudan gunatenaga dan pembangunan pesat
3. meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat
4. menumpukan kepada pembangunan sumber manusia
Strategi DPN:-
1. mewujudkan corak pembangunan yang seimbang
2. keseimbangan pertumbuhan dan pengagihan
3. saling melengkapi antara sektor
4. keseimbangan sosial dan ekonomi
5. integrasi nasional
6. masyarakat yang progesif, bermoral dan beretika
7. sumber manusia yang berkualiti
8. penggunaan sains dan teknologi
9. pemeliharaan alam sekitar
Program Pelaksanaan DPN:-
1. pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
2. persaingan antarabangsa
3. wawasan 2020
4. pembasmian kemiskinan
5. penyusunan semula masyarakat

Wednesday, March 25, 2009
MAKKAH AL-MUKARRAMAH (6)
sambungan..........
4. Orang kafir tidak dibenarkan masuk ke Tanah Haram:-
Firman Allah swt maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik (kafir) itu najis (jiwa mereka kotor kerana mempersekutukan Allah), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram selepas tahun ini (9 Hijrah)".
5. Pahala solat 100 ribu di Makkah (Tanah Haram) seluruhnya:-
Jumhur (kebanyakan) ulama' mengatakan pahala solat 100 ribu di Makkah ialah di Tanah Haram seluruhnya. Ada juga ulama' berpendapat 100 ribu hanya dikhususkan kepada solat di Masjidil Haram (Masjid Ka'bah) sahaja. Namun, solat di Tanah haram lebih afdhal daripada solat di tanah halal kerana ianya merupakan tempat terawal dibina untuk beribadat, ramainya bilangan ahli jemaah dan telah disepakati oleh ulama' akan pahala yang berganda di tempat ini dengan didak ada keraguan lagi.
6. Boleh melakukan solat pada bila-bila masa:-
Terdapat lima waktu yang dilarang daripada melakukan solat:-
a. selepas solat subuh hingga naik matahari
b. ketika naik matahari hingga naik meninggi sekadar 15 minit,
c. ketika matahari di tengah-tengah langit hingga tergelincir (masuk waktu zuhur)
d. selepas solat asar hingga terbenam matahari
e. ketika matahari hampir terbenam hingga terbenam sepenuhnya.
Imam Asy-Syafi'ie dan Ahmad berpendapat boleh melakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa di Makkah, tidak ada waktu yang dilarang, berbeza dengan tempat lainterdapat waktu yang dilarang, berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: 'Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu tegah seseorang daripada melakukan tawaf di baitullah dan bersolat pada mana-mana waktu yang dikehendakinya, malam atau siang".

MALAM YANG DICEMARI
kesepian malam bersama kedinginan
mendamaikan dan mengasyikkan
tiba-tiba terus celaru
dengan anjing-anjing jalang
terus mencabuli
tanpa peduli rahmat Tuhan
dengan dosa dirangkuli
dan pahala yang diterajang ke tepi
telah hilang dalam kegelapan malam
dimamah dan dikunyah
dari manusia yang curang
malam
dirundung malang
bagai insan terbuang
pasti
pengunjung tiada yang datang
dan malam akan terus membujang
teluk intan
Tuesday, March 24, 2009
KEBIJAKSANAAN
"orang bijak tidak pernah berkata: aku tidak berfikir"
Kebijaksanaan bukanlah pengetahuan. Kebijaksanaan adalah penerapan pengetahuan secara benar. Sekolah, kademik atau universiti tidak akan berharga, bila di sana tidak diajarkan cara menerapkan pengetahuan yang dimiliki siswa atau mahasiswa
Sudah diketahui bahawa kebijaksanaan lahir dari pengalaman. Pengalaman adalah guru yang baik, terutama kalau kita boleh mengambil manfaat dari pengalaman orang lain yang telah bekerja berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun untuk mempelajari tentang hidup.

Orang bijak adalah pemikir yang cermat. Mereka telah belajar untuk mendengar dan menunggu. Segala bentuk informasi yang datang, mereka selidiki dan kumpulkan sebagai usaha untuk menentukan betapa bergunanya hal ini untuk memuliakan kemanusiaan diri mereka dan untuk meningkatkan kemanusiaan secara menyeluruh.
Kebijaksanaan adalah pendidikanndalam tindakan. Pendidikan adalahpengetahuan tentang cara menggunakan keseluruhan diri seseorang. banyak orang hanya menggunakan satu atau dua potensi dari sejumlah potensi nyang mereka miliki. Orang boleh disebut terdidik, jika ia tahu cara membuat piranti dari segala sesuatunya, cara membuka, cara menjaganya agar tetap tajam dan cara menerapkannya pada segala tujuan praktikal.
Kebijaksanaan adalah kebenaran di dalam tindakan. Kebenaran adalah dasar dari segala pengetahuan dan merupakan pengikat seluruh masyarakat. Tidak ada kekalahan dalam kebenaran yang muncul dari dalam diri kita. Jika kita tidak engkar dari situ, kita diliputi kemenangan. Didiklah hati seperti otak. Gunakan segenap pengetahuan menjadi kebenaran murni dan mulia.
Kebijaksanaan akan muncul apabila kita menemukan diri sendiri kerana oenemuan diri bererti mengerahkan segala yang baik dari dalam diri kita, memantapkan tujuan hidup yang berharga, merencanakan untuk mencapai tujuan itu dan menyediakan diri kita untuk melaksanakan tujuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)