Dasar Perindustrian Negara:-
Dasar Perindustrian Negara berobjektif untuk menjadikan sektor perkilangan sebagai "catalyst" pertumbuhan perindustrian negara. Penggunaan semaksima sumber asli negara adalah digalakkan disamping meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan. Kegiatan sektor industri kecil dirangka secara terperinci sebagai usaha untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.
Dasar Perindustrian Negara juga bertujuan untuk menyatukan industri yang sedia ada dengan kegiatan mengeluarkan bahan mentah dan kegiatan memproses bahan. Melengkapkan program yang menyeluruh melalui perangkaan keperluan teknologi. Penyediaan profil industri yang sesuai seperti keluasan pasaran dan keupayaan yang sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran pelbagai jenis barang.
Dimensi Utama Dalam Dasar Perindustrian Negara:-
1. membasmi golongan termiskin dan kemiskinan relatif
2. mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
3. menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam peneraju dan penggerak ekonomi negara sebagai pengganti peranan sektor awam
4. meningkatkan pembangunan sumber manusia sebagai aset utama mengganti pergantungan kepada bahan komoditi
Dasar Perindustrian Negara:-
1. dasar perindustrian yang berpandangan keluar, lebih tinggi dan lebih bkompetitif
2. memajukan industri berasaskan sumber untuk eksport
3. memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport
4. memajukan dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu
5. membangunkan teknologi dan tenaga rakyat
1 comment:
taiping tidak boleh pergi seminggu dua ini,sangat sibuk bergaduh sana, jagalah taukeh.
Post a Comment